Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

 

Assalamualaikum 

Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini. 


Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki. 


Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen. 


Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar. 


Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi. 


Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak sangat suram sekali. 


Pokok pokok di keliling rumah dah semakin merimbun. Tumbuh meliar tanpa diuruskan. 


Maq pun tak lama disitu, cuma berdiri dan meninjau ninjau dihalaman rumah dalam 10 minit je. Lepastu kami terus balik ke kediaman kami di Bukit Perdana. 


Petang tu, maq whatsapp lah adik lelaki, beritahu kat beliau yang maq sempat singgah ke kampung halaman kitaorang sebab maq dah rindu sangat kat rumah kosong tu. 


Tapi apa yang maq dapat dari balasan adik lelaki di whatsapp amat memeranjatkan. Serius!  Terus merinding bulu roma ku!  Tonton video ni. 




Rupanya, selama ini, kat rumah orangtua kami tu ada penyewa dalam diam. Tanpa kami sedari. Berapa lama lah si dia dah duduk dalam lubang bawah tanah tu,  waallahua'lam. 


Anda diluar sana, jika ada stor yang lama  dah tak diselongkar, sila lah hati hati. Sekarang bukan je stor belakang rumah si batik ni suka singgah, baru baru ni diruang tamu seorang sahabat maq pun ada si batik  "menumpang lepak" didalam sofa. 


Allahhu.. 


Hingga saat ni, kitaorang  masih buntu nak buat apa kat rumah tu. Lebih terbatas lagi sebab PKPB covid19 yang sebulan ni. Adik adik dan keluarga mereka  tak dapat nak keluar daerah. 


Cuma, sekarang ( kepada keluarga maq yang ada kat Batu Pahat ni)   kami dipesan supaya jangan balik ke rumah tu dulu. Kata abah , si batik ni biasanya datang bawa pasangannya kadang kadang siap bawa zuriatnya sekali. 


Allahhuakhbar.. Lemah longlai kaki ni rasanya.. 



 

Comments

  1. Ingatkan penyewa itu manusia. Rupanya orang. Seram, ular sawa selalu besar.

    ReplyDelete
  2. NA, tulah, kami pun tak sangka sebesar tu.

    ReplyDelete
  3. Nasibla akak tak masuk bermalam dalam rumah tu..
    Seram betul

    ReplyDelete
  4. Dana,kan..akak pun tak boleh bayangkan kalau akak bermalam kat situ. Allahhu, sampai sekarang terasa ngeri dgn pengalaman pertamakali ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Himpunan Doa Arafah 2025

Berkorban Apa Sahaja

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Santai Petang Di Kuala Lumpur