Sentap





Assalammualaikum pembaca !

Kalau disebut tentang perasaan , manusia sering lupa.Bahawa sesungguhnya perasaan manusia ini berbeza-beza.


Kenapa maq cakap macam tu ? sebabnya  zaman sekarang ni tiap apa yg orang lain luahkan  kata-katanya , pastinya ada saja hati yang terasa  atau straight to the point its call ( perasan ) !



Inilah keburukan  laman sosial  , baru nak meluahkan dah dianggap bukan-bukan oleh segelintir pembaca ataupun pengikut.


Itulah kenyataan.


Selain kritikkan ,si peluah juga akan mendapat satu istilah yang dipanggil diburuk-burukkan, sedangkan tujuan utama si peluah hanya untuk meluahkan apa yang ada dalam mindanya ketika itu dan bukan ditujukan kepada sesiapa pun !



Hahaha,itulah yang maq nak cakap manusia ni walau zahirnya nampak  sama namun perasaannya naluri ,jiwa ,minda mereka sangat-sangat berbeza.


Oleh itu janganlah sesekali kita fikir yang kita ni selalunya betul sedangkan ada orang lain yang lebih betul dari kita dan kadang-kadang kita pun memang tak betul hahahaha



Sekarang maq pun sedang belajar untuk hati-hati ketika  mengeluarkan ayat bila buat post atau status.Mana tau kot ada orang yang tersentap, nahas oii!



Bila difikirkan balik ,sebenarnya salah kita jugak kan.Siapa suruh terasa , ye tak ?


Tapi kadang-kadang tu memang seriously terasa. Ayat diaorang tu macam kena jek dengan diri kita,macam nak buat kita sentap jek , macam nak kena jek ....heheheh 


- maqnie ~ post ini tidak ada kaitan dengan yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia-harap maklum !




Comments

Popular posts from this blog

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Memori Sepanjang Shawal 2026

Umrah Bersama Tiram Travel

Hilangkan Rasa Lenguh

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Program pada usia yang tersisa.

Selamat Jalan Adam Danish

Usaha ,Doa & Tawakkal