Nilai kemanusiaan yang hilang




Assalamualaikum.

Masha Allah , sejak kebelakangan ini,kita dikejutkan dengan pelbagai kisah yang menyayat hati dan dah buat luluh dan sayu disudut sanubari.


Kes buli dan dera dah menjadi kes popular masyarakat Malaysia maju . Perlukah begitu ? Sedangkan semua hal yang berlaku itu hanya disebabkan dari hati dan nilai kemanusiaan . Bukan lah disebabkan bencana alam atau kemalangan.


Selepas kes arwah adik Taqif , terkini kisah pelajar UPNM yang didera oleh kawan asramanya sendiri hingga meninggal.


Maq nak baca artikel tentang keadaan azabnya arwah pun maq tak sanggup sebab kesakitan tu bagaikan terasa kat badan maq sendiri. Teramat sakit.Allah hu akhbar.


Kejamnya pelaku.Dan kalau diperhatikan semua kes berlaku kerana terlalu ikut nafsu amarah masing masing.


" Marah " - semua orang ada perasaan ini. Tapi marah boleh dikawal. Kita tak perlu biarkan marah itu berpanjangan sehingga sanggup melakukan sesuatu diluar kawalan minda.


Bagaimana nak kawal marah ?



Kalau tak mampu ikut cara diatas , ikut pulak tips bawah ni. Sebab ianya nampak mudah.


Dan jika ada rasa nak marah kat sesaorang , beristighfar banyak banyak , kemudian,



Ya diamlah sekejap , sebab diam adalah antara pesan Rasullullah s.a.w bila sedang marah.


Waallah hu A'lam..

Nota maq : gambar atas tu maq seludup dari google . Dan pesan maq untuk diri sendiri ,bila sedang marah , kawal hati ,  diam dan sabar, lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. 


Kita berusaha untuk kebaikan , Allah akan permudahkan kebaikan juga untuk kita jugak. Sebab ? Sebabnya setiap apa jua yang kita buat , Allah dah janji akan ada balasannya.


Banyakkan beristighfar dan banyakkan berzikir. Semua ini bakal melembutkan hati yang suka marah marah , insha Allah.


Popular Posts