Skip to main content

Mesin Ceragem


Assalammualaikum,

Pernah dengar cerita pasal CeraGem? Terapi menggunakan mesin  buatan dari Korea .ianya dah masuk pasaran Malaysia sejak 11 tahun lalu.


Semalam 21-2-2015 maq berkesempatan mencuba mesin urut ini yg berada di kawasan Pura Kencana , Batu Pahat .




Ketika sampai , maq tenguk ramai orang pakai pakaianan serba putih . dari tudung hingga ke seluarnya - bagi orang perempuan . lelaki pun serba putih juga dari atas ke bawah tapi tak pakai tudunglah kan.



Mereka semuanya warga emas yg dah melalui detik detik kecemasan disebabkan beberapa kesan sakit 3serangkai . ingat lagi ? Kencing manis , darah tinggi dan jantung ? kalau anda nak tahu mereka ada yg dah kena strock ! Ada yg punya  14 jenis penyakit . 


rata rata mereka ialah pesakit yg sedang menjalankan terapi . Ketika mendengar pengalaman mereka diceritakan pesakit sendiri , maq sejujurnya sebak kerana ada yg rasa dirinya hampir je kepada maut sebelum ini .


dan tak menyangka akan hidup sihat sehingga sekarang . mereka sudah pun menjalankan terapi ini  baru je 2-3 bulan tapi dah sanggup buat pinjaman bank semata mata berpuashati dgn mesin ini .  ye kesihatan adalah yg utama .



tapi kenapa maq pergi situ?


Pertama mesti sebab ianya adalah PERCUMA tanpa had .boleh buat berapa kali pun takpa dan masih pecuma. Dan maq memang nak cuba benda pecuma ni !


Kedua badan maq dah mula bengkak balik ( gemuk ) . kalau dah bengkak, mestilah sakit sana, sini .terutama belakang dan pinggang.


Ketiga maq pun dah lama tak kena urut , sempena cuti panjang ni tak salah kot maq dan suami mencuba walaupun orang ramai dan terpaksa tunggu giliran .


mesin ini mesin urut menggunakan teknologi  batu jed yg dipanaskan mengikut mode yg dikawal dgn remote. Proses berjalan dalam masa 40minit .


Bebaloikah? Memang terasa sakit pada awalnya sebab mesin tu boleh jumpa pada urat saraf kita yg bermasalah. Peluh pun keluar dengan lancar .katanya untuk kesan yg terbaik , kita hendaklah kerap melakukan urutan ini dgn mode yg berbeza beza .


Kebaikkannya:
Memecah dan membuangkan toksid
Melawaskan pembuangan air besar/kecil
Memperbaiki saraf dan tulang belakang
Kalau kerap guna boleh slim kan badan
Mengurut dari tulang leher hingga tulang punggung.


Maq macam nak beli  tapi harganya rm15K . dan katanya boleh buat loan bank untuk mesin urut buatan Korea ini .


Nak lebih lanjut search google ' mesin terapi Ceragem ' .

Instagram yg maq jumpa :



Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha