Skip to main content

Selangkah Lagi Berusaha



Assalammualaikum


Alhamdulillah anak anak  maq yang  lepasan STPM  2013 & STPM 2014 kini sedang giat mengusahakan perniagaan online dikalangan kawan kawan alam maya mereka.

Sementara menunggu panggilan yang seterusnya. Mereka tak jemu mengisi masa lapang sambil bertugas secara kontrak disalah sebuah kilang yg tersohor diBatu Pahat ini .

Maq pun tak terfikir yg mereka boleh minat untuk berniaga gaya ini.Maq pun turut sama beri sokongan,walaupun hanya kata kata semangat.Sebabnya mereka tak pernah minta satu sen pun modal dari maq selama ini .

 (  maq dah boleh senyum )

Antara barangan yg mendapat sambutan dari orang ramai ialah

~ jam tangan gred A
~ instant Tiara shawl

Dengan harga mampu milik mungkin saja pelanggan teruja untuk beli,setiap minggu ada sahaja pesanan jam dan tudung.Alhamdulillah..

Sesungguhnya rezki itu ada cuma kena usaha , cepat usaha,cepatlah datangnya,kalau lambat usaha,perlahanlah datangnya.

Apa yg perlu rajin dan usaha serta doa.Kerana dengan doa , pertolongan Allah lebih hampir untuk kita,insya allah .

Kat bawah ni antara pengguna tegar instant shawl Tiara .











Haha sendiri jual , sendiri jadi  model,boleh la kan.Harga sehelai instant tiara shawl  RM30 sahaja .

Comments

Popular posts from this blog

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib seperti mana yang sering kita lihat selepas je solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar.Semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Okey ,peluang sudah ada didepan mata , 80 kali untuk hapuskan dosa selama 80 tahun. Dah tu apa nak tunggu...

Isteri Penghuni Syurga

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat penuh barokah. Sedikit perkongsian dari seorang sahabat hati. Jom para isteri, sama sama kita perbaiki diri dari hari ke sehari. Mudah mudahan Allah perkenankan.. Aamiin yb Gambar sekadar hiasan. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... Isteri yang bangun tengah malam, Minta ampun pada Allah bagi pihak suami, Kerana dia tahu suami dia buat jahat, Dia tahu suami dia malas solat, Dia tahu suami dia buat dosa, Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya. Jadi para isteri, Kesalahan suami itu di doakan pada Tuhan. Bukan diceritakan.Bukan di aibkan. Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, disebab isteri itu dia diterima ke syurga, Atau di humban dalam neraka! Jazaakallaahukhairan ust Abu Hurairah Asifa.  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم بنسائكم من أهل الجنة؟ ...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Inilah waktunya untuk jadi Orang baik Yang bijak

Assalamualaikum. Mengenai bantuan Covid19 . Ramai yang pertikaikan penerima penerima sumbangan bantuan tu. Ada yang layak tapi tak dapat, ada yang macam tak layak tapi dapat. Dalam situasi macam sekarang ni,  maq rasa kita jangan pilih layak tak layak tapi kita bagi pada mereka yang memang sangat memerlukannya. Al maklom dah hampir 3 minggu tak pergi kerja, mesti ada yang dah kering stock dapur mereka. Siapa yang memerlukan bantuan tu? Golongan yang diutamakan adalah mereka yang, -duit simpanannya dah habis langsung. -duit nak beli barang dapur langsung dah takda. -Putus pendapatan dan tanggungan ramai nak dibagi makan. BUKAN untuk golongan macam ni. -ada duit tapi sayang nak guna. -ada duit tapi saja nak juga merasa dapat bantuan. -ada duit dalam bank tapi malas pergi cucuk. -ada pencen, socso, bantuan bulanan JKM/Zakat dan gaji bulanan. DAN bukan juga untuk golongan macamni, -dlm petiais penuh lagi barang basah. -dlm almari penuh lagi barang kering...

Gadget Baru

Assalamualaikum.  Sejak doktor dah sah kan bahawa maq ada  masalah tekanan arah tinggi dan kolestrol tinggi, pertamakali apa yang penting ialah jangan meremehkan rutin MAKAN UBAT. Untuk elakkan pisang berbuah 2 kali. Ye,  setiap sebelum tidur kena pastikan makan ubat dan setiap selepas sarapan juga kena makan ubat.  Untuk kawal keadaan maq ada 2 gadjet  yang dah jadi peneman setiap masa. Benda tu ialah,  pemotong ubat alat tekanan darah Setiap pagi dalam pukul 9.00 keatas ,maq akan buat pemeriksaan tekanan darah.  Yang menghairankan,sejak balik dari klinik tu, maq tak jumpa lagi tekanan darah naik sampai 160-170 !  Yang maq  jumpa paling tinggi pun 135/78. Selebihnya seperti biasa, 127/80-122/79-120/72  Persoalannya kenapa dekat klinik kesihatan haritu bp maq tinggi mendadak???  Bila maq tonton di youtube.Ada seorang doktor jelaskan, ada terdapat waktu waktu sesuai nak ambil tekanan darah ni rupanya.  - awal pagi dapat bacaan t...