Skip to main content

Pengalaman bersihkan uri


Assalamualaikum.

Ayat motivasi pagi ini

Bila sesuatu kejadian itu berlaku kepada kita, walaupun ianya sukar, jalan penyelamatnya kita boleh kata dengan tenang bahawa :

 " inilah yang terbaik bagi aku walaupun aku tidak pernah memikir untuk mengalaminya namun Allah lebih maha mengetahui apa yang aku perlukan "

Ayat atas tu hari hari maq amalkan. Tak kiralah walau keadaan apa sekali pun. Dan jawapan bagi ayat di atas biasanya maq akan mohon sesuatu dari Allah.  " yaAllah , permudahkan urusan aku hari ini dan urusan aku dihari hari yang seterusnya. Aamiin..

Pagini bukan nak sembang politik Malaysia baru ya , sebab maq bukan pakar dalam bidang tersebut. Yang jelas GST telah dimansuhkan berkuat kuasa hari ini 1Jun 2018. Ramai rakyat rasa lega. Apakah kelegaan menyusul ? Kita lihat aja nanti. Biar 'mereka yang pakar' aja yg buat.

Pada 4April 2018 - maq tak jangka maq akan dapat pengalaman baru , selain jadi 'tok mak' . Apakah ? Seumur hidup ,tarikh itulah pertama kali maq pegang uri dan 'basuh uri' . Anda rasa? Mari maq cerita pengalaman tersebut.

- bila pertama kali anak menantu hulur beg yang berisi uri , automatik jantung maq dagdigdug. Kenapa? Waallah hua'lam , ianya datang secara sendiri.

-bila dah buka bungkusan , Allah hu ,lemah jemari ni , sambil mulut sebut SubhanAllah ,subhanAllah , subhanAllah ...sampai masuk bilik mandi baru stop.

- panggil encik suami , minta dia bantu ,dia kata "abang pun dah lupa sebab pertama kali basuh uri ,pemilik uri tu sudah pun keluarkan uri dia harini. " hahaha dia punya pengalaman cuci uri along lah tu. Aduhh , 23 tahun dah kooo..

-pujuk encik suami ,macamana nak mulakan. Bagaimana caranya. Kata beliau dulu mak bidan ajar , selawat ,lepastu letak bawah paip yang airnya mengalir ,basuh dengan asam garam sebagai sabun.

-maq keluar dari bilik mandi. Tarik nafas panjang panjang kemudian hembus pelahan lahan , dan selawat.

-masuk semula dalam bilik mandi , sambil bawa bekas garam dan asam jawa.

-tenung lingkaran tali pusat kejap. Belek belek kepingan uri yang sangat tebal dan sungguh sempurna.

-bila terlihat belahan pada tengah uri tu , rasa sayu dan sebak meresap dalam jiwa. " perut anak aku dipotong , uri dipotong "  minda ibu tua ni mulalah terbayang bayang  kesakitan tu ,walaupun dah jelas yang proses operate tu kan dibius dan pesakit takkan rasa apa apa.

-sambung menyuci dengan buang ketulan ketulan darah pada dinding uri tersebut. Darah tu macam span yang memang lembut. Maha suci Allah , kejadian yang memang menakjubkan. Dinding darah yg berjaya menjaga janin hingga dia dilahirkan. Walaupun bayi menendang , gelisah dalam perut, sikit pun darah darah tu tak tanggal . SubhanAllah..Allah huakhbar.

- tetiba encik suami tanya " tali pusat ada titik titik ketul darah tak? " maq pun membelek . 'ya ada. Hampir pada tempat yang dipotong ada 2ketul biji darah yang melekat,kemudian jauh lagi ada 1 , jarak jauh lagi ada lagi 1,kenapa abang nak tau? '

"kata mak bidan yang ajar abang cuci uri dulu , itulah jarak anak yang akan datang dilahirkan. Entahlah abang pun tak tahu nak caya ke tidak. Sebab rezeki , anak ,ajal , jodoh , semua kerja Allah " . 'ok kalau macam tu kita tengok , dengar tu boleh ,percaya 100% jangan. ' maq cuba menepis apa juga tanggapan encik suami masa tu.

-bebel punya bebel , siap pun mencuci .Makan masa sejam jugak maq dalam bilik mandi tu hehe berpeluh peluh tau .

-last proses , anak menantu belikan pasu tanah liat, maq bungkus dengan kain putih. Dan masukan kedalam pasu tersebut sambil selawat.  Walau bagaimana pun maq dah pesan anak menantu suruh orang tua beliau check dulu ,kot tak betul ke . Sebab ini hasil kerja pertama kali maq sejak lahir !

- kata encik suami , dulu dulu mak bidan ada letakkan pensil ,kertas dalam bungkusan tersebut dengan alasan ,nanti dah besar , anak yg dilahirkan tu pandai belajar, berjaya dalam hidup. Tapi maq rasa idea macam tu dah tak boleh maq terima sebab budak zaman sekarang ,mereka belajar guna laptop ,notebook. Bankruplah nak tanam benda benda tu dengan uri sekali. Sorang anak? 3orang? 5orang? .. ahh sudah , nanti semua pakat pakat tak mahu beranak , kita jugak yang rugi takda pewaris dimasa depan. Hehehe abaikan ayat memandai maq tu yeee..

-Alhamdulillah semua proses cuci urinya berjalan dengan lancar. Biarpun pertama kali. Biarpun hampir sejam duduk dalam bilik mandi tapi hati puas. Sebab Allah dah pun permudahkan urusannya dan maq pun dah dapat pengalaman baru.

Maq ada satu benda nak kongsi lagini.

Sedarkah anda ,kenapa kita ada pusat? Padahal pusat tu kan saluran untuk  makanan janin . Yang mana aktif hanya dalam perut ibu kita tapi setelah dipotong ianya dah tak berfungsi lagi? Kenapa luka lain boleh sembuh dan parutnya rata sedangkan pusat berlubang lekuk sampai lah kita tua , sampai kita hilang nyawa ! Ia masih kat situ. Takda fungsi apa pun malah kadang berbau jek lahai .


 Ya..Allah biarkan pusat kita berlubang sampai bila bila walaupun tak ada fungsi kerana Allah nak kita kenang jasa ibu kita yang dah berkorban masa kita dalam perut beliau. Kita akan makan apa saja yang ibu kita makan. Semua zat kita ambil ,ibu tolong makan kan jek. Allah huakhbar besarnya pengorbanan ibu semasa kita dalam uri. Malah pengorbanan nak keluarkan kita dari uri , pengorbanan menahan sakit sebelum dan selepas bersalin ,berpantang berminggu minggu ,jaga makan ,menyusukan , semua untuk anak nya semata mata! Allah huakhbar 😭..

Tengokkk.. Ni yang malas ni , Kalau dah menaip mana reti berhenti jari ni . Itulah perangai maqnie. Macam macam isu dalam satu entri hehehe maafkan saya 😂 . Panjang naw , letih orang nak baca hehehe sorry³!

Apa pun terima kasih Allah untuk pengalaman pertama basuh uri. Kalau tak , sampai bila pun maq takkan tahu macamana prosesnya ,tah apa ,uri pun maq tak kenal!

Ada yang kata tak perlu dicuci cuma tanam jek tapi bagi maq , "sabun" tu telah berjaya buang bau hanyir darah yg memang kuat. Dan dengan cara basuh uri ini dapat mengelakkan haiwan seperti anjing ,kucing,rimau ,gajah ,dinasour , ayam itik dari terhidu baunya , 😂😂😂 #guraujelah.  Dah dah , stop naip maq !!!!


Keadaan uri selepas dicuci.

Comments

Popular posts from this blog

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ini meja kami. Masa ni baru sampai dalam 20 minit. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Celik Faraid

Assalamualaikum. Tiba tiba negara kita digemparkan lagi dengan isu masyarakat. Harta peninggalan telah jadi bahan bualan warganet. Abaikan masalah keluarga tersebut kerana insyaallah Allah akan bantu mereka nanti.  Kita orang luar hanya layak mendoakan yang baik baik saja untuk mereka. Apa yang maq nak kongsikan kali ini.Dalam kisah yang belaku  beberapa hari ini, ada sedikit ilmu yang kita sama sama boleh pelajari.Tak kesahlah kita ada harta atau tidak untuk ditinggalkan,yang penting ilmu mengenainya kita ada. Sekadar nasihat Sedikit perkongsian dari seorang warganet mengenai Faraid.   Suami meninggal ? Meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki? Ibu dapat 1/6. Isteri dapat 1/8. Anak lelaki dapat baki keseluruhan. Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki. Walaupun anak lelaki itu bawah umur. Walaupun anak lelaki itu masih kecil.Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.Dia tetap ada hak faraid dia.Isteri pula ada hak untuk uruskan hart...

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat

Assalamualaikum. Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat. Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state . **tetiba A4 pulak!  😂 Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu. Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas. Sedap sangat!  Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam, Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan. Buah bidara, sekilo rm 14.00. Sedap sebab manis rasanya.  Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10. Dapat free gift roti kecil.Terbaik.  Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  ban...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Pesanan Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum. Kenapa kadang terasa sudah kerja keras tapi duit masih rasa tak cukup ? 1- check solat. Mungkin Solat ala kadar, doa ala kadar 2- check tanggungjawab pada ibu bapa. 3- check aktiviti sedekah sekerap mana ianya berlaku. 4- check kerja ,kot kot buat kerja tak amanah. 5- check  silaturahim ,takut ada terputus ikatan itu. Muhasabah diri. ❤

Jiwa Dan Hati

Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu yang agak busy bagi maq . Apa pun tak mampu nak dikongsi diblog ini. Harini ,sambil menahan debaran menunggu pengumuman dari PM pasal kesinambungan hidup dilingkaran covid19 yang dijangka akan diumumkan malam ini. Secebis kata tentang jiwa dan hati. ( lihat gambar ) PKP?PKPB? PKPD? PKPP? Apapun keputusannya nanti, iman jangan goyah. Dunia kita semakin tenat. Redha lah sepenuh hati. Bersangka baik dengan Allah.Apa yang belaku pasti ada hikmahnya ,inshaallah..

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Darurat Dan Jangan Panik

Assalamaualaikum. Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong. Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin.  Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca. TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021) 📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin 📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin 📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin 📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin 📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat un...

Kisah Sejadah Kecil

Sejadah saiz kecil ini pemberian seorang tuan rumah yang maq hadiri majlis tahlil dan yasin dirumah beliau. Sebelumni maq hanya guna bila keluar berjalan jauh. Untuk permudahkan diri sendiri kalau nak solat dimana mana sekalipun. Sejadah biasa biasa je . Made in Turkiye.  Memang takda yang pelik pun, tapi ketika dihadapan Kaabah ,satu kisah pelik sudah berlaku..  Kisahnya macamni.. Bila ditanah haram , antara barang yang sentiasa perlu ada bagi diri maq sendiri ialah beg kasut , sejadah kecil , spray berisi air bersih untuk whuduk dan pengenalan diri . ( tags yang ejen buatkan ,disangkut pada leher ) Ketika maq dan keluarga lain nak solat di depan pintu Kaabah pada satu petang. Kami pun tercari cari ruang untuk penuhkan saff. Dan akhirnya , maq , ibu serta adik perempuan dapat penuhkan saff yang berhampiran dengan tong air zam zam.  Dalam 2/3meter jarak dari tong. Maq pun bentangkan sejadah disitu , untuk lakukan solat sunat masuk masjid. K...