Skip to main content

Kena hati hati bila buat andaian


Assalamualaikum.

Alhamdulillah ,sekejap jek dah ramadhan ke 7. Ada orang makin cepat ramadhan berlalu , hati dia makin sedih sebab hanya dalam bulan Ramadhan jek mereka dapat pelbagai ganjaran pahala yang berlipat ganda. Sebab bulan Ramadhan adalah bulan teristimewa bagi semua umat Islam. Tapi ada orang nak cepat habiskan ramadhan sebab dah tak tahan nak beraya ,nak makan kuih raya sedap sedap , nak dapat duit raya banyak banyak. Siapakah orang orang tu ? Mestilah kanak kanak , kalau orang tua macam tu , anda nilaikanlah sendiri , maq bukan pakar dalam hal ini . Maafkan saya  , 😂


Pagini disebabkan takda nak buat sarapan , makanya maq rajinkan jari jemari ini untuk aktiviti mengemas pulak. Orang perempuan kan ,mana ada istilah duduk diam, tengah mandi pun boleh basuh bilik air , tengah cuci baju pun boleh kemas rumah. Haha ni cuci guna mesin boleh lah belagak. Try guna tangan ,memang  taklah kot. Masa kemas laci peribadi ,maq terjumpalah sehelai kertas hak milik peribadi. Lama dah kertas tu. Hampir 25tahun tersimpan disitu. Kertas apakah ?

Kertas yang jadi bukti bahawa Cik Noraini Telah menjadi hak milik Encik Osman pada 27/11/1993. Lulus ✔

Lihat sijil diatas tu, tiba tiba maq teringat peristiwa 2tahun lepas . Ketika tu anak sulong maq nak jalani temuduga perkahwinan beliau.

Dah jadi antara syarat bakal pengantin untuk bawa salinan sijil nikah ibubapa mereka, kan? Selain tu ada banyak lagi salinan peribadi yang diperlukan ,maq pun tak ingat apakah salinan salinan tersebut. Maklom masa tu busy macam sendiri yang nak kawin. Eah ! Perasan jek 😜

Bila anak dah selesai temuduga , dia ada buat panggilan kat maq. Ni dialog kami :

Along : mak , akak dah siap interview , semua lepas , alhamdulillah.

Maq : alhamdulillah ,tahniah..

Along : makk , orang yang check sijil nikah mak tu dia cakap ,kenapa akak tak cukup 9bulan 10hari , kalau ikut tarikh lahir akak dengan sijil nikah mak ?? Tak cukup beberapa hari kata dia !

Maq : terkedu kejap*

Along : tapi dia kata tolong jangan cakap kat emak awak , teruk saya nanti. Hahaha kenapa ek?

Maq : senyum dan gelak jek* ok k takpa ,nanti mak cerita . Akak dah makan ke tu ? Dah tengahari dah ni ?

Along : ontheway pergi makan lah ni , siap makan nanti  akak balik .

Maq : ok ,hati hati.


Haiii..apa andaian yang anda sedang buat sekarangni?! Haaa , 😂 . Mari maq kongsikan sikit isu lama ni lebih lanjut lagi. Kenapa maq nampak cool jek padahal kata kata pegawai kat pejabat agama tu seakan dah jatuhkan maruah maq dan encik suami? Okay , Prinsip maq satu jek

 " berani kerana benar , apa nak takut kalau tak salah?"

Ok , cerita dia macamni. Jika anda pernah pergi buat pemeriksaan kehamilan . Apa ayat pertama yang menjadi soalan doktor?

Apakah dia tanya : bila tarikh pertama anda bersama suami anda ?


 Atau

Adakah dia tanya : bilakah haid terakhir anda?

Haaa mana satu soalan popular ? Kalau soalan yang pertama tu , maq confirm doktor tu gila seks !!😂 , dia tak layak jadi doktor sakit puan ! Apa yang maq tahu dan paham tentang kitaran haid perempuan normal ni , untuk haid bulan 12 , telur akan keluar pada 2minggu sebelum T
tarikh itu ,so , dalam kes maqnie tu , memanglah tak cukup 9bulan 10hari sebab lepas nikah ,maq terus pregnant. Orang panggil bunting pelamin. Last period maq ialah 2minggu sebelum nikah. Sibok orang dok datang merewang ,maq pulak tergolek golek kat bilik menahan senggugut.Maq confirm !

MASALAH nya orang orang kita ni termasuklah pegawai kat pejabat agama tu , makcik makcik bawang ,pakcik pakcik kunyit ,geng serai ,geng kaki kepochi , diaorang rajin sangat ambil tarikh nikah buat apa???hahaha memang lah tak cukup usianya . Adeh , apa guna ada akal kalau asyik nak digunakan untuk fikir hal buruk orang jek kan?

Dan paling sedih sejarah maq telah berulang kepada anak sulong maq juga. Bila disahkan hamil lepas balik dari honeymoon, ada jugak suara suara masyarakat perihatin dok pertikaikan , aikkk cepat noh dah pregnant , bukan nikahnya bulan 12 ke haritu ??

Masa tu maq cuma senyum , sebab maq malas nak bagi kusut lagi kepala otak dia. Biarlah andaian dia tu menunjukan tahap mana corak pemikiran dia. Kita ni diam diam sudah. Seperti maq kata atas tadi , "berani kerana benar, apa nak takut kalau tak buat salah?"

Cuma , dihari baik bulan baik ni ,maq nak beritahu lah ya , jangan lah suka buat andaian tentang peribadi orang. Biarlah kita tak tahu banyak sebab Allah lebih mengetahui segala galanya. Diam itu lebih baik. Apa yang maq harapkan ,lepasni takdalah orang lain yang tak berdosa jadi mangsa seperti kami .

Dan lagi sedih , antara punca anak sulong maq keguguran pada kehamilan pertama beliau dulu  ialah disebabkan tekanan yang dialami dari cakap cakap orang keliling. Naluri keibuan ini mengatakannya begitu.. Tapi apa pun yang dah terjadi , kami sekeluarga akui , semua berlaku ada hikmahnya , hanya Allah yang Maha mengetahui. Harini kami dah ada Ainul Mardhiah. Alhamdulilah , terima kasih Allah..😊

Baby A.M


Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Covid19, Denggi, Johor

 Assalamualaikum.  Lama dah tak berblog apatah lagi blog walking, lama sangat rasanya tak jalan jalan masuk blog kawan kawan. Terima kasih kepada adik adik yang rajin komen kat setiap post maq. Semoga kehidupan anda semua senantiasa dipermudahkan. Insyaallah, Aamiin.  Sebetulnya takda idea nak taip topik malam ni tapi asbab rasa rindu nak menaip datang membuak buak, sambil layan buletin utama tv 3, maq pun gagah menaip.  Batu Pahat diduga dengan Covid19?  Harini 4hb Disember, daerah Batu Pahat merupakan daerah kes Covid19  tertinggi di negeri Johor.  Innalillahiwainna ilaihirojiiun..  Sampai bila covid19 ni nak menghantui kehidupan kita lah kan. Maq pun tak boleh nak jangkakannya. Bila ada sesetengah orang menganggap covid19  ni hanya isu fake, hanya alasan yang direka reka, hanya bebanan untuk rakyat, hanya permainan ahli ahli politik ,selagi itulah virus ni tidak dipeduli. Bila ramai tak peduli maka ramai tak jaga SOP. Sebab tu lah covid19 ...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...