Ainul Mardhiah Cucu pertama


Assalamualaikum.

Kalini maq nak kongsi perjalanan Ainul Mardhiah dari hari pertama dilahirkan hingga habis pantang ( 44hari ). Semua hasil idea ini hanya untuk tatapan Ainul Mardhiah bila beliau dah besar nanti. Ainul Mardhiah ..awak adalah cucu pertama Tok Emak dan Tok Ayah . Kami semua sayang awak ...


Ini gambar pertama Ainul.
Papa hantar ke group whatsapp family.
Masa ni airmata kesyukuran je mampu terluah.
Dalam hati beribu ucapan Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...
Terima kasih Allah..

Mesti Ainul nak tahu , Kenapa mama  kena operate? Bila dah lebih 9bulan dalam kandungan , pada 3hb April ,mama  sudah "bleeding" tapi jalan tak bukak lagi. Masih jauh. Doktor doktor KKM dan doktor pakar dah buat scan berkali kali dan akhirnya keputusan diperolehi. BABY BESAR ! maybe 4kg or more ! Allah hu..sejarah kini berulang.

Kalaulah betul baby 4kg , makanya kelahiran serupa bagi mama ainul sebab beliau pun dulu lahir dengan berat 4kg ! Dan kelahiran adalah NORMAL !

 Fuhh ~ 😰 Biarlah kesakitan itu hanya ibu ibu bersalin normal baby 4kg je yang tahu ,sakitnya macamana. Terima kasih Allah utk pengalaman itu..  Tapi betul kah berat baby 4kg ?

Tak ,baby cuma 3.7kg sahaja , alhamdulillah. Tapi doktor kata bahu baby besar dan doktor takut bahu sangkut dan tak lepas bila bersalin normal. Sebab itu mama kena bersalin operate . Dan Hari Selasa , dalam pukul 1am , 4april 2018 , Ainul Mardhiah pun dilahirkan . Terima kasih sekali lagi Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

2 Muharam 1448H

Hikmah Disebalik Sesat

Bersyukur Bila Diuji

1 Muharam 1448H

Tirai 1448H Langit Indah

10 Zulhijjah 1447H

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

Senarai Alat Survival Menghadapi Krisis Bencana Alam Atau Peperangan