Skip to main content

Khasiat Kaki Ayam





Assalammualaikum

Maq kan dah  janji nak cerita  kenapa maq makan kaki ayam kan ? dalam bahasa jawa kaki ayam dipanggil ceker / cakar ! 

Maq orang kampung  dari kecil memang dah duduk kampung.Eh  bukan dari kecil kot tapi sah sah dari lahir jugak rasanya .


Waktu zaman kanak kanak ,ibu maq tak izinkan maq makan kaki ayam sebab kata nya nanti tak reti nak duduk diam.Lain lain bahagian dalaman ayam pun ibu tak bagi anak anak  dia makan ! katanya  tak elok untuk budak budak , macam macam pantang larang dia dah bagi kat maq ketika tu hahaha makanya maq pun percayakan jelah .


Dan kaki tu siapa yang makannya ? mestilah ibu kami.Masa tu maq ada jugak terfikir kenapa dia boleh  ,kenapa anak anak  tak boleh pulak ? 
Apakah alasan 'budak kecik' tu memang sempurna  tapi disebabkan tak nak jadi anak derhaka ,diam lebih baik dari berkata kata,cewah ...


Bila sudah berkahwin maq pun berpindah ke rumah sendiri di Taman Bukit Perdana Batu Pahat ni , berjiran dengan berbagai jenis bangsa .


Satu hari tu maq bersembang dengan sorang lelaki berbangsa cina yang layak maq panggil dia uncle .....kot ... eh entahlah... uncle ke tak uncle...


Kot maq yang tak nak mengaku maq pun sama sudah tua ? ehhh ketika tu maq baru umur 28 tahun gitu tau . sedang dia memang dah tua lah  ( dah retak seribu ) hehe gurau laa .

Ketika tu dia sedang mencabut pokok bunga hiasan yg biasanya orang buat hiasan dalam jambangan bunga ,pokok tu boleh pulak tumbuh subur masa tu ditepi tepi jalan raya dilorong kerumah maqnie ,macam mana rupa pokoknya ? ala yang kecil kecil tu hah macam bunga dalam gambar bawah ni .

bunga kecil yg warna putih tu 

Agak agak siapa kenalkan bunga ni?

Al kisahnya pokok bunga tu  berkhasiat jugak akarnya cik peah oii ! sebab kata uncle tu ...

pokok ini kasi angkat ( cabut ) , itu akar kasi cuci bersih bersih.Awak masak sama itu kaki ayam serupa itu masak sop.Mesti baik orang sakit kaki kasi makan punya.Sakit lutut pun boleh.Kalau tak sakit pun bagus makan ley.Dia ada ubat( herba) dalam ini akar pokok .Itu kaki ayam ada jelly kasi tambah  itu jelly dalam badan .Banyak bagus woo .... 


Anda paham tak maksud uncle tu?

Maq mestilah paham sebab maq cakap pun kadang kadang macam uncle tu cakap hehe.Selepas tarikh tu ,maq cubalah beli dan masak sup kaki ayam sebagai lauk dirumah kami.


Alhamdulillah anak anak maq tak banyak komen .Sebab dah diberitahu benda tu bermanafaat dan sedap pulak tu.Tapi orang 'bando' mungkin tak makan kaki ayam tu kan hahaha geli katanya.


**Dan kesan nya dalam usia maq dah masuk 45 tahun ni ,lutut maq  masih kukuh dan bertenaga untuk membuat kerja kerja amal jariah dalam rumah ni ,turun naik tangga ,masih elok je ,takde masalah hehe alhamdulillah syukur.Tapi maq tak letak akar pokok tu lagi sebab pokok tu macam dah pupus la dikawasan sini ,agaknya dah hari hari kena cabut kot.


**maqnie ~terima kasih ceker 

~ tapikan macam dah lama tak jumpa uncle tu sekarangni .Mungkin sebab maq dah duduk dalam rumah saja ,24 x7.


*terimakasih Allah untuk kesihatan yang telah diberi .




Comments

  1. Ohh...kaki ayam memang best...especially sup kaki ayam...

    ReplyDelete
  2. selama nie just makan jep kaki aym tapi tak tahu plak khasiat yang terkandung dalam tue. Apapun moga diberi kesihatan yang baik sepanjang masa kak..
    Done follow akak #71
    Jom jemput singgah sini plak http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Nadirah ... yup , maq pun suka sop kaki ayam :)

    ReplyDelete
  4. Rebellioncute ~ yup macam simple je makanan tu kan tapikhasiatnya yg besar :) ok ,akan menyusul kejap lgi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Nasihat doktor Arman Shah

Assalamualaikum. Hari ini, hari ke 7 perintah kawal pergerakan wabak Covid19 di Malaysia. Saja maq kongsi kata nasihat kat bawah ini supaya sikit sebanyak ianya boleh buat kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada setakat ini. Dan harap harap kata kata kat beliau ini dapat mendidik kita dalam meneruskan kelansungan hidup selepas ini.  Insyaallah  , Mudah mudahan. Sekadar hiasan.  BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗ (Diharap sudilah membaca sampai habis) Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan. Di musim perintah berkurung ini, saya melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini. Beringatlah tuan tuan..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan. Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown. Vaksin Cov...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...