Skip to main content

Jentik Hati





Assalammualaikum

Salam Jumaat buat semua.

Sebagai seorang perempuan yg bergelar isteri ,selain diamanahkan mengandungkan dan melahirkan anak,kita ada satu lagi tanggungjawab kepada anak kita iaitu mendidiknya.

Anak yg diajar dengan kemewahan akan membesar dengan cara hidup yg mewah

Anak yg diajar dengan kesederhanaan akan membesar dengan gaya hidup yg sederhana

Anak yg dah biasa hidup susah dia akan membesar dengan jiwa yg kuat dan sabar !

Sebagai seorang anak yg dilahirkan di kawasan kampung pada 1969 dahulu ,maq tak pernah ketinggalan untuk belajar jalan hidup yang pelbagai ragam.

Pada maq tiap yg kita tempuhi dulu dulu itulah pengalaman yg berguna untuk masa depan  .Tapi bagaimana dengan karenah anak  zaman sekarang ?

Harini Aida,
Anak maq yg baru lepas habis exam UPSR , baru sehari cuti  dah cakap bosan dah duduk rumah . dia ajak kakak nya yg nombor dua tu jalan-jalan shopping mall untuk 'servey' hanset katanya.

Padahal dia dah ada pun hanset ,tablet dan sekarang nak cari smartphone pulak katanya ! dan si akak pun melayankan je karenah adik nya tu...

hurmmm ...nak salahkan  siapa ekk ? perempuan yg menaip ini kah ? rasanya berpuluh kali sudah maq nasihatkan dia supaya guna je mana yg ada dulu sebab dia pun bukannya ada 'pakwe' lagi waktu ni ,so dia tak perlulah kumpul banyak gadget sekarang hehe  . tapi apa yg dia  jawab... ?

kita kena ikut perubahan zaman mak , kalau dulu orang guna surat untuk bercinta , berhubung , menyalurkan berita tapi sekarang orang sudah guna handphone canggih untuk ke kelas menjahit !  kelas memasak !  fikir yg positif je maq eah ? eah ? heee ... lagipun kan aida ada duit aida sendiri ,nanti kalau tak cukup baru aida mintak kat emak eah ?

maqnie : hurmm ....*mengeluh perlahan sambil merenung wajah dia tanpa sebarang kata yg terucap lagi .


Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Siaga

  Kata kata nasihat PMX Bismillah, Dari hari ke sehari ,masyarakat dunia semakin tertekan dengan pelbagai krisis global. Pak menteri pun ramai dah berpesan pesan kepada rakyat jelata termasuklah Perdana Menteri Malaysia ,Dato Seri Anuar Ibrahim. **klik gambar untuk bacaan lebih jelas. Di group prepper pun ,masing masing semakin rancak berkongsi maklumat tentang prep.  Antara barang yang disebut ,simpan beras,air bersih,makanan makanan kering,tenaga solar,ubat²an dan ada banyak lagi isu isu yang dibincangkan. Apa pun maq hanyalah seorang " silent reader" .Siapalah saya untuk berkata kata didalam kelompok prepper yang hebat hebat disitu. Sekarang ini perbincangan tentang basikal sedang di update.Bila stock minyak negara hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi,dan kapal Malaysia yang berjaya melalui selat hormuz itu tidak bawa minyak untuk Malaysian,maka para prepper ambil jalan penyelesaian untuk aktiviti harian dengan berbasikal. Guys,bila dapat info bersedia,maka usahakannya....

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Assalammualaikum Pengguna yang berhemah tu bagaimana ? Maq tak pernah tanya orang  berapa perbelanjaan mereka untuk hidup tapi pada maq kalau kita ada akal fikiran yang stabil ,jika gaji tu rm 2000 sebulan  janganlah berbelanja lebih dari rm 2000 sebulan,memang cari penyakit namanya. Tapi kalau dah dinamakan perempuannnnn ....... Orang pakai tudung tingkat ,dia pun nak bertingkat-tingkat Orang pakai kereta besar ,dia pun pakai kereta besar Orang pakai 5biji kereta,dia pun nak 5 biji kereta *tapi tak tau nak letak mana Orang pakai baju lip lap ,dia pun nak baju lip lap Orang ada set perabut made from Bali ,dia nak perabut dari Italy Orang ada gelang paras siku ,dia nak gelang paras bahu . Orang besar kan rumah , dia besar kan hutang ? kan ? Sudah-sudahle tu ...  Itu semua style perempuan era 1960-1990an.Jauh dah tu korang ketinggalan.Perempuan sekarang dia tak pandang kelebihan orang lain dengan harta benda mereka. Perempuan sekarang kena tahu semua barang mahal harg...

Usaha ,Doa & Tawakkal

  Bismillah, Ada orang kata ,kenapa nak takut dengan krisis ekonomi & isu global?Kenapa nak takut takda makanan,risau takda minyak? Kata mereka lagi, "Kitakan orang muslim,kita ada Allah untuk kita berserah pada Nya tentang masa depan.Tak payah kalut nak buat persiapan apa apa ,fokus amal ibadah je selagi boleh..." Ye betul lah tu.Tapi asasnya sekarang ,kalau cuma asik berzikir tapi anak anak kebuluran takda simpan stock makanan ,takda simpan stock air bersih,sanggup ke nak tengok keluarga sendiri kelaparan? Memang kita muslim.Nabi ajar kita ,jangan berputus asa.Usaha ,doa dan tawakkal.So selagi sumber makanan tu masih dijual dan masih mampu dibeli,kenapa kita tidak berusaha membeli nya? Bukan kena beli satu kontena pun tapi cukuplah beli mana termampu.Semua itu dinamakan usaha.Kemudian teruskan berdoa supaya ekonomi global kembali pulih.Andai tak dapat nak pulih malahan semakin teruk? Barulah kita bertawakkal.Serah semua kepada Allah SWT. Hasbunallah waneq mal waqeel... ...

20 Tips Hati Tenang

  Kata kata nasihat*** Bismillah, 1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai. 2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekadar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja. 3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna. 4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. 5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya. 6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakan semula emosi negatif sendiri. 7. Sentiasa menjadi insan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada ...

Pembasmi cicak

Assalamualaikum. Salam 15 sya'ban 1438 Hjirah. Sya'ban bermaksud separuh. Dan kita kini telah berada di separuh perjalanan di bulan 8 dalam bulan islam. Apa yang elok dibuat pada malam nisfu sya'ban dan sya'ban yang  seterusnya?  Elakkan permusuhan dan perbanyakkan memohon dan memberi maaf dikalangan kita. Insha Allah. Harini maq nak kongsi sedikit info. Mungkin ada antara anda yang dah tahu. Makanya maq kongsi jelah pada yang belum tahu ya. Kalau anda nak tahulah kan , rumah maq ada banyak cicak,macam safari untuk spisis ni pun ya jugak. Siang malam, pagi petang ,asyik asyik muka diaorang sesaja lalu lalang dalam rumah ni. Lalu satu hal , sempat pulak melepas tu, adeh kejam sungguh natang ni. Dah lah tu , dating pun depan depan mata maq selaku tuan rumah yang punya rumah ini , Allah hu. Pelbagai usaha dah buat untuk hapuskan cicak , tapi gagal. Malahan diaorang dah pandai pulak naik atas meja makan tu ! Huhh .. Geram sangat tau! Geli tau haa.. Ada jugak maq t...

Tanda Anda Berjaya Didik Anak

  Bismillah, 3 tanda anda telah berjaya dalam usaha mendidik anak. *Bila ditegur dia tak terus melenting. *Dia sentiasa minta izin ibubapa sebelum buat sesuatu perkara. *Dia takut untuk menipu dan berani bercakap benar. Sumber? Ceramah dari ustaz Amin tapi dari laman sosial mana entah,maq dah lupa. Apapun point point nya maq masih ingat. Jadi tak salahkan kalau maq selitkan kat blog peribadi sendiri untuk tatapan sendiri dan jadi penambah ilmu untuk orang di sekeliling. Maq sekarang dalam fasa mendidik cucu cucu.Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

Produk Paling Rare Nak Beli Masa PKP

Baca doa dulu sebelum teruskan membaca...  Assalamualaikum. Sejak PKP wabak Covid19  ni,  part shopping  menyopping ni 100% adalah kerja encik suami selaku ketua keluarga kami. Bila dah masuk tahap 3 PKP, ( lebih sebulan) bermakna ada beberapa  barang keperluan peribadi maq dah mula menyusut. Alaaa.. Ni yang lemah ni. Maq : bang, bila abang ada keluar lagi beli barang ? Encik  suami : Minggu depan la. Abang kan keluar seminggu sekali je. Maq : bang,  boleh kirim tak? Encik  suami : nak beli apa? Maq : ala,  takut salah beli pulak nanti. Hmm. Encik Suami : cakap je, tunjuk gambar, nanti abang carilah. Maq : okey, belikan ni.. Barang rare ni, boleh?  Tapi check  betul betul sebab dia ada banyak jenis dan pattern. Ni haaa.. Maq : ada wings ,saiz 32cm ,maxi night ,lain lain produk jangan beli. Nanti tak selesa pakai. Encik suami : aduu  apa cerewat sangat ni???? Maq : dah agak dah.. Tapi itulah ...

24 Julai 2021

 Assalamualaikum. Harini birthday Aida anak perempuan maq yang nombor 3. 2002-2021 itulah umur Aida harini.Alhamdulillah.. Seboleh boleh dia suruh nyanyikan lagu birthday ,so kenalah ayah dia belikan kek comel tu (saiz 4inci je) untuk dia makan sengsorang dan emak dia pulak jadi tukang nyanyi , haha hancur.. Nak tahu tak apa hajat usu pada birthday dia tahun ni? Layan video kat bawah ni kejap. Allahhu..bisa bikin pusing ini gadisku.. Cerita ke dua 24 Julai 2021 Harini dalam sejarah hidup maq.Hari maq diarah ambil vaksin. Maq dapat sesi petang (3pm) alhamdulillah orang tak ramai pun. Maq sampai dewan 2.13pm -2.25 pm dah siap semua. temujanji dari mysejahtera. Last proses selepas dicucuk. Masani tengah tunggu dapatkan  tarikh dos ke 2.Masa ni juga barulah dapat ambil gambar sebab kat sini lama sikit dapat duduk. Dalam 15minit macamtu. Sebelum tu duduk kejap dah gerak,duduk kejap dah  gerak. Servis sangat tip top kat Uthm ni. Terbaik 👍 Menarik rekabentuk bangunan ni. Dalam ...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesa...