Ku lihat hijau

 

Assalamualaikum. 

Kesian blog ni dah lama sangat sunyi. Kalau tak tiap hari dok lah nak update post. Kadang kadang sampai tak tahu dah nak letak post tu tajuk apa. Sebab dah banyak sangat idea hehe

Seminggu dua ni selain masih berusaha berniaga online dengan produk Amway,  maq sedang lagi sibuk mengurus satu lagi aktiviti. 

Pertamakali apa yang maq fikir,  ruginya kalau berasal dari  kampung tapi dah tua tua gini tangan ni tak dan nak sentuh tanah. 

Maksud?  sebagai anak jati kampung, maq memang suka bercucuk tanam. Tapi dengan keadaan rumah perumahan yang maq dah diami hampir 25tahun ni, maq langsung tak dapat nak taman pokok apa pun. Maq rindu bau tanah. Rindu nak pegang struktur tanah. Akhirnya maq pun belilah tanah. 

Berapa ekar beli tanah?  Hmm tak banyak lah, cuma 2 bungkus, kurang lebih 10 kilogram je hehehe.. Takda nak ekar ekarnya. Maq takda pun kebun seluas berekar tu setakat ni. Apa pun masih bersyukur sebab masih ada peluang nak pegang tanah sebelum tubuh ini dimamah tanah.. Allahhu.. 


Anda diluar sana doakanlah maq agar dapat sebidang tanah untuk berkebun satu hari nanti, Insha Allah, aamiin... 

Mari tengok ni kebun kat belakang rumah ..




Kunyit, peria katak dan daun sup sedang berusaha nak hidup. Alhamdulillah ada kotak gabus terpakai dan besen yg retak tu boleh lah buat "kebun kecil " untuk maq, hehe. Dalam kotak tu ada juga  maq semai anak cili. Tapi belum bercambah lagi. Harap sangat tumbuhan tu boleh hidup dengan jayanya. Sebab sebelumni usaha maq selalu gagal. Kenapa tutup dengan jaring buruk?  Sebab taknak gaduh dengan kucing jiran jiran. Sis ni jenis jujur kalau berkata kata ,maafkan saya.. 😂

Tanaman di anjung rumah. 





Pokok daun lerek, maranta ( ubi garut), pokok jasmin thai dan pegaga  (alasan beli nanti nak buat ulam)  .

Tanaman di tempat parking.


Pokok pokok tu dah lama maq tanam, macam limau purut, lidah mertua, siantan. Yang terkini yang dok tergantung berempat tulah hehe semua tu pokok hasil pemberian orang kat maq,  Alhamdulillah.. 

Kenapa pasu bunga maq ada cucuk lidi? 



Kenapa?  Puncanya masih serupa. Tak nak gaduh dengan kucing jiran jiran. Letih dah hari hari dok ulang hal yang sama. 

Tak pernah beli akhirnya terjebak beli juga. 

Tanah bakar, pasu dan pengorek tanah, semuanya hanya dari kedai RM 2.10 😉



Doakan usaha maq kalini suksess. Apa yang penting dari tingkap dapur hingga ke tempat parking,  🎤 ku lihat hijau 🎶


Popular Posts