Hargai apa milikmu


Assalamualaikum...

Bila nak raya , banyak benda yang kita kena fikirkan. Mula dengan baju raya, kuih raya ,hiasan rumah raya ,balai raya , jalan raya dan pelbagai bagai rayalah lagi senang cakap.

Pastinya semua tu perlukan modal. Modal bukan pakai air liur jek tapi pakai wang . Wang atau kita panggil duit.

Terdapat dikalangan kita yang tidak berpuas hati raya tahun ni ada bonus kena potong. Ada yang bonus dapat sikit , ada yang langsung tak dapat bonus ! Mereka marah , salahkan orang tu dan orang ini. Tapi terfikirkah mereka , diluar sana bukan saja kata bonus , ada tu gaji  pun mereka tak ada ! Ada tu kerja pun tak ada ! Ada tu ada kerja tapi tenaga dia tak ada disebabkan masalah kesihatan. Mereka tu rasanya merunggut tak pasal bonus raya ? Tentunya tidak sebab orang yang senantiasa  bersyukur apa yang dia miliki , dia tak akan merunggut untuk sesuatu yang dia tidak punyai.

Ok , ada orang mengamuk kat suami sebab tak dibelikan baju baru untuk raya kali ini , habis terbang periuk belanga , merajuk 3minggu tak masak ,tak kemas rumah. Terfikirkah dia ada lagi hamba Allah yang baju rayanya dah 3tahun tak berganti malah ada juga hamba Allah yang cuma ada sehelai sepinggang. Kenapalah kita masih tak nak bersyukur lagi?

Kita marah suami kita bagi duit beli kuih raya pun nak bajet bajet . Kita nak kuih raya kita penuh meja  raya tahun ni ! Kita membebel dari lepas sahur sampai azan maghrib nak masuk waktu berbuka ,lepastu sambung bebel lagi . Sedangkan dalam daerah kita masih ada keluarga yang bersahur dan berbuka pun dengan air masak kosong dan nasi kosong ? Masihkah nak membebel lagi kat suami ?? Masih tak nak bersyukur ?

Tiba tiba , bila dah tibanya hari raya , kita jatuh sakit . Demam panas yang memaksa kita terlantar dirumah dan tak boleh meraikan hari mulia tu. Masihkah kita nak marah kat suami ? Masihkah lagi kita perlu merajuk berminggu ? Masihkah nak membebel sehari semalam ? Selayaknya bersyukurlah apa yang kita ada. Dapat bonus ? sebut alhamdulillah. Tak dapat bonus ? duduk diam diam berzikir tahan sabar.

Maqnie yang dah 20tahun lebih jadi babysitter ni . Dah punya majikan dah macam macam perangai manusia . Dan bila tiba hari raya rasanya baru sekali dapat bonus duit raya dari parents . Lepastu dan sebelum tu memang takda dan maq pun memang tak mengharafkan pun. Sebab bonus itukan saguhati. Apa yang maq tahu , saguhati diberi dengan ikhlas hati bukan dipaksa paksa hatinya.

Hehehehe rileks rileks sudahlah ,biarlah persiapan raya tu semampu kita sebab raya tetap raya ,biarpun takda baju raya yang baru ataupun kuih raya penuh semeja huhu.. Selamat menjalani ibadah puasa hari yang ke 16 harini. Haa yang ini wajib ada ! Haha kecuali anda tak berdaya nak berpuasa, Islam ada cara selesaikan masalahnya.



Hargai apa juga milikmu...


Popular Posts