12 March 2022
Assalamualaikum.
Macam takda cerita menarik nak dikongsi kalini. Tapi jarini macam biasalah,rajin sangat nak menaip.
Ok maq nak sembang sikitlah pasal Pilihanraya Negeri Johor.
12March 2022 - rakyat Johor yang layak diwajibkan keluar mengundi.
Maq mengundi ditaman maq tinggal jek. Di bangunan Sekolah Agama Taman Bukit Perdana untuk Dun N23.
Calon calon yang bertanding untuk kawasan maq tinggal ? semua maq tak kenal.Nampaknya macam wajah wajah baru yang dicalonkan kalini. Maq? No Komen ..
keseluruhan ?
Bila kita lihat disini.Bila dah ada banyak parti, maknanya jumlah pengundi akan berkurang sebab mereka telah terbahagi kepada beberapa kumpulan.
Betul apa betul?
Untunglah "Mereka" - kumpulan yang 80% sudah vaksinasi tu, mereka masih kekal dengan parti kebanggan mereka. Sedang kita yang masih beberapa peratus je yang bervaksin, terus terusan mencari silap sana sini.Sampai bila??
Persoalannya sekarang ni ,
Orang Johor yang masih tak vaksin tu layak ke keluar mengundi ?
Berapa banyak kita nak biarkan kertas undi terbiar sebab tidak diambil oleh tuannya?
Taknaklah nanti jadi macam kes Jumaat lepas.Dah bawa sejadah dah bersongkok tapi sebab tak ambil booster,terpaksalah balik semula.Tak dapat nak solat Jumaat berjemaah dimasjid. Kesian kan...
Apapun masih ada waktu ,buatlah sesuatu yang Allah suruh.
Gambar gambar dibawah ni merupakan antara schoolmate maq yang masuk bertanding untuk kawasan Senggarang N24.
Good luck semua.Selamat bertanding.
By the way ,tahniah kepada anak bongsu maq ( Aida ) sebab dah layak jadi pengundi tahun ni.
Berapa umur Aida ? diam tak diam ,tahun ni dah 20 tahun dah dia..
Rezeki Aida dapat jadi pengundi diusia muda.Maq dulu 21 tahun baru nak daftar sebagai pemilih ..
Ini hanya catatan peribadi**💕
Selamat mengundi
ReplyDeleteWP : terima kasih wak
ReplyDeletedana tak balik mengundi kali ini kak, dengan kes covid yang tinggi rasanya malas nak balik untuk mengundi. Selamat mengundi buat akak, moga calon yang menang nanti bukan calon yang biasa berjanji kosong je.
ReplyDeleteDana : ye ,bila kena ambil jarak dan masa , dengan keadaan kes baharu yang semakin mengganas sekarang ni, ramai pilih utk tidak balik mengundi.Apa pun terima kasih..
ReplyDelete