Bukan Insan Sempurna





Assalammualaikum

Salam jumaat buat semua ...

Tahun 1435 hijrah kian meninggalkan kita dan bakal munculnya Muharam di ambang 1436 !


Apakah azam di tahun baru hijrah ini ?

Lahai tak payah la buat azam lagi ,ada baiknya kita kekal kan azam lama tu cumanya pertingkatkan lagi usaha memantapkan lagi azam azam pada tahun yang lepas lepas .


Sebab masih banyak azam yang tidak terlaksana lagi tu,maklomlah kan azam nya banyak hehe


Tapi maq tak ada azam apa pun cuma  sejak kebelakangan ini maq dah mula sedar yang dunia makin tua .


Makanya jalan untuk menghitung detik tua tu sangat menduga maq.Sedangkan selama ini maq asik perasan diri  asik muda je haishh.

*sejujurnya maq sentiasa perasan akan perasaan  ini.



 **maaf jika aku tidak sempurna 

Bila aku sedar diri ini tidak sempurna ,aku lebih mudah menangisi pada saat bersendirian disisiNYA .

Menginsafi pada kejadian yg sudah sudah dimana selama ini aku lebih banyak menghabiskan waktu dengan sia sia.

Memerhati kesilapan orang .mempersoalkan kehebatan orang.

Merendahkan keupayaan orang sedang aku sendiri pun tidak sesempurna dirinya disisi Allah.

Aku tahu bezanya manusia dengan manusia yang lain ialah pada tiap amalannya,yang lain lain tu sama je . Allahhu...


Ye.. sebelum ini aku sering mengeluarkan kata kata yg pada aku ianya hanya gurauan namun pada orang lain ianya bagai pisau yang menikam kalbu.


Kini jika diberi peluang ,izinkan aku memohon kemaafan diatas setiap keterlanjuran kata kata aku yang lepas lepas tu .

*dan maaf aku masih lagi insan yang tidak sempurna

Hmm,kenapa bahasa sejiwang gini ?
mungkin saja maq dah mula sedar diri.
waallahhualam ...


                                                            

Popular Posts