Skip to main content

Aku Seorang Blogger




Assalammualaikum

Maq menyahut cabaran nampaknya.Segmen kedua sudah mari.Tengok je header semua blogger and readers confirm dah tahu dah kan. 

Ye kalini  berkisahkan aku seorang blogger - peh dasyat.


Pada maq Peranan sebagai seorang blogger ni memang hebat. Kalau orang lain cuma reti cakap cakap  belakang je tapi tidak bagi seorang blogger.


Mereka dengan jujur ,rela berdepan dengan berbagai risiko bila dia mengupdate apa yang dia anggap betul atau tidak dimata dia .Tak ke hebat tu ! lurus ! telus ! blogger berani ! sehinggakan nak perli pun kena jujur kadang kadang !

 ye sangat ok...

Haaa nilah baru ' rare' *ayat orang muda zaman ni.Peranan nya ringkas je.

Blogger : Dia ni berfungsi sebagai penyampai maklumat, berkongsi pendapat  dan  memberi pandangan dan semuanya ini untuk masyarakat . 

simple je kan?


Kalau tanya pasal back up plan maq memang masih jauh sebab maq gunakan blog sebagai luahan isihati maq dengan anak anak dan masyarakat.


Mungkin tak ramai yang perihatin blog macam ni.Tapi takpe bila dah meluahkan maq akan rasa lega dalam jiwa  hehe.


Tapi kalau dapat lah kan ,maq memang nak menjana pendapatan melalui blog maq ni . Nak menaikkan taraf nya.


Dari blog seorang baby sitter yg kuat  membebel ke blog  hebat mengenai penjagan kanak kanak dan bayi ! 

Waw tinggi kan harapanku ini ~ insya Allah kalau Allah izinkan.


Tapi bukan mudah sebenarnya untuk sampai ke tahap tu kalau maq tak rajin berusaha .


Sebagai rakan kepada rakan blogger yg lain harapan maq dunia blogging kat Malaysia ni akan berkembang maju dengan sihat . 


Kita kongsikan semua yang kita ada ,yang kita tahu ,kita war war kan khabar berita yang berfaedah ,yang bermanafaat buat semua . Supaya jarak tidak lagi menjadi penghalang buat kita blogger blogger di Malaysia ni khasnya dan buat rakyat Malaysia amnya  .

#goodluckbloggerMalaysia
#kelabbloggerbenashaari




Comments

  1. Assalamualaikum Maq.. Salam kenal! ^_^
    Datang melawat dari segmen sama.. Hehe..
    Takpe.. Impian & cita2 tu kena ada.. Biar tinggi melangit sekalipun.. Teruskan menanam impian.. In Shaa Allah, jika kita yakin, kita akan berjaya capai impian & cita2 kita tu.. Trust me.. =)
    Btw, done follow sini.. Jemput singgah ke blog saya juga kalau sudi.. ^_~
    SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Miza ... Waalaikumusalam..trima kasih utk kata smangat ni..in sya allah..amiiin..
      Terimakasih jgk utk sudi dtg..follow dan komen nya itu ..ok..skrg jgk maq pergi blog miza..:) ..hehee

      Delete
  2. Ros singgah sini dari segmen yang sama :) done follow #75
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Maq, memang benar... peranan blogger tu, sebab apa yang ditulis & dikongsi blogger mencerminkan diri dan peribadinya. Salam kenal dari segmen ben ashaari.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walker

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Santai Di Pantai Perpat Hari Malaysia

  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Isteri Penghuni Syurga

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat penuh barokah. Sedikit perkongsian dari seorang sahabat hati. Jom para isteri, sama sama kita perbaiki diri dari hari ke sehari. Mudah mudahan Allah perkenankan.. Aamiin yb Gambar sekadar hiasan. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... Isteri yang bangun tengah malam, Minta ampun pada Allah bagi pihak suami, Kerana dia tahu suami dia buat jahat, Dia tahu suami dia malas solat, Dia tahu suami dia buat dosa, Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya. Jadi para isteri, Kesalahan suami itu di doakan pada Tuhan. Bukan diceritakan.Bukan di aibkan. Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, disebab isteri itu dia diterima ke syurga, Atau di humban dalam neraka! Jazaakallaahukhairan ust Abu Hurairah Asifa.  Ù‚ال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم بنسائكم من أهل الجنة؟ ...

Inilah waktunya untuk jadi Orang baik Yang bijak

Assalamualaikum. Mengenai bantuan Covid19 . Ramai yang pertikaikan penerima penerima sumbangan bantuan tu. Ada yang layak tapi tak dapat, ada yang macam tak layak tapi dapat. Dalam situasi macam sekarang ni,  maq rasa kita jangan pilih layak tak layak tapi kita bagi pada mereka yang memang sangat memerlukannya. Al maklom dah hampir 3 minggu tak pergi kerja, mesti ada yang dah kering stock dapur mereka. Siapa yang memerlukan bantuan tu? Golongan yang diutamakan adalah mereka yang, -duit simpanannya dah habis langsung. -duit nak beli barang dapur langsung dah takda. -Putus pendapatan dan tanggungan ramai nak dibagi makan. BUKAN untuk golongan macam ni. -ada duit tapi sayang nak guna. -ada duit tapi saja nak juga merasa dapat bantuan. -ada duit dalam bank tapi malas pergi cucuk. -ada pencen, socso, bantuan bulanan JKM/Zakat dan gaji bulanan. DAN bukan juga untuk golongan macamni, -dlm petiais penuh lagi barang basah. -dlm almari penuh lagi barang kering...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...