Musim peperiksaan dah tiba



Assalammualaikum

Minggu ini minggu peperiksaan bagi pelajar pelajar di tanah air kita - Malaysia . Mungkin juga diseluruh dunia ? Entah ..tak tau le pulak :)

Penuntut SPM , STPM  , kolej kolej  Kerajaaan dan swasta pun  semua sedang memerah otak untuk sama sama berperang didewan peperiksaan sejak semalam .







Anak maq *Ety , Harini awal pagi dah called ,mohon restu maq ,suruh doakan untuknya semoga berjaya. Ety dah  mulakan final  exam untuk sem 1 nya  sejak semalam (isnin) dan  awal pagi semalam juga dia dah called maq suruh doakan dia boleh jawab dengan selesa dan tepat .

" mak ..doakan Ety eah "

Itulah ayat dia di whatsapp dan juga di telephone .
Kalau takda exam dia ada call maq tak ?
Ada tu ada ,tapi tak sekerap masa dia nak exam.


Dan sebenarnya restu seorang ibu berada disetiap hembusan nafasnya. Bukan untuk orang lain, bukan hanya ketika anak nak exam , bukan ketika anak nak berkahwin , tapi setiap masa selagi dia masih bernyawa.

Selamat berjuang Ety dan semua pelajar yang mengambil peperiksaan kali ini .Mohon Allah permudahkan urusan anda semua menjawab soalan soalan dan dapat menjawab dengan senang dan tenang .  Dan mampu perolehi keputusan yang dibanggakan nanti.


Dan pada bulan Disember pulak anak maq si Aida , akan menduduki peperiksaa Sekolah Khas, Disekolah Agama Kenangan Dato' Onn. Allah permudahkan kesemua urusan dan semoga berjaya dikehidupan didunia dan diakhirat . Amiinnn..







Insha Allah ,Ety & Aida boleh.. sebab maq tahu anak anak maq memang  mampu lakukan . Menjawablah dengan tenang , dan jangan lupa Doa kepada Allah s.w.t agar di beri kesihatan yg sempurna ketika musim peperiksaan ini dan selama lamanya ,amin ya robal àlamin...

Sesungguhnya Allah tak pandang pada keputusan kita, tapi Dia pandang pada usaha kita.



Popular Posts