Pati Dengan Izin
As salammu'alaikum..
Macam nilah kalau tak makan.Banyak pulak meroyannya.Ini baru hari pertama puasa,entri dah masuk yang ketiga dah.
Lagi pun harini anak-anak tak sekolah dan aktiviti masak untuk breakfast pun takda.
Manakala aktiviti mencuci baju pun anak dah settlekan.
Lepas mengaji Quran ada lagi masa free tu.Maka inilah peluang yang sangat santai untuk berblog.
Kali ini maq nak share pasal jenis -jenis pati minyak yang selalu terdapat dipasaran dan kelebihannya.
PATI apakah ? PATI yg bermaksud pendatang tanpa izin ke?atau birthday party ??
Eh bulan puasa nyah ,mana boleh berparty party.
Bukanlah , ianya mengesahkan pasal pati untuk minyak wangi,balm,losyen dan yg berkaitan dengannya.Jom kita teruskan.
~pati minyak lavender
ianya dapat meremajakan kulit dan memudarkan parut kerana ia mempunyai keupayaan utk mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan semula kulit baru.
~pati minyak zaitun
ianya mengandungi perlindungan kesihatan yg dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular,arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
~pati kayu manis
ianya membantu melawan keletihan , tekanan , membantu proses pencernaan , memberi kelegaan kepada otot dan sakit sendi sengal-sengal dan membantu melancarkan peredaran darah.
~pati serai wangi
ianya memberi ketenangan dan ransangan minda dapat membersihkan udara yang kotor didalam bilik.Membantu melegakan demam dan selsema dan dapat mengurangkan kulit berpeluh.
~pati buah delima
ianya dapat membantu meningkatkan tahap kolesterol yang baik dan menurunkan tahap kolesterol yang buruk.
Ianya bersifat anti oksidan yang tinggi yang dapat melawan penyakit jantung menguatkan sistem pertahanan badan ,memgurangkan risiko kencing manis ,mengelak kanser kelenjar prostat dan payudara dan pencegah penyakit nyanyuk.
Guys, sebenarnya ada banyak lagi pati minyak dari tumbuhan tumbuhan yang Allah jadikan dimuka bumi ini tapi maq tak dapat nak senaraikan semuanya.
bila maq senang - senang nanti maq akan update lagi pasal pati tumbuhan ini.Bukan apa, sekadar memberitahu kelebihan pati dari tumbuhan tersebut.Mungkin satu hari ianya akan berguna buat kita.
siapa tahu kan .. ;)