Skip to main content

Makanan kegemaran Maq ?


Assalamualaikum,
Selamat menjalankan tugas buat semua yang bertugas.Amboi lamanya maq perap entri ya. Idea tu ada datang bila mana maq tengah sibok buat kerja tapi bila dah berehat , lupa dah nak taip apa , kadang tu terus lupa dunia (  tidurlah tu jawabnya heee ) okey fine , ini disebabkan oleh faktor usia katanya .


Bulan November 2017 - genaplah usia rumahtangga maq selama 24 tahun. Kalau manusia usia 24 tahun ni,pastinya dah matang berfikir ,walaupun dia hanya mampu berfikir hal cinta dan kerjayanya sesaja,kan?

Tempohari masa maq dan encik suami sedang bersarapan dirumah kami. Maq ada ajukan soalan untuk beliau.

Maq : Ani kenal abang dari 1989  sampailah harini. Dan Ani pun dah masak dengan perangai abang , makanan kegemaran abang , kelemahan abang ,keistemewaan abang . Haaa .. Abang suka makan nasi goreng , apa jenis nasi goreng abang memang suka ,kan? Sekarang kalau abang dah kenal siapa isteri abang ni , abang tahu tak "apa makanan kegemaran Ani ?"

Encik suami senyum ,tanpa sepatah kata.


Maq : ala cakaplah , nak jugak tahu apa yang abang dah tahu pasal ani ni ,hmm

Maq buat muka 😔 , acah acah kecewa.

5minit berjalan*


"Haish payah sangat ke dia nak mikir pasal makanan  kegemaran isteri dia nikan ,adeh "  -  detik hati maq.


Dan setelah beberapa minit lagi berlalu ,akhirnya ini jawapan beliau.


" apa yang abang nampak setakat ni , semua makanan depan mata awak tak pernah tak makan habis , kadang tu bersih licin awak makan. Tak pernah cakap tak sedap , semua menu awak cakap sedap. Jadi , macamana abang nak tahu makanan kegemaran awak tu apa ,hahaha " - encik suami gelak besar !


Maq : laaa , ye kee ? 😰 *baru terfikir*

Hahahaha tapi memang ya pun. Itu dah jadi perangai maq. Apa jek makanan depan mata ,makan kasi habis lah . Tak baik membazir , sebab membazir itu serupa perangai shaiton nirojiim ,😂


Nota maq : Syukur Alhamdulillah , rupanya encik suami ni walaupun nampak macam tak ambil kisah pasal apa isteri dia suka makan. Rupanya dia perhati pada keseluruhan perangai isteri dia yang makin hari semakin membulat ni ,hehe. Bulat ke maq sekarang ? Cuba tengok gambar bawah ni ,



Kesan sampingan : Budak lepasan PT3 yang kat belakang tu pun dah makin berisi badan dia. Hehehe mungkin dah tak stress lagi buat masa sekarangni. 😂

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Mimpi Orang yang dah tak ada.

Assalamualaikum. Pengalaman yang maq nak kongsikan ni adalah pengalaman maq sendiri. Mungkin sesetengah orang anggap mimpi tu cuma mainan tidur. Betul lah tu ,maq pun anggap macam tu jugak. Tapi dalam masa jadi permainan tidur ,maq pernah alami mimpi orang yang dah takda. Yang dah meninggal dunia.. Yang pertama tu ketika maq masih bekerja lagi, orang kampung maq ada meninggal dunia ( perempuan ) . Selang seminggu macam tu , maq boleh termimpikan arwah. Sedangkan arwah tak rapat pun dengan maq . Maklomlah anak dara mana kawteam dengan mak mak orang,ye tak? Geng maq masa tu tentunya anak anak dara lah jugak. Anak anak bujang arwah makcik tu pun maq tak berapa rapat,walaupun sebaya. Well..anak dara zaman dulu mana nak menonjolkan dirinya kat umum. #pemalusangat. Malam pertama bermimpi kan arwah,dia datang kat maq tanpa kata apa apa, cuma duduk sebelah dan diam. Maq pun diam. Sebab dalam mimpi tu maq tak anggap pun arwah dah meninggal. Bila dah terjaga ,maq abaikan je mimpi tu maca...