Assalamualaikum
Sekali lagi maqnie membebel diblog peribadi ini.
Sebenarnya maq baru lepas baca majalah kegemaran iaitu majalah pilihan wanita 40++ di Malaysia.Tak lain tak bukan ialah majalah MIDI.
Walaupun maq bukan pelanggan tetap majalah ni,tapi dalam masa terluang maqnie akan setia membacanya dan ianya menambahkan lagi ilmu pengetahuan maq sebagai perempuan yg berusia 40 tahun lebih.
Hari ni entah majalah keluaran bila ,tapi maq begitu tertarik bila membaca satu artikal mengenai poligami.
Dalam kes tersebut seorang ustaz mempunyai isteri lebih dari sorang ,iaitu 3 orang .Perkahwinan mereka seawal usia 23 tahun ,ketika itu beliau masih lagi menuntut dan isterinya adalah seorang pelajar lepasan SPM yang akan melanjutkan pelajarannya ditempat yg sama.
Dan dalam kes ini ,ustaz itu tidak pun mengenali bakal isterinya namun ustaz dilamar oleh bapa mertuanya sendiri kerana mahukan ustaz tersebut menjadi menantunya.
Akhirnya dengan izin Allah termakbullah niat si ayah mertua itu.Dan mereka hidup bahagia.
Namun ustaz itu diuji lagi bila isterinya meminangkan isteri kedua untuk ustaz ,beliau seorang ibu tunggal .
Walaupun bukan pilihan ustaz juga,namun ustaz tetap terima pilihan isterinya.Kini mereka hidup berkongsi kasih atas kehendak isteri pertamanya bersama anak masing-masing.
Tak lama kemudian sekali lagi ustaz di kejutkan apa bila isteri-isterinya meminangkan seorang ibu tunggal buat ustaz atas alasan ingin membantu seorang ibu tunggal lagi.
Dan permintaan mereka ustaz laksanakan apabila ustaz menikahi isteri ketiganya di sempadan Thailand.
Ramai yang memandang serong niat ustaz dan keluarga ,namun ustaz menyatakan :
"ini bukan kehendak saya,ini adalah ketentuan Allah buat saya. dan jika saya menikahi kerana nafsu,adalah lebih baik saya mencari isteri yg muda dan bukan ibu tunggal"
Okey fine.Wahai sahabat maq para para isteri sekelian,mampukah kita menjadi seperti isteri-isteri ustaz tersebut?
Kalau lah ada alhamdulillah kerana ramai orang lelaki kata Allah menjanjikan payung emas buat isteri yang rela dimadu,namun rasanya tak kurang jugak yg membantah atas alasan ketidakadilannya nanti .
Sebenarnya suami adalah pebimbing keluarganya.
Jika betul tunjuk ajarnya kepada isterinya ,anak-anaknya atas tiap aktiviti harian berasaskan agama,mengikut lunas-lunas islam yang adil dan telus ,maka akan bermanfaat kembali untuk dirinya sendiri.Bukan sahaja di dunia ,malahan faedah hidupnya diakhirat jugak.
Berbahagialah mereka yang sentiasa mengamalkan kehidupan berlandaskan agama islam yang sejati.InsyaAllah.Dan percayalah bahawa janji Allah itu pasti.
