Dulu Lain Sekarang Lain





Assalammualaikum

Budi bahasa budaya kita - mungkin itu dah kerap kali kita dengar tapi dalam dunia yg serba canggih ni ,ada lagikah manusia ber budi bahasa dan memperbudayakan budi bahasa itu ?


Tengok pada anak-anak yang makin membesar ni pun maqnie dah dapat rasakan betapa sukarnya nak menerapkan budi bahasa pada diri mereka agar menjadi kebanggaan bangsanya !

Kerana mereka ini terlalu dimanjakan !

Sejujurnya memang anak-anak maqnie semua maqnie didik dengan tegas ketika mereka berusia 2 hingga 12 tahun kerana diqusia itu mereka mudah dipengaruhi oleh teman sebaya dan pengaruh keluarga dan masyarakat keliling. 


Namun ketika mereka sudah disekolah menegah,pergaulan pun sudah bercampur,perkataan yg keluar dari bibir mereka bukan lagi yang kami guna pakai di rumah.Kadang kala macam macam ayat pelik yg mereka guna dan tak kurang juga yg buat maqnie tersentap !


Kalaulah dizaman maq dedulu , cakap b*d*h je sudah disapu cili dibibir .Mahu melolong cari air dalam tempayan untuk basuh.

Main cubit-cubitan tu dah tak asing lagi dah.Dilengan maqnie ni dah terbiasa berbekas cubitan ibu.Nampak sangat nakalnya zaman kecil maqnie tu kan.Alahai malu je hehe.


Lagi pun maqnie memang budak kampung orignal tau.Tak melasak bukan budak kampung namanya.Puas keluar masuk kebun orang kalau tiba musim buah hahahaha


Kawan kawan sepermainan maq semuanya lelaki.Kawan kawan perempuan ramai yang macam "snow white" so macamana maqnie nak join mereka hehehe 


Sikit-sikit menangis ,sikit sikit nak bergaduh tu yang maqnie tak serasi berkawan dengan budak perempuan.Leceh!


Paling best bila berkawan dengan budak lelaki diaorang tak cerewet.Kalau budak perempuan ni itu tokleh,ini tokleh haha tapi kawan kawan tu semua sedara mara je.



Dan bila maqnie duduk sorang-sorang memang indah masa kanak-kanak dulu bila diingat semua dan sekarang ni apa yg maq tengok memang budi bahasa amat jauh berbeza.

Kualitinya kurang kerana zaman sekarang remaja kita sudah terdedah dengan ayat,

'what on your mind '

Itu yang mereka main cakap je apa yang mereka fikirkan.

Popular Posts