Jangan ikutkan trend sangat
Assalamualaikum.
Alhamdulillah , Ramadhan dah masuk minggu ke dua. Sejauh mana kita kaut pahala dalam bulan mulia ni , Allah dan diri kita sendiri sahaja yang mengetahui. Apa yang kita harapkan , semua amal ibadah yang telah kita buat tu , Allah terima dan mendapat ganjarannya nanti. Insha Allah.
Anda tahu " Fidget spinner " ? Alat permainan yang popular masa kini. Mungkin saja sebahagian dari kita dah pun beli buat koleksi.
Menarik sebab ianya didatangkan dengan berwarna warni. Dan ada banyak jenis reka bentuknya ,dengan harganya yang berbagai bagai.
-gambar atas ehsan dari google-
Bila maq tanya , apa fungsi permainan ini ? Mereka kata untuk lepaskan stress . Jauh mana kebenarannya , waallah hua'lam. Pelik kan , melepaskan stress dengan spinning ni , sedangkan jika kita orang islam , ada banyak cara kita boleh buat untuk lepaskan stress. Antaranya :
- ambil whuduk , buat solat sunat
- ambil whuduk , baca AlQuran
- zikir dan selawat
- bawa beristirehat
Cara macam atas ini lebih mudah. Selain tak perlukan modal besar , kita boleh tambah pahala dan insha Allah , dengan izin Allah, jiwa akan jadi tenang.
" Ala , maq orang lama ,mana maq tahu pasal toys gini.. "
Okey , maq mungkin tak paham apa apa , tapi kalau dah jadi macam gambar kat bawah ni , apa yang kita lebih paham tentang fidget spinner ini ?
Alat permainan makin tambah stress barangkali. Pada maq , tak perlu nak ikut trend sangat la kalau benda tu hanya memudaratkan. Mungkin pada kita ini permainan terkini tapi mungkin pada orang lain , ia adalah sejenis barang yang sangat merbahaya. Semua terserah pada kemampuan gaya mana masing masing berfikir. Elakkan kemalangan yang mungkin kita tak jangkakan.
Nota maq : maq hanya berkongsi.