Ibubapa jenis apakah kita?


Assalamualaikum.

Salam jumaat penuh barokah. Bila pagi tadi Batu Pahat mendung seharian, lepas asar ni mentari menyinari cuaca cerah penduduk disini. Alhamdulillah.

Bila online twitter, anak anak muda mula berborak berkenaan kes rogol pelajar sekolah yang belaku baru baru ni.Yang jadi tajuk utama,

KENAPA NAK SALAHKAN PEROGOL, SEDANGKAN GADIS TU PERGI KERUMAH BF NYA PADA PUKUL 4PAGI?

ahha ,pengguna twitter dengan aktifnya mengeluarkan pendapat masing masing. Sehingga ada kekeliruan timbul dikalangan mereka. Al maklom orang muda , darah cepat panas .

Maq sebagai orang dewasa dan seorang ibu yang punya 3orang anak perempuan hanya memerhati apa yang mereka bincangkan.

Ada yang salahkan si gadis kerana keluar pada waktu awal pagi macam tu.

Ada yang salahkan ibubapa sebab membiarkan anak gadis keluar rumah pada waktu yang tidak sesuai.

Ada yang salahkan perogol dan teman lelaki.

So maq nak salahkan siapa?



Itu saja yang ayat maq yang mampu maq share kat mereka. Sebab pada maq , dalam kes serupa ni ,masing masing ada tanggungjawab masing masing, bukan lepas tangan macam tu aja. Benda dah jadi baru nak salahkan orang tu ,orang ni.

Yok tengok sedikit dari perbualan anak anak muda di twitter tu.




Tak kurang jugak yang buat lawak ,😂




Dan ada juga seorang  yang berpengalaman sudi berkongsi pengalaman dan idea beliau, memang terbaik.




 Nota maq :

Memang kes itu kes anak orang lain. Dan kata orang jangan dok sibok nak jaga tepi kain orang , tetapi bila mana kita ada keluarga , sedikit sebanyak kita ambil iktibar pada kisah serupa ini. Apa guna kerja bertungkus lumus cari harta untuk anak anak sedangkan anak kita dirumah terabai.  Sejujurnya, sebagai ibubapa, doa kan keselamatan mereka walau dimana mereka berada. Nasihati mereka jika mereka dah mula tunjuk perangai pelik. Ingatkan pada hukum Allah. Pesan berkali kali,

"mungkin ibu ayah tak nampak kamu buat ,tapi ALLAH melihat apa yang kamu buat, jangan buat perkara yang ALLAH larang".

Jika dia anak yang baik ,InshaAllah  , dia akan paham dan akan akur.

*Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah zuriat keturunanku sebagai keturunan yang tidak meninggalkan solat dan moga dijauhkan dari segala perkara keji dan mungkar, aamiin ya Robbal A'lamiin..."

Popular Posts