Cara Maq jaga anak demam selsema

Assalamualaikum

nampak tak keceriaan di blog maqnie kali ni ? amboi sempat lagi tu tukar-tukar background dalam suasana line yg tengah lambat macam siput ...sesungguhnya sabar itu satu jalan menuju kejayaan hehe  #perasan - macam doktor fadzilah hj kamsah pulak kan.

dalam suasana sejuk dik musim hujan yg semakin melebarkan sayap nya ini .  agak tidak keterlaluan jika kita dapati manusia yg kurang vitamin akan mudah diserang selsema ! terutama kanak-kanak !

di taska kecil maqnie sekarang ni boleh dikatakan kesemuanya di jangkiti selsema ! ianya sungguh menyedihkan kerana kanak-kanak akan kelihatan comot .

memang la kata orang sakit itu penghapus dosa tapi untuk kanak-kanak sekecil mereka , dosa apakah yg mereka dah lakukan ?? hahaha tak masuk akal ! sebenarnya kebersihan itu penting dalam aktiviti seharian kita selain itu , biasakan kanak-kanak ini mencuci tangannya apa bila selesai melakukan apa juag aktiviti  walaupun selepas memegang permainan .

dan yg lebih penting makanan tambahan untuk mereka seperti vitamin C sangat perlu .  lagi-lagi untuk kanak-kanak yg suka makan jajan !

menghindari lebih baik dari mengubati  .  ye betul sebab bila dah diserang ,bukan cukup 2 atau 3 hari dah baik,mungkin seminggu baru ok. yg kesiannya tu  ,bila nak tidur kanak-kanak ini mengalami hidung yg tersumbat dan mereka merasa tidak selesa ,kesian .

cara maq handle anak yg demam selsema :

pastikan dia mandi bermula dari jirusan air dikakinya dahulu kemudian bawa keatas badan dan pastikan kepalanya tidak di basahi  dalam waktu dia mengalami selsema itu. dan elakkan mereka minum ais dan sentiasa amalkan mereka meminum air masak ,lagi elok air suam ... 

dan pastikan menggunakan tisu bukan tuala tangan kerana tisu bila dah guna terus dibuang ,sedangkan tuala tangan ni akan diguna berkali-kali dan ianya kotor kan  . .

utamakan dia diberi rehat disiang hari dengan tidur siang walaupun hanya 1jam kerana kanak-kanak aktif diwaktu jaganya dan dia perlukan rehat selepas itu.Sebab tu ubat selsema mengantukkan . Sebab pesakit memang perlukan rehat

Bio C plus - vitamin untuk babysitter ,produk dari nutrilite.

Popular Posts