Skip to main content

Piala Malaysia 2014






Assalammualaikum

1 November 2014 nanti pasukan bola Johor Darul Takzim akan beraksi di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan akhir menentang pasukan negeri Pahang Darul Makmur untuk merebut piala Malaysia 2014.


Alhamdulillah sekali lagi kedua dua pasukan ini berjaya keperingkat akhir ! kalau dah jodoh tak kemana ye tak ?eh ! maq minat bola sepak Malaysia  ?


Jujur cakap ,dulu memang tak minat  ,masa belum adanya team Harimau Malaya tu.Lepas muncul Harimau Malaya ,selang beberapa tahun muncul pulak team club JDT , ok ,seriously barulah maq minat  bola di Malaysia.



Kalau dulu sebelum adanya Harimau Malaya ,maq tenguk bola pun boleh terlelap tau haha , tapi sekarang tidak lagi . malahan tak reti duduk dibuatnya  .kejap baring ,kejap duduk bersila ,kejap tiarap ,aduhhai kejam betul kan orang tua ni menuntun bola  ? tu anda belum dengar dia membebel depan tv lagi tu ! kalau anda join maq tenguk bola di depan tv ,mungkin saja suasana nya macam kat Stadium Bukit Jalil tu hah ! haha


Sejak dari zaman anak dara maq memang minat bola sepak.Yapi kalau yang main tu team company tempat maq kerja je lah kan , untuk bola sepak tanahair masa tu maq tak nampak langsung ! mungkin mata maq tertutup dengan hijab mata ke 4 untuk bola sepak tu kot ..hehe entah le nakk ...


Apa komen maq tentang bola sepak Malaysia sekarang ?


Bagi maq,perkembang yang menarik ! peminat yang dulu tidur bila tiba musim bola sepak sekarang sudah terbangun ! yang dulu macam tak nampak apa itu bola sepak ? sekarang sudah tahu macam macam tentang bola ! ye..sangat hebat bola sepak Malaysia sekarang . lihat je penuntun di stadium tempat mereka berlawan ,tak pernah krikk krikk ,malahan berasap asap lagi ! haha hebat sungguh kan ?


Namun bila dah terlalu taksub ,kadang kadang manusia lupa ! Dimana  yang dipuja puja  itu hanya lah sebiji bola . makanya tak salah kalau satu Malaysia ini sanggup bergaduh ,bertumpah darah ,berhabis habisan wang ringgit , putus sedara ,putus cinta , hilang pekerjaan ,hanya disebab kan sebiji bola tu sahaja .


Kesannya mana yang terlalu cetek akal , mereka tak melihat pada pandangan positif  semangat kesukanan ini .malah kadang kadang tu sehingga menjatuhkan maruah diri sendiri ,bangsa sendiri ,agama sendiri ,dan terutamanya negara sendiri !


Piala Malaysia je kot , bukan nya liga dunia !


Sebagai peminat bola sepak tanah air yang asalnya bukan lalang ( ceh reti pulak maq cakap lalang ni haha )  harapan maq , jangan disebabkan keghairahan anda nak menang ,anda menjadi peminat yang tidak langsung bernilai dimata masyarakat  ! sebabnya zaman sekarang ni kalau anda sebut je perkataan yg menghina orang lain , tak sampai 3 detik ,status anda sudah di keji ,di maki ,di pertikaikan dimedia sosial ! hati hati la ye bila berbicara di laman laman itu . lagi satu maq nak ingatkan kata kata itulah doa ,harap sangat kita di beri doa yang baik baik ,bukan sebaliknya ye...



Ketahuilah  keyboard warrior lebih  tajam  dari mata pisau potong daging anda  !! panjang dah bebel ni ,lastly  dari maq  , doakan kejayaan buat  team  JDT !  and  PAHANG anda boleh  ! boleh jadi naib juara ...eh  ( ini pun doa gak ke ? ) hehe


***maq penyokong team ikan patin Pahang tau!  hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Siaga

  Kata kata nasihat PMX Bismillah, Dari hari ke sehari ,masyarakat dunia semakin tertekan dengan pelbagai krisis global. Pak menteri pun ramai dah berpesan pesan kepada rakyat jelata termasuklah Perdana Menteri Malaysia ,Dato Seri Anuar Ibrahim. **klik gambar untuk bacaan lebih jelas. Di group prepper pun ,masing masing semakin rancak berkongsi maklumat tentang prep.  Antara barang yang disebut ,simpan beras,air bersih,makanan makanan kering,tenaga solar,ubat²an dan ada banyak lagi isu isu yang dibincangkan. Apa pun maq hanyalah seorang " silent reader" .Siapalah saya untuk berkata kata didalam kelompok prepper yang hebat hebat disitu. Sekarang ini perbincangan tentang basikal sedang di update.Bila stock minyak negara hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi,dan kapal Malaysia yang berjaya melalui selat hormuz itu tidak bawa minyak untuk Malaysian,maka para prepper ambil jalan penyelesaian untuk aktiviti harian dengan berbasikal. Guys,bila dapat info bersedia,maka usahakannya....

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Assalammualaikum Pengguna yang berhemah tu bagaimana ? Maq tak pernah tanya orang  berapa perbelanjaan mereka untuk hidup tapi pada maq kalau kita ada akal fikiran yang stabil ,jika gaji tu rm 2000 sebulan  janganlah berbelanja lebih dari rm 2000 sebulan,memang cari penyakit namanya. Tapi kalau dah dinamakan perempuannnnn ....... Orang pakai tudung tingkat ,dia pun nak bertingkat-tingkat Orang pakai kereta besar ,dia pun pakai kereta besar Orang pakai 5biji kereta,dia pun nak 5 biji kereta *tapi tak tau nak letak mana Orang pakai baju lip lap ,dia pun nak baju lip lap Orang ada set perabut made from Bali ,dia nak perabut dari Italy Orang ada gelang paras siku ,dia nak gelang paras bahu . Orang besar kan rumah , dia besar kan hutang ? kan ? Sudah-sudahle tu ...  Itu semua style perempuan era 1960-1990an.Jauh dah tu korang ketinggalan.Perempuan sekarang dia tak pandang kelebihan orang lain dengan harta benda mereka. Perempuan sekarang kena tahu semua barang mahal harg...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesa...

20 Tips Hati Tenang

  Kata kata nasihat*** Bismillah, 1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai. 2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekadar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja. 3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna. 4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. 5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya. 6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakan semula emosi negatif sendiri. 7. Sentiasa menjadi insan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada ...

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. "Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji tuan tuan." Inilah antara kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( masjid ditempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Di khabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab krisis perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak. Di Pakistan - pelajar dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak diesel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang bahagia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jum...

24 Julai 2021

 Assalamualaikum. Harini birthday Aida anak perempuan maq yang nombor 3. 2002-2021 itulah umur Aida harini.Alhamdulillah.. Seboleh boleh dia suruh nyanyikan lagu birthday ,so kenalah ayah dia belikan kek comel tu (saiz 4inci je) untuk dia makan sengsorang dan emak dia pulak jadi tukang nyanyi , haha hancur.. Nak tahu tak apa hajat usu pada birthday dia tahun ni? Layan video kat bawah ni kejap. Allahhu..bisa bikin pusing ini gadisku.. Cerita ke dua 24 Julai 2021 Harini dalam sejarah hidup maq.Hari maq diarah ambil vaksin. Maq dapat sesi petang (3pm) alhamdulillah orang tak ramai pun. Maq sampai dewan 2.13pm -2.25 pm dah siap semua. temujanji dari mysejahtera. Last proses selepas dicucuk. Masani tengah tunggu dapatkan  tarikh dos ke 2.Masa ni juga barulah dapat ambil gambar sebab kat sini lama sikit dapat duduk. Dalam 15minit macamtu. Sebelum tu duduk kejap dah gerak,duduk kejap dah  gerak. Servis sangat tip top kat Uthm ni. Terbaik 👍 Menarik rekabentuk bangunan ni. Dalam ...

Kawal Je bukan Sembuh

Assalamualaikum. Ini bukan cobaan ,ini betul betul . Bila dah tahu sistem badan dah macam macam. Benda pertama yang diarahkan kepada sesaorang pesakit  ialah tolong  Jaga Makan. Selain itu ,ubat ubatan pula dah semakin jadi jajan . Ada pula dah jadi bff dengan ubat. Tapi peliknya sakit tu tak juga sembuh sembuh.  Ternyata ubat yang ditelan itu bukan penyembuh tapi hanya mengawal sistem dalam badan kita supaya apa yang  dimakan cukup khasiatnya. Dan penyakit tidak melarat teruk kepada diri pesakit tersebut. Sebagai contoh , Orang kencing manis ,makan ubat hari hari,cucuk insulin hari hari ,check darah tiap bulan ,dah masuk 20 tahun pun ,kencing manis dia masih ada  ,kan?  Malah kadang datang juga kesan sampingan seperti kabur penglihatan ,kurang pendengaran,alahan pada kulit ,semua tu akibat terlalu banyak ambil ubat. Bagaimana nak jaga kesihatan kalau ubat tidak menjanjikan kesembuhan ? Ye ,seperti yang disarankan tadi , jaga pemakanan kita. Apa y...

Tanda Anda Berjaya Didik Anak

  Bismillah, 3 tanda anda telah berjaya dalam usaha mendidik anak. *Bila ditegur dia tak terus melenting. *Dia sentiasa minta izin ibubapa sebelum buat sesuatu perkara. *Dia takut untuk menipu dan berani bercakap benar. Sumber? Ceramah dari ustaz Amin tapi dari laman sosial mana entah,maq dah lupa. Apapun point point nya maq masih ingat. Jadi tak salahkan kalau maq selitkan kat blog peribadi sendiri untuk tatapan sendiri dan jadi penambah ilmu untuk orang di sekeliling. Maq sekarang dalam fasa mendidik cucu cucu.Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

Pembasmi cicak

Assalamualaikum. Salam 15 sya'ban 1438 Hjirah. Sya'ban bermaksud separuh. Dan kita kini telah berada di separuh perjalanan di bulan 8 dalam bulan islam. Apa yang elok dibuat pada malam nisfu sya'ban dan sya'ban yang  seterusnya?  Elakkan permusuhan dan perbanyakkan memohon dan memberi maaf dikalangan kita. Insha Allah. Harini maq nak kongsi sedikit info. Mungkin ada antara anda yang dah tahu. Makanya maq kongsi jelah pada yang belum tahu ya. Kalau anda nak tahulah kan , rumah maq ada banyak cicak,macam safari untuk spisis ni pun ya jugak. Siang malam, pagi petang ,asyik asyik muka diaorang sesaja lalu lalang dalam rumah ni. Lalu satu hal , sempat pulak melepas tu, adeh kejam sungguh natang ni. Dah lah tu , dating pun depan depan mata maq selaku tuan rumah yang punya rumah ini , Allah hu. Pelbagai usaha dah buat untuk hapuskan cicak , tapi gagal. Malahan diaorang dah pandai pulak naik atas meja makan tu ! Huhh .. Geram sangat tau! Geli tau haa.. Ada jugak maq t...