Pesanan untuk pengantin baru
![]() |
"Hantar Pengantin" |
Assalammualaikum,
Hari cuti adalah hari untuk bersama keluarga.
Kali ni maqnie dan family berkunjung 2 hari ke rumah ibu mertua ku kerana cucu beliau nak melangsungkan perkawinannya.
Pengantin ialah anak kak ngah belah family suami maq.*haraf anda dapat paham kedudukan dia disitu *
***senang cakap anak buah encik suamilah yg kawin ni hahaha kalau tak paham abaikan je lah ye ekk..
Semalam ketika selesai akad nikah dimana anak buah tu melafaskan nya hanya sekali lafas ,maka termaktub dia menjadi suami orang yg sah.Alhamdulillah...
Tapi kan tetiba-tiba maqnie jadi sebak kerana bermula detik itu ,dia dah jadi milik orang lain selain milik keluarga.
Kalau dulu dia hanya berkongsi kasih sayang dengan mak dan bapak dia tapi sekarang tanggung jawapnya terbahagi dua.
Untuk keluarga dia dan keluarga isteri dia.
huhu sedih ....
*maklum air mata otai ni memang sensitif sikit *
Ok,sebagai makcik dia walaupun makcik ipar ..eh ada ke gelaran makcik ipar??? hahah bedal je lah. Maqnie pun seakan rasa dia akan jauh dari kami lepas ni ,bukan jauh macam mana la kan tapi yelah dah ada isteri , takkan nak bermanja dengan kami lagi macam waktu dia bujang dulu.
**sedih ....
Maqnie rasa dia lah antara anak buah suami yg manja dengan maqnie, suka bergurau, bersembang , suka tersenyum dan dia suka buat hal sendiri tapi dia memang mesra bila dengan keluarga maq.
Maqnie rasa dia lah antara anak buah suami yg manja dengan maqnie, suka bergurau, bersembang , suka tersenyum dan dia suka buat hal sendiri tapi dia memang mesra bila dengan keluarga maq.
Itu yg maq nie rasa sikit terharu semalam . Apa pun pesanan maqnie untuk pengantin baru tu ...
**jadikan alam baru ini sebagai permulaan awak untuk meneruskan kehidupan dan walaupun dah berkeluarga baru ,jangan pernah lupa jasa mak dan bapak yg selama ni telah membesarkan awak.Kami sebagai ahli keluarga awak yg tetap sayang awak sampai kehujung nyawa kami ...insya Allah...

selamat pengantin baru buat ''abg miemie''