Skip to main content

Baby cot berguna masa darurat

 Beginilah situasi baru dirumah maq.


Assalamualaikum.

Dulu , masa maq pergi ke pejabat  Jabatan Kebajikan Masyarakat di Batu Pahat untuk daftar diri sebagai pengasuh dirumah. Ada beberapa syarat yang pegawai disitu berikan. Selain anak asuhan tidak melebihi 5orang untuk sebuah rumah pengasuh , penggunaan buai dan baby cot juga adalah dilarang.

Masatu maq baru je beli baby cot seperti dalam gambar tu dengan harga rm200. Tokey kedai baik sangat ,dia sendiri yang kurangkan harganya ,mungkin sebab maq masa tu comel lagi kot jika  dibandingkan dengan maq yang sekarang ,hahaha dah mula rasa mual lah tu.. 😝

Awalnya maq dah rancang nak simpan atau jualkan saja baby cot tersebut tapi bila fikir balik , satu hari nanti mesti berguna katil ini.

Dan harini , baby cot itu telah membantu maq dalam tugas harian. Kes ini maq panggil waktu "darurat dirumah" .

Bila tiada siapa siapa selain maq dirumah ni , bila kata perut dah mulas nak melepaskan hajat , baby Ainul , maq dah boleh letak ke dalam baby cot tersebut dan Iman yang aktif berlari lari tu dah tak jadi masalah apa pun waktu ni. Tenang  tenang aja beliau menonton tv dan kemudian sambung berlari.

Dan maq dah boleh lepaskan semua hajat dengan jiwa yang tenteram..😍 tak perlu lagi bawa iman masuk toilet supaya tak ganggu baby Ainul. Cuba tanya pengasuh lain , diaorang ada tak buat macam maq buat ni ? Bawa budak yang aktif masuk tandas sebab tak nak dia buat hal, haru biruuuu ..😂

Nota maq : bila dengar guruh dilangit , air tempayan dibuang jangan ~ cewah 🙊

Popular posts from this blog

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Cerita Parking Kereta

  Bismillah, Kereta kesayangan encik suami dah hampir ½ tahun berada diluar garaj. Kenapa? Meh sini maq nak cerita. Dulu ,sewaktu kami baru berpindah ke taman ini,depan rumah maq tu adalah tanah tinggi.Kalau korang nampak tembok dark grey tu,haaa segitulah tinggi halaman kami dulu. Tapi memandangkan kawasan terhad.Maka kami ambil keputusan buang tanah yang meninggikan halaman rumah kami tu untuk dibuat garaj kereta.So dapatlah nanti memudahkan jiran tetangga nak keluar masuk dilorong tu. Tapi bila jiran tetangga dah semakin ramai, generasi pun dah masuk generasi ke tiga dah sekarang.So masalah paking kereta sangat sangat menjadi masalah.Terutama bagi pihak kami,sebabnya rumah kami rumah terpaling hujung.Sebab tu dulu dulu maq pernah pakai nickname makcik rumah hujung.  Nak dijadikan cerita. Dah elok elok kereta legend kami tu diparking dalam garaj,ada pulak jiran tetangga block laluan keluar masuk garaj kami.Bukan sekali,bukan dua kali tapi hampir hari hari isu ni terjadi. Bil...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Jangan Terlalu Beratkan Minda Semata Untuk Dunia

  Gambar sekadar hiasan** Bismillah... Diam tak diam syaaban dah nak pergi ,ramadhan pulak bakal jadi pengganti. Harap harap tahun ni dapatlah kita bertemu dengan ramadhan 1447. Terlalu banyak spikulasi berkaitan ramadhan pada tahun 2026 ini. Disemua laman sosial,pakar pakar sibuk mengulas pelbagai isu semasa dan isu mendatang. Terkini,manusia global meramalkan dalam bulan ramadhan 2026 nanti banyak isu akan belaku.Mereka cerita pasal perang WW3 ,pasal krisis makanan,pasal kemunculan  imam Mahadi  ,pasal blackout /dukhon dan semua itu telah pun menjadi perbualan hangat didalam group group warganegara Malaysia khususnya. Sebagai salah sorang warganegara dinegara ini, maq taknak ulas semua hal yang di spikulasikan itu.Bagi pihak maq,semua boleh laku jika Allah izinkan.Andai Allah tak izinkan,semua takkan belaku. Hidup ini memang sentiasa diuji.Makanya kenapa nak fikir hal yang belum pasti? Adalah lebih baik rebut peluang dalam janji janji Allah.Sebab nanti,hujung hujung pad...

Kari Idaman Suri pack baru

  Assalamulaikum. Baru berkesempatan check blog ,masuk ruang komen terjumpa komen dari Mr Alex -Idaman Suri dipost maq yang bertajuk  Kari idaman suri  yang maq update pada tahun 2020 lalu. Alhamdulillah dah dapat info terkini.  Lepasni pengguna lain masih boleh menikmati rasa hebat kari idaman suri ini.Anda boleh masuk link ni untuk siasat apa yang terkini dari   Idaman Suri . Yang menarik bukan je masakan kari ,tapi ada banyak lagi perencah segera yang sedap dan lazat untuk anda cuba nanti bersama keluarga. Bawah ni packaging lama : And now dah new packaging ,taddaaa... Perencah menu lain : Nak jadi agent atau nak tau apa apa pasal idaman suri ,boleh hubungi , Mr Alex 017 283 8623 ( marketing manager ) Facebook* Nota : gambar gambar  di ambil dari facebook De Cuisine 💕

2 Ayat Quran Yang Jadikan Maq Rasa Tenang Dan Senang

  Nasihat** Bismillah, Sejak masuk tahun 2026 ,baru minggu ni mood blogging maq datang.Sebelum ni terlalu banyak 'urusan' yang perlu dilakukan hingga mood berblog hilang ghaib entah kemana. Tahun 2025 - banyak kejutan yang belaku dalam kehidupan peribadi maq.Semua nya tidak dirancang tapi maq sangat yakin aturan Allah sangat indah.Apa yang belaku telah disenaraikan sejak azali lagi.So maq tak perlu pertikaikan lagi. Korang nak tau tak apa yang dah buat maq jadi sebegitu tabah nak hadap semua ujian tu? Alhamdulillah,lepas maq baca tafsiran 2 ayat terakhir dalam surah Al Baqarah yang telah mendidik jiwa maq. Awalnya maq cuma dapat baca sikit sikit,kemudian maq dapat menghafal dan sekarang 2 ayat tu dah sebati dalam setiap denyutan nadi maq.Lepas solat baca,sebelum tidur baca dan bila maq free,maq baca. Jom kita baca makna 2 ayat tersebut dan fahamkan apa yang maq dapat untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Bismillahirohmanirohim... (2:285) ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِل...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Masjidil Haram Bangunan Paling Mahal Di Dunia

  Bismillah, Masjidil Haram di Mekah mendahului senarai bangunan paling mahal di dunia, dibina dengan kos USD 100bilion!!!! Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi 🕋 Kapasiti: – Mampu menampung dua (2) juta jemaah pada satu-satu masa; 🕋 Kunjungan: – Menerima dua puluh (20) juta pengunjung setiap tahun; 🕋 Operasi: – Dibuka dua puluh empat (24) jam sehari; – Tidak pernah ditutup sepenuhnya selama lebih 1,400 tahun; 🕋 Kebersihan: – Mempunyai 1,800 petugas pembersihan dan 40 kenderaan pembersihan sanitari elektrik; – 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan kawasan lapang; – 2,000 tong sanitari ditempatkan di seluruh kawasan masjid; 🕋 Lantai & Permaidani: – Lantai diliputi 40,000 helai permaidani (panjang keseluruhan melebihi jarak antara Jeddah dan Mekah, iaitu 79 km); 🕋 Tandas: – 13,000 tandas, dibersihkan empat (4) kali setiap enam (6) jam; 🕋 Air Minuman: – 25,000 dispenser air (antara sistem agihan air terbesar di dunia); – 100 sampel air minuman diperiksa setiap ...

Kisah Sejarah Dato' Bentara Luar

  Bismillah, Dah lama Maq tak kongsi sejarah negeri Johor.Harini terpanggil nak kongsi berkenaan seorang tokoh yang popular dalam liputan sejarah di negeri ini. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang - Dato' Bentara Luar - Founding Father of Batu Pahat Beliau seorang tokoh besar Johor, lahir di Teluk Belanga, Singapura pada 1841. Beliau membesar dalam lingkungan pentadbiran keluarga Temenggung Johor dan sejak muda sudah menunjukkan kebijaksanaan dalam ilmu ukur, pentadbiran tanah serta pembangunan masyarakat. Atas titah Sultan Sir Abu Bakar, beliau dihantar membuka penempatan baru di Batu Pahat pada 1892. Hasil usaha dan kepimpinannya, lahirlah Bandar Penggaram, yang mengambil nama asal Kampung Penggaram (kini Batu Pahat) yang kini menjadi salah satu bandar utama negeri Johor. Beliau juga terlibat dalam pembangunan Muar, Endau dan Kluang. Beliau turut terkenal sebagai tokoh pemetaan awal Johor. Peta pertama Johor dilukisnya pada 1879, dan kemudian dikemaskini menjadi peta rasmi yang leng...

Kek lapis 3 Diva

Kek Lapis 3 Diva Bahan 500 gm butter( saya guna golden churn) 3/4 gelas gula 10 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 200 gm horlick 1 tin susu manis 1 gelas susu tepung nespray 1 1/2 gelas tepong hongkong ( moist guna 1 gelas) 1/2 botol kecik browning sugar 1/2 botol yam paste Warna purple Bahan cheese: 250gm cream cheese 1/2 gelas gula 1 biji telur Sedikit esen vanilla 2 sudu tepung hongkong Cara: Butter & gula pukul sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan esen vanilla, susu manis, horlick, susu tepung, tepung . Gaul sebati. Bahagi 2 1- masuk yam paste & warna purple 2-masuk browning sugar Bahan cheese Campur semua bahan dan pukul sampai sebati Kukus warna coklat > cheese> warna purple . Credit : Mariati Othman Kabilah ( facebook)