Pesanan Dari MKN



Assalamualaikum. 

Bila dah diistiharkan rakyat kita dah boleh mulakan aktiviti seperti biasa dengan normal baru, setiap sudut pandangan kita dapat lihat kelompok manusia. 

Masing masing sedang mula melangkah dengan rutin harian setelah hampir 4 bulan 'hanya duduk dirumah ' - Alhamdulillah. 

S. O. P jaga!  Itu lah pesanan demi pesanan yang diberi. 

Bawahni antara pesanan dari MKN untuk rakyat supaya lebih berhati hati. 

PKPP - Jangan lalai atau terlalu selesa dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Terus waspada, ambil langkah pencegahan & patuh SOP.

PKPP - Bersama mencegah COVID-19. Lindungi keluarga anda dengan sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga.

PKPP - Rakyat Malaysia jangan alpa. Terus kekal amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) & elakkan 3S (tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat). Patuhi SOP.

PKPP - Rakyat Malaysia jangan lupa kita masih belum menang. Terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

PKPP - Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain. Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul, penuh dengan kuman.

PKPP - Selamat kembali ke sekolah! Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan optimum dan jangan lupa patuhi SOP.

Disini kita boleh nampak, bagaimana perihatinnya kerajaan dalam membantu rakyat untuk memutuskan rantaian covid19  ni. 

Kerajaan dah berusaha, sekarangni pokok pangkalnya diri kita sendiri. Masihkan kita leka? 

Balik dari kedai atau tempat awam lain ada mandi tak?  

Pakai topeng mulut tak? 

Jaga jarak tak? 

Masih guna hand sanitizer tak? 

Kerap lagi cuci tangan tak? 

Dalam part ini,  kerajaan tak boleh nak pantau sorang sorang. Jadi adalah jadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menjaga kesihatan diri kita dan keluarga kita. 

Bawahni antara penggunaan yang salah sesetengah orang yang pakai topeng hidung dan mulut.


Semoga beri manfaat.. Kita jaga kita💞

Comments

  1. Tk info
    Part turunkan mask ke dagu tu selalu juga buat.

    ReplyDelete
  2. Sesama wak. Tulah, maq pun pernah jugak buat, bila jumpa gambar ni, baru sedar yang ianya berrisiko.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026