Semangat tua makin menggila


Assalamualaikum  

Tajuk memang tak masuk akal.  Dah tua buatlah cara dah tua kan. Tak payahlah bersemangat bagai. Hehehe perli diri sendiri le tu. 

Lepas join team Amway bulan Jun lalu, pada penerimaan bonus yang amway bagi setiap bulan tu, maq pun dapat merasalah jugak, Alhamdulillah. Tak lah banyak mana. Tapi ada. Dengan jumlah peratus jualan sebanyak 3% , secara tak langsung dapat menaikkan lagi semangat berniaga orangtua ni. 

Maq lihat, team yang dah lama terlibat dengan amway, mereka manfaatkan duit bonus tu dengan makan makan, jalan jalan, shopping kat mall bersama orang tersayang. Alhamdulillah. 

Tapi dipihak maq pula, maq manfaati ganjaran bonus pertama tu dengan buat modal untuk aktifkan semula kedai tudung online  maq yang aktif sebelum pkp dulu dan tergendala beberapa akibat covid19 .  Dan kalini maq tambah 1 lagi item. Ia adalah 'anak tudung/ skaf '.

Untuk permulaan,maq beli sekodi dulu.  Kalau sambutan menggalakan  nanti, maq akan beli kilang dan kedai  yang buat anak tudung tu sekali. 

hahahah semangat betul ni!! Tak padan dengan dah tua nya. Hajat meroket! 

Ala,  Aamiin kan lah. Mana tau dengan aamiin anda tu,  Allah makbulkan kata kata maq ni.

Sekarang maq dan along ( anak maq yang tua)  sama sama jalankan perniagaan ni. Macam tudung sarung tu, along jual untuk saiz M memandangkan permintaan pelanggan along ramai nak saiz M. 

Manakala maq pula jual tudung sarung saiz  L dan XL sebab pelanggan maq minta saiz saiz tu. Malangnya saiz L masih takda dalam simpanan pembekal, asbab pkp beberapa bulan lalu.  Jadi sekarang cuma ada saiz XL je pada stock maq. Apa pun, terima kasih kepada pelanggan kami yang sudi support  perniagaan kami. 


Baru update tak sampaipun 24jam,dah tinggal segini. Insyaallah akan restock sehari dua lagi. 


Scarf 

Tudung Sarung Mosscrepe saiz M

Tudung Bawal Chiffon Voile bidang 45

Tudung Sarung Mosscrepe saiz XL


Semoga Allah buka luas lagi pintu rezeki kita, aamiin... 

Comments

  1. menarik jugak tu kak... tak salah mulakan bisnes walaupun kecil-kecilan

    ReplyDelete
  2. Norhidana, ye, usaha ni kena ikut kemampuan,kemudian bila dah berada di zon selesa, baru timbul rasa semangat tu, insha Allah

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan uusan prniagaannya

    ReplyDelete
  4. Mudah mudahan, Aamiin.. T. Kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026