Kehidupan Harian Maq





Assalamualaikum,

Pagi yang indah menjelma semula,seawal pagi maq dah mula lincah didapur sediakan sarapan pagi ,cuci baju , kemas rumah dan macam macam lagilah.


Itula kerja maq hari hari.Sejak 20 tahun lebih dah maq buat kerja yang serupa,lama kan?


Kalau dikira dengan susun batu block sejam seketul,agak-agak maqnie dah boleh dirikan tembok versi sendiri.Mungkin dah boleh kalahkan tembok kat negara China tu -haha perasan je ni .


Namun kebosanan tu akan hilang bila melayan anak anak asuhan.

Walaupun dah dekat 20 tahun hidup macam ni maq tak pulak rasa bosan walaupun kadang - kadang tu rasa teringin jugak nak rasa bosan,

heheheh nak tau tak kenapa kaq takda rasa bosan duduk rumah?


Sejak hadirnya anak-anak asuhan ,macam- macam perangai maq junpa tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak menghiburkan hati maq yang dah mula rasa jemu duduk rumah. 


Gelak tawa mereka,tangisan mereka semua tu telatah yang buat maq sangat bersemangat untuk meneruskan semua aktiviti.


Hinggakan jika lama tak jumpa mereka, maq rasa nak demam pun ada, sakit badan pun ada.


Apa yang maq nak katakan disini, bukan mudah nak mendidik anak orang kerana  mereka datang dari latar belakang yang berbeza beza.


Namun ditemukan dan di asuh di satu rumah yang sama iaitu dirumah Maqnie ...

Popular Posts