Selepas 2 tahun dikawal pergerakan

 Assalamualaikum.

Semalam 1/2/2022 - Maq dan adik adik serta ibubapa kami berkesempatan berkumpul dirumah kami di Koris ,Batu Pahat.Anak anak ,menantu dan cucu cucu  maq pun semua ada.Alhamdulillah...

Masa ni baru sampai & tunggu yang lain tiba.

Ainul Mardhiah & Usu 

Angah & Suami

Ainul Mardhiah & Papa. 

Puteri puteri maq.

Sejak rakyat wajib menurut perintah kawal pegerakan angkara Wabak Covid19 ,Kami tak dapat nak kumpul macam ni.

Hampir 2 tahun situasi sorang datang ,sorang balik sorang datang sorang balik berlansung. Semua sebab nak ikut undang undang yang diarahkan supaya takda aktiviti berkumpul beramai ramai.

Maksima 20 orang dalam satu masa. Eh..betul ke tak ek 20 orang tu ,hahha maq dah lupa lah..

Ibulah orang yang paling seronok.Waktu maq sampai , beliau dah siapkan juadah " hari raya " awal awal lagi ! Kata ibu "jamuan raya" untuk anak cucu, sesekali berkumpul. Beliau masak sendiri je tau!

Allahhuakhbar .. moga bertambah lagi rezeki ibu dunia akhirat.Diberi kesihatan rezeki sihat yang berterusan.

Maq harapkan semoga maq dan semua ahli keluarga dan pembaca blog ini juga diberi sebaik baik pelindungan Allah swt  :

*dijauhkan dari wabak

*dijauhkan dari fitnah manusia & fitnah dajjal

*diselamatkan dari azab api neraka

*dimasukan kedalam syurga tanpa hisab.


Sempat lagi tu buat " burn burn " 

Rezeki jangan ditolak, Alhamdulillah...

Agak agak raya aidil fitri nanti,dapat ke berkumpul macam ni lagi? Atau akan ada lagi ke PKP? hmmm lemah...


Bersama Adik perempuan💕

Comments

  1. Harap2 raya tahun ni nanti dapat berkumpul reramai

    ReplyDelete
  2. seronok bila dapat berkumpul ye kak... moga raya tahun ni dapat la kita rasa suasana raya masa sebelum covid

    ReplyDelete
  3. WP : inshaallah ,mudah2an hajat kita Allah maqbulkan ..

    ReplyDelete
  4. Dana : betul tu, seronok bersembang sambil makan makan.. lepastu salahkan jam sebab jarumnya gerak laju ,kejap dah petang.

    Inshaallah,harap2 dapatlah beraya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2 Muharam 1448H

Hikmah Disebalik Sesat

Bersyukur Bila Diuji

1 Muharam 1448H

Tirai 1448H Langit Indah

10 Zulhijjah 1447H

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

Senarai Alat Survival Menghadapi Krisis Bencana Alam Atau Peperangan