Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2025

Percubaan Pertama Detox Ginjal

  Bismillah,Alhamdulillah.. Bila doktor cakap urine maq dah tak clear dan mungkin ginjal ada sedikit kebocoran dan maq dah kena telan ubat,ini antara solusi yang maq ambil. Batang saleri Epal hijau  Kurma Blender sampai jadi jus segar. Minum waktu perut masih kosong .Maksudnya minum sebelum sarapan. Siapa nak bantu kita kalau bukan diri kita sendiri.Moga usaha ini Allah berikan kejayaan untuk baik pulih kesihatan maq yang dah "terlanjur". Maq ada jumpa satu statement seorang  facebooker.Lepas cocok vaksin ke 2 ,beliau lumpuh.Dan pada status itu ,ramai komen apa yang mereka alami selepas divaksinasi termasuklah kebocoran ginjal. Benda dah pun belaku.Niat untuk kebaikan rupanya tidak menepati seperti yang dijangka. Bersabarlah duhai mangsa keadaan, Allah tak tidur. Dan saat ini kita hanya perlu teruskan usaha untuk sihatkan diri dan keluarga,supaya senang untuk lakukan ibadah dan selesa nak langsaikan tanggungjawab untuk dunia. HasbunaAllah waneqmal wakeel.. Jom selawat**

Johorean - Cuti Jumaat Bertukar Ahad

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini Jumaat pertama tahun 2025. Harini juga hari bekerja buat semua warga Johor selepas beberapa tahun kerajaan Johor menjadikan Jumaat sebagai hari cuti. Macam biasa ,waktu solat Jumaat akan diutamakan dimana nanti ,waktu rehat agak panjang dari hari biasa. Murid sekolah yang sesi pagi dah mula bersurai pada pukul 12.30 tengahari.Mereka dah meriah dah kat tepi jalanraya tunggu dijemput.Seronok nak balik rumah. Orang Johor semua kerja harini,kecuali maq dan encik suami.Macam biasalah,kami masih cuti lagi... Jumaat ini juga hati tua maq rasa terkilan bila baca berita tentang kehilangan 4 nyawa dalam "Event Pinkfish" yang berlangsung pada malam tahun baru yang lalu. Tapi benda dah jadi ,siapa kita nak menidakkan takdir.Tapi jujur cakap, maq rasa sedih sangat. Semoga kita dan keturunan kita diberi pengakhiran hidup yang baik baik, Ditempat yang baik baik, Disamping orang yang baik baik, Dalam keadaan yang baik baik. Allahhumma Aamiin..

Doa Buat Diri Sendiri

  Bismillah, Jom sis dihari Jumaat yang mulia ni,kita panjatkan doa untuk diri sendiri yang perlu kita sayang.. Dan kita akhiri dengan istighfar bulan Rejab. Aamiin Allahhumma Aamiin...

Rawatan Awal Strok Oleh Ustazah Badariah

  Bismillah,Alhamdulillah. Terjumpa tips rawatan awal untuk pesakit yang kena strok di akaun facebook Ustazah Badariah. Sumber :  Facebook Ustazah Badariah Klik digambar untuk lebih jelas.Semoga beri manfaat buat semua.Jom selawat*

Sembang Pasal Haji

  Bismillah ,Alhamdulillah. Nak tau tak?Waktu maq buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Pahat 31/12/2024 lalu.Maq adalah bersembang dengan seorang "kakak"ni. Beliau yang bahasakan dirinya sebagai "akak". Tapi bila maq belek kad kesihatan beliau ,owh memang betul lah akak.Lahirnya pada tahun 1963.Okey fine ,akak is you. Akak tu tiba tiba boleh pulak masuk topik haji padahal kami hanya sembang pasal penyakit masing masing je sebelum tu. Katanya, Akak dah pergi haji pada tahun 2023 yang lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semasa disana.Biarpun akak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Masyaallah ye ke kak? BMI akak lepas ye ?Akak daftar haji tahun bila? ikut PJH ke muassasah? (Maq kalau buat soalan memang rajin hahaha) Akak tu senyum sebelum jawab soalan soalan maq.Agaknya part BMI tu kot.iishh mulut ni pun ,cepat sangat buat soalan. Ye alhamdulillah,BMI akak lepas. Buat medical check up dekat KKBP dan cucuk vaksin kat klinik swasta. Ha ah,akak ik...

Aura Bulan Rejab 1446H

  Bismillah ,Alhamdulillah. 1 Rejab 1446H bersamaan 1 Januari 2025Masihi. 1/7/1446 = 1/1/2025 Pada aura baru ni, maq cuma minta diberi sebaik baik pelindungan didunia sampai keakhirat. Moga kami sekeluarga dijauhkan dari kemiskinan harta dan iman. Hanya kepada Allah tempat kami berlindung dan mengharafkan pertolongan. Yaa Rob.. Lindungi kami dari fitnah manusia dan fitnah dajjal. Lindungi kami dari orang orang syirik dan munafik. Lindungi kami dari orang orang zalim dan kejam. Lindungi kami dari wabak yang berbahaya. Lindungi kami dari hal yang sia sia. Lindungi kami dari azab kubur dan azab api neraka. Lindungi kami dari dunia sampai ke akhirat. Istajib doa ana yaa Allah...