Resah Seorang Ibu






Assalammualaikum..

Nampak sangat sibuknya kan,sehinggakan berhari-hari dah rasanya blog ni sunyi . Malam ni sambil tunggu anak dara maq pulang dari tempat kerja  , sempatlah juga berblog.

Sebenarnya mata dah mengantuk,tapi dik kerana kerisauan,maka nak tidur pun tak berdaya rasanya .


Bila anak dara pulang lewat,hati seorang ibu sentiasa gelisah,resah,dalam jiwanya sentiasa berdoa agar anaknda yang dinanti  dapat pulang dengan selamat dari tempat bekerja.

Aduh inilah hati seorang ibu .Mudah sangat digoda resah.

Perubahan waktu kerja yang menggunakan shif ini amat membuatkan hati keibuan ini menjadi tidak tenang . 

Bayangkan anak maqnie dikenakan kerja shif :

8am ~ 4pm
4pm ~ 12am
12am ~ 8am



Allahhu memang sakit  bagi maqnie kali ni  . Apa yang mampu maqnie buat sekarang , berdoa untuk keselamatan beliau , selamat pergi ,selamat la kembali kerumah ini . aamin..

*mungkin inilah yang ibu maqnie pernah rasa masa maqnie  muda muda dulu  agaknya. 😭


Comments

Popular posts from this blog

Orang Hidup VS Orang Mati

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Menjelang PRN 11 Julai 2026

7 Julai ❤

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Muslim Malaysia Beruntung

Sup Ayam Adam Aisy

Dunia - Jun 2026