Skip to main content

Pesanan MKN

Assalamualaikum. 

Bila dah diistiharkan rakyat kita dah boleh mulakan aktiviti seperti biasa dengan normal baru, setiap sudut pandangan kita dapat lihat kelompok manusia. 

Masing masing sedang mula melangkah dengan rutin harian setelah hampir 4 bulan 'hanya duduk dirumah ' - Alhamdulillah. 

S. O. P jaga!  Itu lah pesanan demi pesanan yang diberi. 

Bawahni antara pesanan dari MKN untuk rakyat supaya lebih berhati hati. 

PKPP - Jangan lalai atau terlalu selesa dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Terus waspada, ambil langkah pencegahan & patuh SOP.

PKPP - Bersama mencegah COVID-19. Lindungi keluarga anda dengan sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga.

PKPP - Rakyat Malaysia jangan alpa. Terus kekal amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) & elakkan 3S (tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat). Patuhi SOP.

PKPP - Rakyat Malaysia jangan lupa kita masih belum menang. Terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

PKPP - Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain. Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul, penuh dengan kuman.

PKPP - Selamat kembali ke sekolah! Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan optimum dan jangan lupa patuhi SOP.

Disini kita boleh nampak, bagaimana perihatinnya kerajaan dalam membantu rakyat untuk memutuskan rantaian covid19  ni. 

Kerajaan dah berusaha, sekarangni pokok pangkalnya diri kita sendiri. Masihkan kita leka? 

Balik dari kedai atau tempat awam lain ada mandi tak?  

Pakai topeng mulut tak? 

Jaga jarak tak? 

Masih guna hand sanitizer tak? 

Kerap lagi cuci tangan tak? 

Dalam part ini,  kerajaan tak boleh nak pantau sorang sorang. Jadi adalah jadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menjaga kesihatan diri kita dan keluarga kita. 

Bawahni antara penggunaan yang salah sesetengah orang yang pakai topeng hidung dan mulut.


Semoga beri manfaat.. Kita jaga kita💞

Comments

  1. Tk info
    Part turunkan mask ke dagu tu selalu juga buat.

    ReplyDelete
  2. Sesama wak. Tulah, maq pun pernah jugak buat, bila jumpa gambar ni, baru sedar yang ianya berrisiko.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST THIS WEEK

Sembang Pasal Haji

  Bismillah ,Alhamdulillah. Nak tau tak?Waktu maq buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Pahat 31/12/2024 lalu.Maq adalah bersembang dengan seorang "kakak"ni. Beliau yang bahasakan dirinya sebagai "akak". Tapi bila maq belek kad kesihatan beliau ,owh memang betul lah akak.Lahirnya pada tahun 1963.Okey fine ,akak is you. Akak tu tiba tiba boleh pulak masuk topik haji padahal kami hanya sembang pasal penyakit masing masing je sebelum tu. Katanya, Akak dah pergi haji pada tahun 2023 yang lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semasa disana.Biarpun akak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Masyaallah ye ke kak? BMI akak lepas ye ?Akak daftar haji tahun bila? ikut PJH ke muassasah? (Maq kalau buat soalan memang rajin hahaha) Akak tu senyum sebelum jawab soalan soalan maq.Agaknya part BMI tu kot.iishh mulut ni pun ,cepat sangat buat soalan. Ye alhamdulillah,BMI akak lepas. Buat medical check up dekat KKBP dan cucuk vaksin kat klinik swasta. Ha ah,akak ik...

Doa Buat Diri Sendiri

  Bismillah, Jom sis dihari Jumaat yang mulia ni,kita panjatkan doa untuk diri sendiri yang perlu kita sayang.. Dan kita akhiri dengan istighfar bulan Rejab. Aamiin Allahhumma Aamiin...

Menjelang Usia 40

  Bismillah, Saat umur mula memasuki umur 40 tahun,ada banyak hal kena diubah.Suka atau tidak kenalah berusaha. Mari kita semak semula apa kah yang perlu dibanyakkan dan perlu dikurangkan menjelang umur 40 tahun dan keatas. 1. Usaha untuk kurangkan makan, dan perbanyakkanlah berpuasa. 2. Kurangkan tidur dan perbanyakkanlah bangun malam di akhir sepertiganya. 3. Kurangkan bicara yang tak jelas, sia sia. Berbicara perkara lagha dan perbanyaklah berzikir kepada Allah. Jangan biarkan masa berlalu tanpa zikir, selawat dan istighfar. 4. Kurangkan bermewah-mewah, membeli sesuatu bukan keperluan dan perbanyakkan sedekah. 5. Kurangkan bergaul, perbanyakkan muhasabah. Adakan 'me time' dengan Allah SWT. 6. Kurangkan mengeluh dengan dugaan dan cabaran hidup, sebaliknya perbanyakkan berdoa semoga Allah permudahkan urusan. 7. Kurangkan aktiviti dunia, dan perbanyaklah amalan akhirat. 8. Kurangkan meminta pada manusia,  perbanyakkan memberi. Jangan fikir apa akan aku dapat hari ni. Sebalikny...

Percubaan Pertama Detox Ginjal

  Bismillah,Alhamdulillah.. Bila doktor cakap urine maq dah tak clear dan mungkin ginjal ada sedikit kebocoran dan maq dah kena telan ubat,ini antara solusi yang maq ambil. Beberapa batang saleri Sebiji Epal hijau  7 biji Kurma Blender sampai jadi jus segar. Minum waktu perut masih kosong .Maksudnya minum sebelum sarapan. Siapa nak bantu kita kalau bukan diri kita sendiri.Moga usaha ini Allah berikan kejayaan untuk baik pulih kesihatan maq yang dah "terlanjur". Maq ada jumpa satu statement seorang  facebooker.Lepas cocok vaksin ke 2 ,beliau lumpuh.Dan pada status itu ,ramai komen apa yang mereka alami selepas divaksinasi termasuklah kebocoran ginjal. Benda dah pun belaku.Niat untuk kebaikan rupanya tidak menepati seperti yang dijangka. Bersabarlah duhai mangsa keadaan, Allah tak tidur. Dan saat ini kita hanya perlu teruskan usaha untuk sihatkan diri dan keluarga,supaya senang untuk lakukan ibadah dan selesa nak langsaikan tanggungjawab untuk dunia. HasbunaAllah waneqmal w...

Nasi Baryani Wak Gondan

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini maq ada urusan di Yong Peng. Masa dalam perjalanan encik suami ajak singgah Kedai Nasi Baryani Wak Gondan.Kata beliau kita ni asyik tengok wak buat live kat tiktok  je ,sesekali jom support  orang muda Batu Pahat ni buat bisnes. Maq ON je sebab orang belanja... Kedai Wak Gondan terletak tak jauh dari pintu masuk lebuh raya utara selatan Yong Peng. Korang yang datang dari luar Johor kalau guna lebuh raya ,boleh keluar lalu tol Yong Peng.Lepastu belok kiri,dah tak jauh dah kedai tu. Kedainya bersebelahan Petronas.Ala Google map pun ada kan,buat je carian senang sangat. Kalau dari Bukit Perdana tempat tinggal kami nak ke NBWG ni,akan ambil masa dalam 35-40 minit kot.Ikutlah laju mana korang drive.Encik suami biasalah drive bersantai santai je.Alasan kereta banyak yanggg...haha Kedai NBWG buka pukul 11.00pagi, pukul 10.30pagi orang dah beratur panjang.Masa maq sampai tu pun baru pukul 10.45pagi, tapi pelanggan dah beratur sampai ke hujung ked...

Amalan Di Bulan Rejab

Bismillah,Alhamdulillah.. 1 Rejab 1446H tahun ini jatuh pada malam tahun baru masihi 1 Januari 2025. Berikut ini adalah antara amalan yang disarankan disepanjang bulan Rejab nanti. 🤍 Menghidupkan malam pertama di bulan rejab dengan melakukan amal soleh (Qiamullail, Membaca Quran, Istighfar) 🤍 Memperbanyak istighfar di dalamnya setiap hari sekurang-kurangnya 70× selepas Subuh dan Isyak  Memperbanyak doa: أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان Rumi : Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa balighna Ramadhana. Maksudnya: Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan. 💚 Bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepada Allah S.W.T 💚 Bertanya khabar keluarga, saudara-mara, jiran dan sahabat 💚 Bersedekah setiap hari walau sedikit tetapi istiqomah 💚 Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari di awal di tengah dan di akhirnya Rejab 💚 Dianjurkan menyembelih kambing bagi sesiapa yang mampu dan m...

Johorean - Cuti Jumaat Bertukar Ahad

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini Jumaat pertama tahun 2025. Harini juga hari bekerja buat semua warga Johor selepas beberapa tahun kerajaan Johor menjadikan Jumaat sebagai hari cuti. Macam biasa ,waktu solat Jumaat akan diutamakan dimana nanti ,waktu rehat agak panjang dari hari biasa. Murid sekolah yang sesi pagi dah mula bersurai pada pukul 12.30 tengahari.Mereka dah meriah dah kat tepi jalanraya tunggu dijemput.Seronok nak balik rumah. Orang Johor semua kerja harini,kecuali maq dan encik suami.Macam biasalah,kami masih cuti lagi... Jumaat ini juga hati tua maq rasa terkilan bila baca berita tentang kehilangan 4 nyawa dalam "Event Pinkfish" yang berlangsung pada malam tahun baru yang lalu. Tapi benda dah jadi ,siapa kita nak menidakkan takdir.Tapi jujur cakap, maq rasa sedih sangat. Semoga kita dan keturunan kita diberi pengakhiran hidup yang baik baik, Ditempat yang baik baik, Disamping orang yang baik baik, Dalam keadaan yang baik baik. Allahhumma Aamiin..

Hadiah Di Hari Penutup 2024

Harini 31/12/2024 - maq ada temujanji dengan doktor di KKBP .Ambil keputusan pemeriksaan darah yang dijalankan pada bulan Jun 2024 lalu. Daftar sspatutnya pukul 8.00pagi ,tapi untuk mengelakkan kesesakan di klinik , pukul 7.10 pagi maq dah beratur di hadapan klinik.Dapat nombor giliran yang ke 10. Sedang elok beratur tadi ada  seorang petugas KKBP buat pengumuman,bermula Januari 2025 ,Jangan datang terlalu awal.Kalau temujanji pukul 8.00 pagi, datanglah pukul 8.00pagi. Haaaa..masak matt.Pesakit dahlah ramai yang nak jumpa dengan doktor.Rasanya nanti petugas KKBP lagi kelam kabut sebab kena serang dengan kami dalam satu masa yang sama. Alhamdulillah,akhirnya siap lah semua.Last step beratur tunggu ubat pula.Bayangkan dari pukul 7lebih hinggalah pukul 10lebih baru siap dan last sekali kena beratur untuk nak ambil ubat. Sis ...sabar itu indah ❣️ Apa keputusan pemeriksaan kesihatan ,ujian darah dan ujian urine maq kali ini? ✅bacaan kolestrol menurun ,bacaan dari 7.7 dah turun kepada 6....

Rawatan Awal Strok Oleh Ustazah Badariah

  Bismillah,Alhamdulillah. Terjumpa tips rawatan awal untuk pesakit yang kena strok di akaun facebook Ustazah Badariah. Sumber :  Facebook Ustazah Badariah Klik digambar untuk lebih jelas.Semoga beri manfaat buat semua.Jom selawat*

Post Pertama

Assalamualaikum... Ini merupakan post maqnie yg pertama. Meminati blogging lepas tengok anak anak dara maq enjoy je layan blog diaorang.Jeles?  Takda la jeles tapi pada maqnie dengan cara berblog ini kita dapat berkongsi kongsi idea  dengan orang lain ,kongsi maklumat ,kongsi resepi but tak mau la kongsi suami... sis tak rela ! Sebagai seorang pengasuh yang dah bergiat dalam dunia asuhan dah  hampir selama 16 tahun banyak juga pengalaman maqnie. Nanti maqnie kongsi kan kt sini ye.Tunggu... Untuk permulaan biarlah kita berkenal kenalan dulu. Maqnie, Seorang ibu beranak 3. Anak semua perempuan. Seorang surirumah, Seorang pengasuh, Seorang isteri, Seorang yang kuat membebel walaupun dalam tidur. Umur?  Dah baligh dah.  Alhamdulillah. Nampaknya itu saje untuk permulaannya ye.Tunggu di post akan datang.Surprise pulak kan.  ops kejap ! nak beri ucapan, kepada semua reader,selamat malam and sweet dreams ....