Sedap Tapi Mengidap



Assalamualaikum ..


Bila kat group dilaman laman sosial seperti fb , wechat ,whats app asyik sangat mengupload gambar makanan yang telah dihasilkan.Ada tu hampir setiap hari ada je masakan yang dimasak.


Ada kek ,biskut ,kuih muih , masakan masakan barat dan berjenis jenis makanan yang menyelerakan , semua tu bukan untuk jualan tapi untuk dimakan oleh ahli keluarga masing masing , secara automatik maq terfikir apa akan jadi dengan tubuh badan mereka itu pada 15 tahun akan datang?


Makan ni memang lah sedap.Tapi bila dilayan dengan tidak mengira berapa kalori gula dan bahan lain masuk dalam tubuh badan kita setiap hari risiko mengidap berjenis jenis penyakit , amat tinggi. Kesian kat tubuh kita yang terpaksa bersesak sesak menerima bahan bahan yang sebenarnya ada sukatan yang perlu diambil kira.


Bayangkan pembuluh darah yang halus itu menjadi terlalu padat dengan bukan saje darah tapi pelbagai benda asing didalamnya.


Untuk makanan bergula, cuba bayangkan 1 hari berapa kali kita dah makan, ini termasuklah makan nasi termasuk nasi goreng , roti atau roti canai , pelbagai jenis mee , manisan dan kek dan berjenis jenis air manis.


Kemudian cuba kira dengan 15 tahun yang akan datang x 365 hari,berapa kilogram gula yang telah kita ambil? Tu baru 15tahun, kalau 50 tahun???


Kesian kat buah pinggang kita yang comel tu.Mesti dia letih buat kerja 😭




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

Done booster ?

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Aturan Allah Sangat Indah

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam