kecil lain , bila besar lain




Assalammualaikum

Salam mesra dari Batu Pahat  yg  lebih dikenali sebagai Bandar Penggaram .Petang tadi suami maqnie bawa kami sekeluarga keluar untuk mencari kain  bagi membuat uniform sekolah anak perempuan maqnie yg kecil .


Sudah menjadi kebiasaan , tiap akhir tahun , maq akan menjahit baju kurung sekolah untuk anak-anak .Tiba sahaja di kedai kain tadi , ramai pembeli yg memenuhi kedai tersebut, masing-masing mencari kain untuk dibuat pakaian anak sekolah , alhamdulillah , sudah pasti baju kurung adalah pilihan utama di negeri Johor ini.


Tapi ada satu persoalan disini , kenapa bila dah tamat persekolahan ,anak -anak sukar sungguh nak mengayakan baju kurung  apatah lagi bila keluar rumah mereka lebih selesa berseluar jeans ! dimanakah silapnya? 


Tak perlu salahkan  sesiapa ,mereka bila dah besar, mereka rasa mereka dah boleh urus diri mereka sendiri. Pilihan mereka pilihan hebat. Itulah hakikatnya.


-maq berkata berdasarkan pengalaman memerhati anak sendiri.






Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji Diuji Lagi

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

Nasihat Ustaz

Cara Daftar Kursus Asas Haji 2026 (1448H)

Tiktok Beri Maq Kesedaran

Kad kena telan mesin Atm

Team Blogger Hantar Email