Kari Idaman Suri

 



Assalamualaikum. 

Salam Jumaat. 

Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya. 

Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!  

Kari???? 

Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" .

Meat curry premix! 


Kari idaman Suri💕
Apakah? 

Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin. 


Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila kering letak sedikit lagi air.Dah mengelegak masukan ayam/daging/ikan.Macam maq, maq letak hirisan tomato sebab nak rasa masam sesikit. 


Anda boleh letak jugak karot, kentang, bendi atau apa jelah yang anda nak letak. Masak sampai ayam cukup masak, kentang empok. Pastu kalau nak sedap lagi tuangkan sedikit santan /susu cair sebagai penyedap kari anda. Dah mendidih, siap! 


Kat pembungkus pun ada disertakan arahan memasak. Cukup mudah. 


Bila kari idaman suri sesuai dimasak? 


Bila anda nak buat bekalan pergi berkhemah ke, travel ke.

 
Waktu waktu kecemasan,tetiba family jauh datang kerumah dan kita nak menjamu mereka. 


Atau bila anda dah muak dengan cara masakan manual anda yang  terlalu kerap anda praktik kan kat dapur tu. (maq lah ni hehe) 

Anda yang nak try kari idaman suri ni,boleh cari mana mana kawan/jiran anda yang dah jadi ahli Amway. 


Beli sekotak dapat 3 bungkus kari. 1 bungkus boleh masak untuk 6-7 orang makan. Harga sekotak RM 18.30 ! Berbaloi ke berbaloi?  


Nak order dengan maq boleh jugak tapi nanti anda kena bayar kos penghantaran pulakkan. Membazir .. 


**I peniaga yg jujur sis😂

Comments

  1. dana macam biasa dengar nama kari ni kak.... tapi tak pernah try

    ReplyDelete
  2. Dana, akak baru baru ni tau, itupun sebab jadi ahli amway. Pada selera akak, rasa dia padu, Insyaallah. Dana kena try ni hehe

    ReplyDelete
  3. Ingatkan jenama keluaran kedai kat langkawi tu

    ReplyDelete
  4. Memang jujur.
    Haah pernah dengar Idaman Suri. Rupanya bawah Amway.

    ReplyDelete
  5. WP, saya pun sangka macamtu, tapi di langkawi tu idaman suri katogeri periuk dan pinggan mangkuk rasanya.

    ReplyDelete
  6. NA, ya banyak produk dalam negara yg amway jual sekarang ni. Madu, jamu pun ada.

    ReplyDelete
  7. Kak, Amway dah berhenti jualan Idaman Suri. Kini kak boleh dapatkan Idaman Suri terus dari kilang. Saya marketing manager untuk produk Idaman Suri. Sesiapa yang ingin jadi agent Idaman Suri bolehlah contact saya (Alex 017-283 8623). Yang nak beli boleh juga pergi web store Idaman Suri

    https://rempahidamansuri.com/

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  8. Idaman Suri ,okey .terima kasih untuk infonya. nanti saya beritahu pengguna lain.Inshaallah :)

    ReplyDelete

Post a Comment