Jumaat terakhir 2023
Bismillah,
Harini merupakan Jumaat terakhir 2023.Banyak masa sudah kita habiskan ketika 2023 terutama pada hari Jumaat.Apa bestnya hari Jumaat 2023?
Awal tahun lagi memasing dah mula sibuk cerita pasal tibanya hari kiamat.Pasti korang tahu pasal ini kan?
Kiamat belaku pada hari Jumaat ! Itu yang nabi cakap so bila hari Jumaat je ramai cuak.Tapi biasalah orang kita,masuk pertengahan tahun dah hambar,solat Jumaat entah kemana,subuh lagilah tak hairan.Masjid tu dipenuhi dengan warga pencen dan kanak kanak lepas khatan je.Lelaki sado lagi ensem bayang pun tak nampak.Alasan?
" aku busy bro,kerja banyak..nanti nantilah bila ada masa lapang boleh lah kita berjemaah sesama..."
Baca Quran? Maq rasa kalaulah Quran tu boleh bercakap,lama dah dia merajuk ,sebab kita sekarang ni dah lebih banyak buang masa dengan media sosial dari baca Quran.
Sedekah ni inshaallah,bolehla.Sebabnya orang kita sangat pemurah.Part ini dunia pun dah tahu.Yang pelokek cuma Haji bakhil je bak kata P Ramlee .
Sebenarnya kata kata kat atas tu bukan tujuan utama maq menaip harini.Tapi sebelum masuk 2024 ,korang tak payahlah buat azam baru lagi,pakai je azam tahun tahun lepas pun boleh.Yang penting yakin kan diri yang tahun depan ni,sebelum kiamat, korang sekeluarga dah jadi hamba Allah yang mentaati ajaran islam.Nasihat ni untuk diri maq juga ni.Jom kita buat kat bawah ni,
**pastikan kita dah reti solat pada awal waktu untuk solat fardhu 5kali sehari.
** pastikan juga hutang solat,hutang puasa dan hutang dengan manusia sekali pun ,cubalah settlekan.Ingat,orang banyak hutang hidup dia gelisah.Tak tenang.Sentiasa rasa berdosa dan hidup serba serbi tak kena.
**Nafkah kena dilaluan yang betul.Suami nafkahi isteri,bukan isteri yang menafkahi keluarga.Andai tersilap salurannya jenuh mat ngko nak jawab kat akhirat nanti.
**perbaiki cara whuduk
**perbaiki mutu solat
**perbaiki bacaan tajwid Quran terutama bacaan Al Fatihah
**banyakkan zikirullah,selawat
**jangan jemu buat benda baik
**kurangkan hiburan dan lebihkan majlis ilmu
**rapatkan diri dengan Allah sebab hujung hujungnya nanti kepada DIA juga kita kembali.
Benda benda nilah yang kita kena buat tiap kali tiba tahun baharu. Buat sampai settle!kenapa perlu nak settlekan semua ini bila masuk 2024???
Sebab tahun 2024 nanti ,ujian kita lebih berat lagi dari ujian 2023 ,kalau iman tak kuat, jiwa tak kental, tak mustahil kita dan ahli keluarga kita akan "TEWAS"
Nauzubillahiminzaliq..
So,kita berusaha dari sekarang sementara masih diberi masa dan peluang.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.
Dah hafal surah khafi ?