Skip to main content

Buat Kad HPT kat KK Batu Pahat

 

Assalamualaikum. 

Seperti yang dijanjikan, pada 1 Oktober 2020 , maq diarah buat kad untuk join the club.  Club? Maq kaki clubbing?  Haha buang tabiat agaknya kalau maq ni seorang kaki clubbing. Baru nak cari parking je,  encik security dah suruh maq balik. Warga emas takleh join kami, sedarlah acik lutut tu dah longgar dah. 😂 

Sebenarnya maq ke Klinik kesihatan Batu Pahat. Daftar sebagai pesakit darah tinggi atas arahan doktor pada temujanji pada 3hb Ogos lalu.Masa tu tekanan darah tetiba naik mendadak. Tak tahu kenapa tapi maq terima je. Bagi maq, ini pasti ada hikmahnya yang maq belum nampak lagi.. 


Maq jenis kalau ada temujanji, maq akan datang 30-45 minit awal dari waktu temujanji tu. Tengoklah keadaan klinik ni, lengang je sebab baru pukul 7.25am. Buat kad pukul 8.00 am. Maq lebih rela menunggu dari ditunggu. Cewah ayat kemain lagi.. 



Selepas proses saringan ,akhirnya maq dibenarkan masuk ke dalam klinik. Alhamdulillah 7.48am maq dah dapat nombor giliran tu. 

Anda akan dilayan sebentar lagi.

Ok, Terima kasih ..❤

Maka bermulalah episod. 



1- Letak dokumen kat kaunter no 3 .Nanti nurse akan panggil dan cuma perlu bayar RM 1.00 sahaja!  

Alhamdulillah.. Terima kasih KKM ❤


2 - bila dah daftar dan dah bayar RM singgit,  maq diarah ke bilik 19. Tunggu pulak  giliran dipanggil. Nombor giliran maq macam atas tulah 9504 ❤ .Dalam bilik 19 ni proses timbang berat, ukur ketinggian dan ambil ukur lilit perut. Kemudian maklumat peribadi kita diambil juga. Apa yang penting sekali, nurse dalam ni semua baik baik dan ceria. Maq selesa. 

Terima kasih, Nurse ❤


3 - siap urusan dibilik 19 tadi, ( daftar maklumat peribadi,  ambil kiraan berat badan, ketinggian dan ukurlilit badan) maq di arahkan buat pemeriksaan air kencing pulak.  Sekali lagi dibagi nombor giliran  untuk dapatkan kertas results urine nanti. Malangnya maq tak sempat nak ambil gambar kertas nombor giliran tu. Banyak sangat nombor gilirannya, sis confused!  Untuk dapatkan results, tunggulah beberapa minit kat depan makmal. Insyaallah kejap je kalau orang tak ramai. Apapun musim PKP ni, keadaan tidaklah bersesak sesak. 

Alhamdulillah.. ❤


4- okey dah dapat results  urine, pergilah kebilik doktor pula. Doktor maq bilik 5.  Bawalah semua dokumen yang ada kat tangan. Doktor pun check tekanan darah. Biasalah bacaan pertama confirm  tinggi sebab maq  dah melilau langkah kaku kesana kesini, juga sedikit gemuruh sebab baru pertamakali buat kad. Ye, itu yang maq rasa dan maq cakap kat doktor, "buat sekali lagi doc,  saya ni jenis gemuruh.. "  dan doktor pun  buat lah sekali lagi. Doktor suruh maq bertenang dan selawat dalam hati. Alhamdulillah bacaan cantik. Degup jantung pun cantik. Doktor puasati. Daripada result urine pun puasati, overall semua okay kata doktor. Takda yang bermasalah.

 Alhamdulillah. ❤


5- kemudian maq diarah check mata disini.  Bilik 17 untuk pemeriksaan manual, Bilik 16 untuk pemeriksaan guna komputer. Apapun dari hasil pemeriksaan, doktor dapati hasilnya tidak memuaskan dan agak membingungkan doktor,  jadi terpaksa buat 2 kali ujian mata ( tanpa spek dan dengan spek)  dan satu lagi ujian menggunakan komputer. Ternyata mata maq memang bermasalah dan maq akan dirujuk kepada pakar mata diHospital Sultanah Nora Ismail Batu  Pahat pada 13 hb  Oktober 2020. Doktor set kat semua temu janji di pakar 3. 

Thanks doc ..❤


5 - selesai episod pemeriksaan  mata ,maq diarah ambil sample darah untuk pemeriksaan kandungan garam dalam darah maq pulak. Maq tanya doktor, 

'Boleh ke ambil darah kalau saya tak puasa malam tadi?  

Doktor jawab ' ye boleh.. '

Dan maq pun buatlah pemeriksaan darah dibilik no 15 dengan nombor giliran 2023 . Baca kat nombor giliran tu, nombor  giliran terkini 2016 . Fuh 7 orang sedang menanti termasuk maq. Results darah tu pula akan diambil pada temujanji dengan doktor pada tarikh yang akan datang. 5  bulan selepas tarikh pemeriksaan kali ini !  Uihh lama lagi tu.. 

Selepas siap hantar sample darah ke makmal, maq diarah buat pemeriksaan jantung di bilik 14 pulak! Wah! Kalini maq dah betul betul letih sebab dah kesana kesini. Lutut pun dah mengeluh penat. Allahhu bertabahlah lutut, sikit je lagi ni..  

Bawah ni gambar contoh ujian jantung tu dilakukan. 



Gambar Atas proses ECG berjalan. Dan gambar kedua ni nombor giliran maq untuk lakukan ECG!  Ding Dong!  
7203 , bilik 14!


Selesai semua. 
- Daftar kaunter 3
-Buat kad bilik 19
-Check urine dimakmal
-Jumpa doktor bilik 5
-Check mata bilik 16 & 17 
-Jumpa lagi doktor bilik 5
-Check jantung  bilik 14
-Jumpa lagi doktor dan lagi bilik 5
-Ambil sample darah bilik 15
- Hantar sample darah ke makmal
- Pergi semula bilik doktor bilik 5

Akhirnya Doktor bagi list ubat, Doktor bagi tarikh pergi pakar 3 ( pakar mata ) diHSNI. Doktor suruh diet, jangan makan pisang sebab potisium dalam darah maq tinggi. Doktor suruh kurangkan /jangan ambil makanan bergoreng/ berminyak sebab koletrol maq jugak tinggi. Doktor suruh diet yang sihat. Doktor suruh ambil tarikh untuk temujanji akan datang dikaunter 1. Gambar kat atas itulah kaunter 1. Ada aunty and her son tu kan. Beliau pun baru pertamakali buat kad. Peliknya beliau tak reti cakap melayu. Dah tua gitu duduk Malaysia macamana boleh tak tahu langsung cakap melayu?? Ramai nurse pening. Maq pun pelik. Macam ada something kan?

Ishh otak ni suka fikir bukan bukan pasal orang tau... Hmmm


Doktor Sofia sangat teliti buat pemeriksaan kat pesakit beliau. Maq suka. Memang sikit rasa letih tapi demi kesihatan maq sendiri, maq layankan je. Atas tu list ubat yang maq kena makan setiap hari.

Terima kasih doktor.. ❤


Farmasi. Ambil ubat disini. Kakak baju biru tu pun pertamakali buat kad HPT. Usia 56 tahun,surirumah sepenuh masa.Asalnya ada kolestrol tinggi je, tetiba darah naik tinggi, terus kena join the club macam maq. 

Maq kata kat beliau..

"Dah rezeki kita agaknya kan.. Hehheee.."

 ( sama sama gelak sendu) 


Alhamdulillah.. Maq redha. Ini lah tanda Allah sayang. Diusia 51, 2 beradik ni dah jadi teman hidup maq. Darah tinggi dan kolesterol tinggi. Apakah sakit itu tanda kita dah tua?? 

Maq pernah dengar penjelasan seorang ustaz dalam ceramahnya. Kata beliau,  

"kita sakit bukan sebab kita tua ye tuan tuan, tapi sebab dosa kita yang dah terlalu banyak... "

Astaghfirullah ala'zim ..


Semoga penyakit ini mampu hapuskan dosa dosa maq yang sengaja mahupun tidak disengajakan..moga moga.. 

Nota maq : Anda yang diluar sana, jagalah kesihatan. Makanlah makanan yang sihat dan seimbang.. 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...