Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Resah Seorang Ibu

Assalammualaikum.. Nampak sangat sibuknya kan,sehinggakan berhari-hari dah rasanya blog ni sunyi . Malam ni sambil tunggu anak dara maq pulang dari tempat kerja  , sempatlah juga berblog. Sebenarnya mata dah mengantuk,tapi dik kerana kerisauan,maka nak tidur pun tak berdaya rasanya . Bila anak dara pulang lewat,hati seorang ibu sentiasa gelisah,resah,dalam jiwanya sentiasa berdoa agar anaknda yang dinanti  dapat pulang dengan selamat dari tempat bekerja. Aduh inilah hati seorang ibu .Mudah sangat digoda resah. Perubahan waktu kerja yang menggunakan shif ini amat membuatkan hati keibuan ini menjadi tidak tenang .  Bayangkan anak maqnie dikenakan kerja shif : 8am ~ 4pm 4pm ~ 12am 12am ~ 8am Allahhu memang sakit  bagi maqnie kali ni  . Apa yang mampu maqnie buat sekarang , berdoa untuk keselamatan beliau , selamat pergi ,selamat la kembali kerumah ini . aamin.. *mungkin inilah yang ibu maqnie pernah rasa masa maqnie  muda muda dulu  agakn...

kecil lain , bila besar lain

Assalammualaikum Salam mesra dari Batu Pahat  yg  lebih dikenali sebagai Bandar Penggaram .Petang tadi suami maqnie bawa kami sekeluarga keluar untuk mencari kain  bagi membuat uniform sekolah anak perempuan maqnie yg kecil . Sudah menjadi kebiasaan , tiap akhir tahun , maq akan menjahit baju kurung sekolah untuk anak-anak .Tiba sahaja di kedai kain tadi , ramai pembeli yg memenuhi kedai tersebut, masing-masing mencari kain untuk dibuat pakaian anak sekolah , alhamdulillah , sudah pasti baju kurung adalah pilihan utama di negeri Johor ini. Tapi ada satu persoalan disini , kenapa bila dah tamat persekolahan ,anak -anak sukar sungguh nak mengayakan baju kurung  apatah lagi bila keluar rumah mereka lebih selesa berseluar jeans ! dimanakah silapnya?  Tak perlu salahkan  sesiapa ,mereka bila dah besar, mereka rasa mereka dah boleh urus diri mereka sendiri. Pilihan mereka pilihan hebat. Itulah hakikatnya. -maq berkata berdasarkan pengalaman memerhati an...

Ahmad Albab

Assalammualaikum Leka anak anak maqnie menonton filem arwahyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk -Ahmad Albab . Rasanya usia maqnie 7-8 tahun cerita itu dah popular dah tapi disebabkan kreatifnya pengarah waktu itu maka hingga kesaat ini cerita ini tetap menarik dan masih ditonton oleh  generasi melenium. Suara kanak - kanak yang real menangis memang terbaik, watak datuk yg sombong memang hangen dibuatnya , San sifat kebodoh - bodohan si shawal memang happening !! Cuma pakaian bini jin tu nampak tak bergaya la sebab dia berpakaian seksi hehehe ke ada maksud tersendiri. Dalam hidup kita kena jujur walaupun ditindas oleh mereka yang bersifat kejam dan sombong. Kekayaan belum kekal lama tapi kejujuran akan menjamin kita dipandang hebat !  hahahahahahah  *gelak macam bapak jin  **Just nak tanya mr astro , hello Mr, you mau ulang ini filem berapa kali daaaa....

Resah Menjelang Januari

blogging time Assalammualaikum Hari minggu yg dingin seharian ni , maqnie. dan family macam tak ada apa - apa program seharian ni .  Katanya ada jualan penghabisan stock di Summit Prade tapi ... * pejam mata , tutup kan lah nafsu shopping maqnie ni hehehe Dalam kiraan dua minggu lebih , anak- anak akan naik sekolàh , maka fokus ibubapa saat ini hanya bajet sekolah ! Mana dengan duit buku , yuran , peralatan , pakaian , kenderaan ,ohh semua itu dalam bajet , mohon semuanya berjaya di' settle' kan , insyaallah .. Bila difikirkan ,maqnie  ini baru untuk 2 orang anak , bagaimana dengan mereka yg mempunyai anak yang ramai. 4orang? 5 orang?  Namun percayalah bahawa tiap anak itu  ada rezkinya Allah je yg maha mengetahui...

Astro Buat Maq Hangin

Assalammualaikum .. Salam sedingin angin banjir malam ini , hujan kat luar tu belum lagi teduh , maqnie pun mula naik bosan bila hujan je tv tak boleh nak  tenguk ! haish astro oh astro  apa mau jadi  ? nasiblah kat kawasan rumah ni susah nak nampak siaran , kalau line ok ,siaran tv clear ,  lama dah maqnie tak kenal astro ni.Maaflah cakap,sebab itulah maqnie hanya guna package family  ,sekadar guna untuk dapat kan siaran dengan jelas. kalau tidak , jangan haraplah nak sewa benda alah yg berulang-ulang siarannya ini , haish ,nasib badan Sebagai pengguna yg kena bayar tiap-tiap bulan tanpa henti , kita memang hendak yang terbaik , namun bertahun menggunakannya , harapan setinggi gunung tu hanya umpama mimpi dalam mimpi !  Relakah membuli pelanggan sendiri ? simpatilah kat kami yg masih setia dengan anda !ah rungutan ini bukan nya baru , sebelum ni dah ramai yg bersungut ,namun perkhidmatan nya  masih lagi ditahap yang serupa. ok lah sekian saja ru...

Dugaan Hujan

Assalammualaikum Hujan yg kerap turun minggu ni,menyebabkan banyak tempat telah dilanda banjir. Bukan sahaja negeri Johor , Terengganu ,Pahang, Kelantan dan beberapa negeri lain pun turut sama terlibat. Semua mangsa yg kediaman nya telah dinaiki air telah pun dipindahkan ke kawasan yg selamat .  Alhamdulillah .. Disini bermulanya sekali lagi pihak yg bertanggungjawab menunaikan tanggung jawab mereka. Memastikan keselamatan dan keperluan rakyat menjadi keutamaan.Janganlah hanya ketika menjelang hari mengundi je baru nak tunjuk muka . Jika anda seorang wakil rakyat yg telus sebagaimana yg di janjikan ketika majlis mesra rakyat sebelum PRU  13 dulu, maka jika sudah ditimpa dugaan begini,sila tunjukkan nya kepada mereka hasil kerja anda,rakyat teringin nak tengok ! Dan ingatlah 5 tahun itu tidak lama,setiap aktiviti yg melibatkan wakil rakyat,silalah beri perhatian yg sebaik mungkin  kerana rakyat akan menjadi sasaran aktiviti wakil rakyatnya sebagai sokongan mereka di ke...

Cara Maq jaga anak demam selsema

Assalamualaikum nampak tak keceriaan di blog maqnie kali ni ? amboi sempat lagi tu tukar-tukar background dalam suasana line yg tengah lambat macam siput ...sesungguhnya sabar itu satu jalan menuju kejayaan hehe  #perasan - macam doktor fadzilah hj kamsah pulak kan. dalam suasana sejuk dik musim hujan yg semakin melebarkan sayap nya ini .  agak tidak keterlaluan jika kita dapati manusia yg kurang vitamin akan mudah diserang selsema ! terutama kanak-kanak ! di taska kecil maqnie sekarang ni boleh dikatakan kesemuanya di jangkiti selsema ! ianya sungguh menyedihkan kerana kanak-kanak akan kelihatan comot . memang la kata orang sakit itu penghapus dosa tapi untuk kanak-kanak sekecil mereka , dosa apakah yg mereka dah lakukan ?? hahaha tak masuk akal ! sebenarnya kebersihan itu penting dalam aktiviti seharian kita selain itu , biasakan kanak-kanak ini mencuci tangannya apa bila selesai melakukan apa juag aktiviti  walaupun selepas memegang permainan . dan yg lebih pe...

Bila Akhir Tahun

Assalammualaikum... Bila akhir tahun macam ni ,lepas habis musim peperiksaan budak-budak yg bersekolah.Muncul pulak musim orang kawinkan anak kemudian datang pula musim durian ?haha betul ke bohong ni ? Bila juga akhir tahun ,akan datang lah musim hujan,musim orang pergi melancong dan akan tiba musim orang kumpul duit sebab tahun baru akan muncul tak berapa lama je lagi.Ye ,anak anak dah nak naik sekolah ! Bila dah akhir tahun ,musim orang tengok kot-kot ada hutang yg tak dijelaskan lagi,musim orang tambah hutang baru,musim orang cari pasal untuk bayar hutang hehehe ini memang betul ! Konon-kononnya nanti raya senang semua dah siap sedia ,padahal bila nak raya ada je yg tak cukup ! shopping ! shopping dan shopping ! betul kan....  ** jangan tipula Cik Peah  oii . Bila tiba akhir tahun , ramai orang akan risau sebab umur akan bertambah lagi ditahun baru sedangkan amalan belum lagi ditambah-tambah dan dosa belum lagi dikurangkan ....  Astagfirullah halazim...

Anakku,Anakmu

Assalammualaikum. kecoh !  Itulah yang terjadi dinegara kita . Kecoh pasal pendatang asing ! semua nak di periksa  ,nak disoal siasat , semua nak ditangkap ! kenapa sekarang ? kenapa bila ada kes yg menakutkan baru nak bertindak ? setahu maqnie kehadiran pendatang asing bukan baru-baru ni tetapi puluhan tahun dahulu . Dulu masa maqnie kecik-kecik pun orang indonesia dah masuk ke Malaysia dengan jalan yg tidak sah! buktinya ramai yg guna jalan laut di kawasan kampung maq ! masa tu umur maq baru dalam 8-9 tahun gitu . .sekarang maqnie dah 44 tahun ! wow bayangknalah berapa lama kah jangka masa tu ! Masa tu takde bangladesh lagi ,yg ada hanya pakistan , indonesia  dan warga kemboja ! masa tu kenapa tiada tindakan ekk ?? si kemboja jual baju ! si pakistan jual karpet ! si indonesia buat kerja dikebun kepala ,kebun koko , kebun sawit  dan jugak getah ! dan ada juga yg buat rumah ! kenapa tiada tindakan langsung? mereka tu dah beranak pinak dah sekarang , kebanyakkan me...

Pesanan untuk pengantin baru

"Hantar Pengantin" Assalammualaikum, Hari cuti adalah hari untuk bersama keluarga. Kali ni maqnie dan family berkunjung 2 hari ke rumah ibu mertua ku  kerana cucu beliau nak melangsungkan perkawinannya. Pengantin ialah anak kak ngah belah family suami maq.*haraf anda dapat paham kedudukan dia disitu * ***senang cakap anak buah encik suamilah yg kawin ni hahaha kalau tak paham abaikan je lah ye ekk.. Semalam ketika selesai akad nikah dimana anak buah tu melafaskan nya hanya sekali lafas ,maka termaktub dia menjadi suami orang yg sah.Alhamdulillah... Tapi kan tetiba-tiba maqnie jadi sebak kerana bermula detik itu ,dia dah jadi milik orang lain  selain milik keluarga. Kalau dulu dia hanya berkongsi kasih sayang dengan mak dan bapak dia tapi sekarang tanggung jawapnya  terbahagi dua. Untuk keluarga dia dan keluarga isteri dia. huhu sedih  .... *maklum air mata otai ni memang sensitif sikit * Ok,sebagai makcik dia walaupun makcik ipar ..eh ada ke gelaran makcik ipar??? ...

Nasihat kubur

Assalammualaikum Sekadar mengingati bahawa iblis itu sentiasa berusaha supaya kita akan mengikutinya ke neraka dgn pelbagai cara ! namun begitu tataplah Nasihat Kubur ini :  1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD  2). Aku adalah tempat yang paling sempit,  maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM  3). Aku adalah tempat yang paling sepi  maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.  4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,  5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat,bebaskan sempitan itu dengan SOLAT  6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.  7). Aku ada Munkar & Nakir yg akan bertanya,  maka persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"    Ingatlah sekecil apapun amal ibadah, Alla...

bencinya shopping kalau...

Assalammualaikum, Salam satu Malaysia.thanks untuk readers yg bukan muslim yg sudi singgah ke blog maqnie ini dan juga tak lupa pada readers muslim juga. banyak nak fikir  kejap lagi ni ! Anda suka shopping ? yes ! siapa tak suka kan ,lagi-lagi kalau awal bulan ,masa tu duit di beg dompet sudah padu ,padat dan mampat ! hehe  *naluri orang perempuan memang gini. Bila sebut pasal shopping ada pekara yg maqnie tak berapa gemar memandangnya ! Kadang-kadang maqnie rasa macam nak balik aje ke rumah  kalau lihat suasana itu. Apakah agaknya ? jap..tengah ingatkannya ni... ~ suami yg bermuka ketat , memandang isteri yg sedang memilih barang keperluan sambil mendukung anak kecil. Please lah encik suami,kalau rasa anak itu augerah biarlah anda saja yg memegang anak sedang kan isteri anda itu biarkan lah memilih barang dan jika anak anda tidak merasa selesa dengan anda kenapa tidak anda sahaja yg memilih barangan tersebut ?  aduhhai tak sanggup maq melihatnya . ...

hilang yg bermaruah

Assalammualaikum Malam jumaat yg indah ini lebih indah lagi jika di dengarkan bacaan surah yasin dan surah al kahfi di rumah dan pahalanya niat untuk disedekahkan kepada semua aruah kaum keluarga yang telah pergi dulu meninggalkan kita. Tadi masa menonton buletin di tv3 ,maq amat bersimpati pada kejadian yg meragut nyawa pelumba basikal yg berlangsung di TERENGGANU semalam. Kehilangan dengan satu kemalangan merupakan tragedi yang  amat menyayat hati.Apatah lagi kemalangan yg dimana mangsa sedang berusaha untuk menamatkan perlumbaan.Momen yang  amat menyentuh hati dan perasaan . Tapi kehilangan mangsa ialah kehilangan yang bermaruah.Kerana mangsa bukan hilang nyawa seperti mat rempit yang selalu kemalangan tu, tapi mangsa kehilangan nyawa disebabkan berbuat jasa pada negara dan bangsanya .. . al~ Fatihah ...

Dulu Lain Sekarang Lain

Assalammualaikum Budi bahasa budaya kita - mungkin itu dah kerap kali kita dengar tapi dalam dunia yg serba canggih ni ,ada lagikah manusia ber budi bahasa dan memperbudayakan budi bahasa itu ? Tengok pada anak-anak yang makin membesar ni pun maqnie dah dapat rasakan betapa sukarnya nak menerapkan budi bahasa pada diri mereka agar menjadi kebanggaan bangsanya ! Kerana mereka ini terlalu dimanjakan ! Sejujurnya memang anak-anak maqnie semua maqnie didik dengan tegas ketika mereka berusia 2 hingga 12 tahun kerana diqusia itu mereka mudah dipengaruhi oleh teman sebaya dan pengaruh keluarga dan masyarakat keliling.  Namun ketika mereka sudah disekolah menegah,pergaulan pun sudah bercampur,perkataan yg keluar dari bibir mereka bukan lagi yang kami guna pakai di rumah.Kadang kala macam macam ayat pelik yg mereka guna dan tak kurang juga yg buat maqnie tersentap ! Kalaulah dizaman maq dedulu , cakap b*d*h je sudah disapu cili dibibir .Mahu melolong cari air dalam tempaya...

1 Oktober 2013

Assalamualaikum Pemergian September sudah pun dirasmikan,harini merupakan hari pertama Oktober untuk tahun 2013 !  Maq rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menemui bulan oktober tahunni. Apa yg menariknya hari ni? ( 1 hb oktober 2013 ) ~ anak sulung maqnie menjalankan trial exam dia untuk kertas pengajian am.Sebagai seorang ibu,maq akan sentiasa mendoakan kejayaan untuknya dan untuk adik-adiknya juga,Moga dipermudahkan urusan along menjawab kertas peperiksaan...aamin. ~ yang kedua harini maq akan menerima seorang lagi anak asuhan .Dia anak kepada teman sekolah rendah maq dulu.Dah lama tak jumpa tetiba boleh pulak jaga anaknya ,sungguh tak disangka .Moga Allah mempermudahkan urusan maq dalam mengasuh anak-anak asuhan...aamin . . Alhamdulillah untuk tiap nikmat yang Allah beri .

Merajuk

                                            Assalammualaikum, Bila pagi sarapan nasi lemak jam 11 je mata dah layu ,di tambah lagi dengan kedingin hujan diluar sana oh . Aktiviti apakah yg sesuai kali ni hehehe tak lain tak bukan berlayar kepulau impian zzz .Tapi maqnie tak boleh la sebab anak asuhan ada tiga orang yg memerlukan perhatian dari maq ! sabar maq ye ~ Hari Sabtu selalunya disebelah malam ada saja undangan bacaan yasin di tempat maqnie . Dan malam ini juga maqnie diundang . Namun hati ini makin berat untuk bersama kupulan mereka itu.Ini disebabkan jiwa maqnie  yg sedikit tersentap dengan mereka yg ber kedudukan disana !alamak ni nak mengadu ke nak mengumpat ni ?? tapi inilah kenyataan . Apa yg maqnie pahamkan bila seseorang itu mempunyai ilmu yg tinggi di dalam hal ehwal agama dan mahir bertajwid maka adakalanya *walaupun tidak semua mereka sedikit sebanyak ...

Penantian Menyiksakan

Assalammualaikum, Hati tak ok? resah dan gelisah ? bila kita resah gelisah ,kebiasaannya tapak kaki ,tapak tangan kita akan menjadi sejuk , ye ke tak ? kemudian peluh dingin jatuh satu persatu .mata melilau sekeliling.jantung berdegup kencang . nafas menjadi laju kadang-kadang rasa berat untuk bernafas ! sesetengah orang bila dia resah gelisah . semua yg ada dalam gengaman tangannya akan  terlepas , kadang - kadang ingatan dia pun tak berapa betul ,kejap ingat kejap lupa ! semua yg dilakukan tidak menjadi dan jika dia sangat gelisah , kerjanya hanya berjalan kehulu kehilir . ye ke tak ni ? Pada maqnie ,pekara yg buat maqnie betul-betul resah ialah ketika menunggu anak - anak dara maqnie tu balik ke rumah lagi-lagi kalau mereka lambat lebih dari 1jam. Allahhu sungguh meresahkan jiwa  ni zahir dan batin  tau  tapi  jika mereka dah ada didepan mata ni baru tenang hati maq . . . Apakah mereka pun sama rasa seperti yg maqnie rasakan  tu ????  Wallah h...

Urus Anak Yang Makin Membesar

Assalammualaikum, Salam mesra dari maq untuk semua ,sekarang ni selain kita dengar kes buli dikalangan rakyat Malaysia. Kita juga selalu terdengar atau terbaca kes kemalangan yg melibatkan kanak-kanak. Sebagai seorang ibu dan jua seorang pengasuh,maqnie begitu tertarik untuk memperkatakan hal ini. Pengalaman menjadi ibu selama 20 tahun dan menjadi pengasuh selama 17 tahun sedikit sebanyak memberi pengalaman buat maq.  Kanak-kanak akan menjadi aktif diperingkat usianya mencecah 1 tahun keatas.Semua aktiviti mereka akan menjadi lebih hebat jika dia bertemu kawan-kawan sebaya yg hiper. Sebagai  orang dewasa ada banyak cara yg perlu kita lakukan  : 1.sentiasa pesan jaga kelakuan walau di mana pun berada 2.sentiasa dengar arahan orang tua 3.sentiasa hormat hak kawan-kawan 4.jika dia buat perangai gunakan psiko utk menghalang 5.menengking bukan arahan 6.terangkan maksud 'jangan' itu ialah tidak dibenarkan 7.jangan biarkan kesilapan mereka berulang 8.pantau de...

wechat dulu dan sekarang

kata kata nasihat*** Assalammualaikum Sekarang ni berbagai gadget dipasaran yg mampu dimiliki oleh semua golongan dan termasuk juga perbagai laman sosial yg terkini yang ada di alam maya ini. Antaranya wechat yang menjadi kegilaan para remaja terutamanya. Dirumah maqnie ini wechat di minati oleh anak maq yang nombor tiga  iaitu di Aida. Kakak-kakaknya seperti kurang berminat , tetapi sikecil ni  bila siap je kerja sekolah dia akan 'talk-talk' dengan kawan-kawannya. Amboi meriah gitu ,bila suara anak-anak kecil yang comel-comel dikeluarkan dari android . Kadang-kadang ayat mereka buat kami yg dewasa ni tergelak. Dasyat kan kemudahan anak-anak zaman sekarang ni !Apa pun semua tu perlukan pemantauan supaya tidak disalah gunakan. Tapi zaman kecil maqnie dulu pun ada wechat  jugak ok.Cuma masatu kami tak guna line or  smartphone tapi  suara kami keluar dari tin susu! Hahha siapa pernah cuba ?? helo..helo..hellooo dengar takk?! dengar takkkk?!! Kalau nak tau,kami...

Terima Kasih Sudi Baca

Assalammualaikum, Terima kasih kerana sudi datang ke blog maq yang sikit suram. Memang agak tidak begitu aktif sejak dua menjak ni ,maklumlah aktiviti keibuan sangat menduga . Pada yang sudi membaca entri maq,terima kasih banyak-banyak ,mana yang nak share tu silakan lah kerana semua yang maq kongsikan disini adalah ikhlas so sila lah kongsikan.Tapi ambil yang baik-baik je tau,part yang merepek meraban  tu tak nak la share. Untuk menziarah anda semua insya Allah nanti maq akan menyusuli ,mungkin cuti raya maq tak la busy sangat sebab anak-anak asuhan maq kan balik beraya dikampung masing-masing dan ini mungkin beri peluang maq membebel disini ...insya Allah. Tapi tu pun kalau asben maq tak ajak maq pergi beraya lah kan... Apa pun raya tetap raya.Mood blogging tu tetap hidup ..betul tak ?? lagi-lagi lah bila bertambah nya aktiviti ,dengan baju yg cantik-cantik tu,tudung yg awesome tu. Sharelah gambar awak semua kat maqnie kat sini ye.Nanti makan kueh jangan over ,sebab kueh-kueh ...

Pati Dengan Izin

As salammu'alaikum.. Macam nilah kalau tak makan.Banyak pulak meroyannya.Ini baru hari pertama puasa,entri dah masuk yang ketiga dah. Lagi pun harini anak-anak tak sekolah dan aktiviti masak untuk breakfast pun takda. Manakala aktiviti mencuci baju pun anak dah settlekan. Lepas mengaji Quran ada lagi masa free tu.Maka inilah peluang yang sangat santai untuk berblog. Kali ini maq nak share pasal  jenis -jenis pati minyak yang selalu terdapat dipasaran dan kelebihannya. PATI apakah ? PATI yg bermaksud pendatang tanpa izin ke?atau birthday party ??  Eh bulan puasa nyah ,mana boleh berparty party. Bukanlah , ianya mengesahkan pasal pati untuk minyak wangi,balm,losyen dan yg berkaitan dengannya.Jom kita teruskan. ~pati minyak lavender ianya dapat meremajakan kulit dan memudarkan parut kerana ia mempunyai keupayaan utk mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan semula kulit baru. ~pati minyak zaitun ianya mengandungi perlindungan kesihatan yg dapat mengurangkan risiko peny...

Payung emas? Sanggupkah?

Assalamualaikum sekali lagi maqnie membebel diblog kesayangan ni. sebenarnya maq baru lepas baca majalah kegemaran maq iaitu  majalah pilihan wanita 40++ di Malaysia . tak lain tak bukan ialah majalah MIDI ..walaupun maq bukan pelanggan tetap majalah ni,tetapi dalam masa terluang maqnie akan setia membacanya .dan ianya menambahkan lagi ilmu pengetahuan maq sebagai perempuan yg berusia 40 tahun lebih. hari ni entah majalah keluaran bila ,tapi maq begitu tertarik bila membaca satu artikal mengenai poligami .dalam kes tersebut seorang ustaz mempunyai isteri lebih dari sorang ,iaitu 3 orang . perkahwinan seawal usia 23 tahun ,ketika itu beliau masih lagi menuntut dan isterinya adalah seorang pelajar lepasan SPM yg akan melanjutkan pelajarannya ditempat yg sama ,dalam kes ini beliau (ustaz ) itu tidak pun mengenali bakal isterinya namun ustaz dilamar oleh bapa mertuanya sendiri kerana mahukan uztaz tersebut menjadi menantunya . dan dengan izin Allah termakbullah niat si ayah mert...

Sorang punya hal, semua terkena

Assalamualaikum alam maya ku, Hai readers yg budiman ,semalam maqnie ada baca akhbar  Berita Harian cerita yang menjadi tajuk utama ialah   BLOGGER HANTU DIHARAMKAN Hebatkan tajuk nya.Apakah anda semua tahu apakah isinya. mari maqnie kongsikan disini : Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi  kata Datuk Najib Tun Razak ..ini bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggung jawap atas maklumat yang diberikan sekali gus mengelak perpaduan masyarakat dari  pelbagai agama dirosakkan oleh para blogger.. Tengok! Hanya kerana segelintir mereka diluar sana (para blogger yg suka mengundang pergaduhan dalam masyarakat ) kita yang tidak kena mengena ini menjadi mangsa sama. so lepas ni semua maklumat diri akan dapat dikesan melalui profile blogger la kot..entah la... macam dah tak best je kan.. harap undang-undang ...

Demam Musim Durian

Assalammualaikum Minggu ni adalah minggu menguji kesabaran maq sekeluarga ,kami sekeluarga diserang demam selsema dan batuk.Kata orang sekarang ni musim orang demam ,ada kata orang sekarang ni musim panas,ada kata orang sakit penghapus dosa.Tapi  apa yang maq tau..bila tiba musim durian memang ramai lah yang diserang demam dan selsema serta batuk ni ! Durian? apa yg kita tau tentang buah ni? selain raja segala buah ia juga buah yg tak tumbuh di sembarangan tempat didunia ni.Dan dalam jutaan manusia di Malaysia ni,tak semua suka makan durian kan? ada yang kata durian best ,ada pulak kata durian ??...oh no !! ..ada yang kata ... emmmm tak makan pun takpe... Family maqnie memang 'hantu' durian. Kami  ada amalkan petua supaya tidak demam selepas makan berkilo-kilo biji durian pun, iaitu dengan meletakkan air masak kedalam pangsa dikulit durian gunakan jari sebagai pengodaknya selawat 3 kali kemudian diminum airnya. Alhamdulillah so far so good amalan ini. Tamusim kali ni maq d...

Mangsa Fitnah

Assalammualaikum , Kembali kita dalam episod sembang sembang kosong.Maq nak meluahkan apa yang sedang bermain di kotak minda sekarang ni. Dugaan adalah salah satu rencah kehidupan.  Kata orang kalau hidup tak diduga maka tak bermakna lah perjalanan hidup seseorang. ye,maq akur pada fakta itu namun jika jiwa asik tertekan oleh dugaan demi dugaan maka dengan rendah dirinya seseorang itu jadi makin lemah. Difitnah .. Ini salah satu dugaan paling ternajis terutama kepada mangsa fitnah.Kalau la yang menabur fitnah itu orang yang jauh dari kita mungkin kita dapat katakan.Hahh mungkin dia tak kenal aku lagi tapi jika yang membuat fitnah itu orang yg tersayang?kekasih awal dan akhir.Cinta lepasan sekolah dan sehingga lah kejinjang pelamin? Disaat si dia masih setia disisi masih perlu ke di curiga ? kena ke difitnah?tak nampakkah pada kesetiaannya yg diberikan selama ini ? Sedang anjing garang pun dia tak akan menggigit tuannya.Harimau di zoo pun tak akan menerkam penjaganya kecuali d...