Skip to main content

Anak susah makan nasi?


Assalamualaikum.
Alhamdulillah wasyukurillah. Harini maq nak kongsi sikit perihal makan anak anak kecil. Semua yang maq kongsi kan ini berdasarkan pengalaman maq sahaja ya.

Bila anak dah boleh makan nasi , tak semua antara mereka suka makan nasi. Ibu ibu ada yang rajin melayan tapi tak kurang juga yang ambil sikap sambil lewa mengenainya.

Apa maq nampak ,kebanyakkan ibubapa suka bagi anak makan makanan segera. Ini amat kurang sesuai. Lebih lagi makanan seperti nugget , sosej , fishball ,fishcake dan lain lain lagi. Kenapa?

" anak kecil mengunyah tak lama" mereka kunyah dan terus telan , maka makanan yang pejal seperti diatas tu tidak akan hancur sempurna. Biasa kita akan lihat bila mereka buang air besar , dalam najis ada kismis , taugeh , sayur sawi kan? 😂. Haa ya ke tak? Ok jawab lah sendiri. Namun apa yang kita nampak dalam najis tu masih ok lagi ,apa yang dikhuatiri , makanan pejal seperti sosej yang tak hancur tu akan tersumbat di usus terlebih mereka . Yes , tersumbat di apendiks mereka . Kes ini sangat merbahaya. Di wad kanak kanak banyak kes apendiks tersumbat dan ikhtiar doktor ialah operate ! Allah hu ..


Apendiks berada disebelah kanan perut. Bila anak mengadu sakit perut bahagian kanan, hati hatilah.

Ada orang cakap " anak saya susahnya nak makan nasi. Minum susu kuat pulak. Macamana nak buat? "


Soalan pertama :  bila masanya anda  bagi makan nasi tu ? Kalau selepas mereka menyusu ,memang mereka akan tolak nasi. Amalkan bagi anak makan nasi dahulu , 45 minit - 1jam selepas itu baru bagi susu. Mereka tak nak ? Pujuk ! Tak banyak sikit ,mereka memang kena makan ,lepas makan baru minum susu , haaa buatlah perjanjian macam tu. Tapi ingat , mereka dah makan jangan bancuh susu lebih dari sukatan biasa sebab perut mereka sudah " bernasi"

Dan andai mereka baru balik dari sekolah , biasanya mereka takkan ambil nasi kerana dah makan di sekolah ,makanya bagi jek susu seperti biasa ,mungkin saja lepas menyusu mereka akan tidur. Jangan bagi makan dulu ! Sangat merbahaya kanak kanak tidur selepas selesai makan. Lagi elok tunggu mereka bangun ,barulah bagi makan sebab waktu ini perut mereka memang sedang lapar. Dan secara tak langsung mereka akan makan nasi lebih, lagi elok makanan itu disuap ,lagilah mereka berselera ! Cubalah !

Harap sangat tips ini boleh membantu. Supaya ibubapa diluar sana tak perlu lagi nak bermodal besar  untuk beli susu sedangkan anak anak sudah boleh makan nasi dan macam macam lagi sumber makanan berkhasiat.  Lagi pun harga susu sangat tinggi sekarang ni. Belajarlah kendali wang dan kendali tumbesaran kesihatan anak.

Sebetulnya susu tu hanya ketagihan mereka sahaja , bukan lagi keperluan mereka tiap jam. Puncanya susu sudah jadi alas perut mereka sejak lahir ,kan? Untuk usia anak anak yang bersekolah tadika , mereka hanya perlukan susu pada setiap pagi dan  malam jek sebenarnya ,bukan tiap 2-3 jam macam baby 1-2 tahun.

Nota maq : Semoga beri manfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

Bandar Muar Waktu Malam

Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema.  Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,jangan kena kat keluarga kami yang lain. Awal awal lagi maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu disebabkan kami tak sihat. Takut menjangkit. Maq risau terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung,kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,siapa tahan wey. Bosan tau...

Rakyat diburu saman

 Assalamualaikum. Bila wabak C19 dah melebihi setahun menular dinegara kita ,kerajaan semakin hari semakin bertindak tegas keatas orang ramai demi memantau keperihatinan mereka terhadap bahayanya virus C19 ini. Bermula dengan denda rm300.00 kalau melanggar S.O.P disusuli rm 1000.00 dan kini rm 10 ,000 pulak berkuat kuasa. Ikut S.O.P norma baharu. - pakai topeng muka kalau nak keluar rumah - nak masuk ke sesebuah permis kena scan code mysejahtera dan wajib periksa suhu badan. - berkumpul beramai ramai dilarang.  - jaga jarak bila berada dalam keadaan yang ramai orang. - peniaga ada masa ditetapkan untuk berniaga. - senantiasa bersihkan tangan dengan sanitizer. setahun  kita dah amalkan ini. Tapi sebab ada sesetengah dikalangan kita terlalu ego dan lebih pentingkan diri sendiri ,akhirnya wang ringgit jadi habuan saman. Bayangkan rm 10,000 kalau diberi sedekah kepada keluarga asnab yang terlalu ramai diluar sana kan boleh memberi kebahagian kepada mereka. Lagi lagi bulan Ram...

Vaksin Meningococcal Digantung

  The Meningitis Requirement Is No Longer Required & Has Been Suspended For Umrah Jumaat 8 Syaaban 1446H. Bismillah, Harini maq terjumpa kenyataan diatas tu dari Page rasmi facebook haramain . Vaksin Meningococcal digantungkan untuk umrah. Maksudnya tak diwajibkan ambil buat masa terdekat ini. Sahih ke ni? Mana link ? hahaha ayat ni wajib maq jumpa bila layan facebook.Hebat facebooker zaman now.Maju sangat, semua nak backup dengan link.Silap silap scammer pulak yang bagi link nanti ,lagi haru. Nauzubillahimiznaliq.. Dan korang atau ahli keluarga korang atau jiran tetangga korang yang merancang nak ke Arab Saudi tu bolehlah confirmkan dengan agensi yang telah di daftar, betul ke tak berita ni?Dah lah caj ambil vaksin tu mahal.Untuk kebaikan confirmkan dulu.Setahu maq ambil vaksin Covid19 je yang free.Itu pun masa tahun 2021 ,sekarang tak pasti lagi kondisinya bagaimana.😆 Rasanya ramai dah bakal jemaah haji musim 1446 mula ambil vaksin meningococcal sebabnya sebelum ni kalau nak...

Cara Mudah Dan Ringkas Buat Solat Hajat

  Bismillah, Kalini kita belajar bagaimana cara bacaan dan doa bagi solat hajat yang mudah dan ringkas. Sebenarnya ada banyak cara mudah yang boleh dipraktik kan tapi maq kongsi cara yang bawah ni sebab ianya mudah untuk difahami. Semoga perkongsian ini beri manfaat. Niat dan Bacaan  Amalan selepas solat Doa selepas solat Sumber :Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kenapa nak buat solat hajat ? Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibni Abi Afwa Al islami r.a, beliau berkata,  Pada suatu hari,Rasulullah keluar dan menuju kepada kami,lalu bersabda ; Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ...

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌