Skip to main content

2022 Tahun Ujian Kami



Bismillah,


Hampir 3 bulan blog sepi.Idea betul betul kering  beberapa bulan kebelakangan ni. Padahal banyak aktiviti yang maq buat tapi langsung tak boleh nak menaip untuk maq kongsikan dalam blog.


Tajuk entri pun nampak macam something?Jum teruskan bacaan anda.


" 2022 tahun ujian buat kami bertiga"

Pada awal tahun 2022 ,semua aktiviti kami berjalan lancar.Encik suami,maqnie & anak  bongsu hanya urus bisnes Amway dan perfume Dcalysta kami seperti biasa.


Bisnes berjalan lancar ,tiap bulan ada je sale masuk,biar pun tak sekencang otai otai berbisnes tapi maq tetap rasa syukur.Biarpun nampak macam tak buat apa apa tapi sebenarnya kami bekerja.


Bermula pada pertengahan bulan May 2022

Kami bertiga telah diberi amanah menjaga ibu mertua yang katanya langsung tak boleh nak bangun dan berjalan.Kalau sebelum ini beliau boleh je bergerak kesana sini walaupun hanya dengan bertongkat , tetiba terus tak mampu nak buat apa apa.Nak bangunkan badan pun tak kuat,lesu.


Bilamana anak anak beliau yang lain sibuk dengan komitmen memasing dan tak dapat nak uruskan beliau, kami diminta uruskan beliau.


Kami setuju dan kami sanggup.Pertamanya kami sanggup jaga kerana Allah taala.


Kami juga sanggup jaga sebab syurga encik suami ada pada ibu mertua.


Kami sanggup sebab nanti kami dah tua,kami pun tak tau apa kisah perjalanan hidup kami.


Kami sanggup berjaga siang malam untuk urus ibu mertua sebab kami sayang beliau tanpa berbelah bagi.


Biarpun kehidupan kami bertiga dianggap seperti, 3 orang penggangur tersohor yang bukan ada buat kerja apa pun,cuma makan tidur  je dekat rumah.


Oooops really??...


Its okey.Kami  buat kerja pun bukannya nak  mengharapkan perhatian orang. Biar Allah je yang tahu.


Maka kami abaikan semua tanggapan itu,kami ikhlas jaga dan ikhlas sanggup.Kami sanggup sebab inilah salah satu cabang pahala syurga kami.


Masyaallah,rupanya nak dapatkan pahala dan syurga itu bukan semudah A.B.C ye tuan tuan dan puan puan.Ujian untuk kami datang bertalu talu.


Kami dapat jaga ibu mertua hanya selama 10 hari, sahaja. Apabila beliau dah boleh berjalan bertongkat seperti biasa,makan minum pun dah berselera,mandi & buang air pun dah boleh urus sendiri, beliau nak balik kerumahnya dikampung.


Waktu ini ibu mertua perlukan bantuan hanya semasa nak pakai lampin pakai buang sahaja.


Kalau sebelum tu mandi pun maq yang mandikan, buang air besar pun maq yang bersihkan.Tapi bila beliau dah mula rasa sihat seadanya,plan kami berubah.Niat nak jaga sebulan dan lebih telah menjadi 10hari.


Mungkin beliau tak nak susahkan kami bertiga kot.Maq sentiasa bersangka baik dalam semua hal.


Biarpun puas dipujuk tapi keputusan ibu mertua tetap sama,nak balik rumah dikampung.Dah lama tinggalkan rumah.Dah rindukan rumah. Dan banyak lagi alasan yang diberi.


Dan akhirnya kami terpaksa akur pada keputusan beliau. 


Kami hantar beliau balik pada petang hari yang ke 10 itu juga. Selesailah sudah amanah jaga syurga encik suami dan kami bertiga pun meneruskan kehidupan normal kami seperti sebelum.


Pada 22Jun 2022.

Angah selamat bersalin.Peristiwa yang berlaku 2 minggu selepas kami hantar ibu mertua balik kampung.

24Jun 2022 - 

angah keluar wad,kami bertiga diamanahkan oleh anak menantu untuk jaga Angah & babynya yang baru lahir tu. Angah berpantang hampir 2 bulan dirumah kami di Batu Pahat.


Bersalin anak sulong,banyak benda Angah tak faham,so kami bertigalah yang berikan kerjasama untuk Angah & baby. 24jam kami bersama Angah & baby.Jaga makan minum mereka berdua supaya mereka cepat sembuh dan sihat.Angah bersalin secara pembedahan maka pergerakannya agak terbatas. 


Ye, Angah & baby kami uruskan siang dan malam dan setiap saat


Apakah pulak ujian kami waktu ini?


Baby ada masalah usus,so setiap malam,bila masuk je pukul 11malam, dia akan sakit perut & kembung. Tengah malam itu juga lah dia akan terjerit jerit menangis sampai ke 3-4 pagi.


Masa awal kena tu kami tak tahu pun punca dan kami pun masih tak jumpa susu yang sesuai untuk baby hinggalah hampir sebulan baru ada susu yang serasi dengan masalah itu,akhirnya barulah baby dapat tidur lena.Alhamdulillah.


Actually banyak kejadian lain yang agak pelik belaku masa ni tapi nanti entri panjang sangat,letih baca. Free lagi nanti maq taip ye.


September 2022.


Selepas 3 bulan Angah cuti bersalin,dia kena kembali bertugas ,sedangkan pengasuh untuk baby dekat JB tak dicari lagi.Bincang punya bincang,akhirnya kami bertiga buat satu lagi keputusan yang tidak terfikir selama ini.


Ok! kami sanggup jaga baby Angah di Batu Pahat dan Angah kembali bertugas di Johor Bahru.


Dalam keadaan kudrat maq yang semakin terbatas dengan masalah tekanan darah tinggi,kena berjaga siang malam semasa angah pantang,kini kami bertiga bertanggungjawab pula jaga baby angah siang dan malam tanpa angah. **Kecuali bila angah cuti,dia akan balik Batu Pahat,dia pula yang akan uruskan babynya.


Sebetulnya masa dalam pantang Angah ,iaitu dalam bulan Ogos 2022 ,Maqnie dan encik suami dapat jemputan umrah bersama dengan Hijrah AF travel ustazah Asma' Harun.


Jemputan ini datang dari adik perempuan maq. Beliau berbesar hati ajak kami berdua ( maq & encik suami) bersama beliau suami isteri buat ibadah umrah.


Ikut jangkaan awal,kami akan bertolak pada 1 September 2022,ujian sekali lagi,masalah flight delay untuk semua jemaah umrah waktu tu. Katanya berpunca dari musim bola sepak piala dunia di Arab Saudi, akhirnya penerbangan tertunda.


Dan penerbangan umrah dijadualkan semula pada 16 Oktober 2022.Habistu nanti baby Angah siapa nak jaga ????



Disebabkan bulan Oktober tu Angah dah mula  berkerja,kami takda pilihan lain, Anak bongsu maq lah yang akan jaga baby.Mereka berdua akan kami tumpangkan dirumah anak sulong maq.Ya dirumah Along di Peserai,Batu Pahat.


Baby 3 bulan diasuh oleh makciknya yang berusia 20 tahun?Jaga Siang dan malam?Selama 12hari?? 


Memang sukar sis tapi Allah kan ada.DIA pasti bantu.Along pun turut sama banyak membantu biarpun masa tu dia busy menguruskan anak anaknya yang 2 orang dan mereka sekeluarga waktu tu baru je sehari balik dari bercuti di Sabah.


"terima kasih akak bantu mak ayah dan adik adik.Allah je yang mampu balas semuanya tu.."

(memang rasa sebak giler bila ingat semua ni )



Tapi satu lagi ujian belaku yang mana lagi 10 hari kami berempat nak berangkat ke Mekah.

 Abah kami meninggal...😭


7 Oktober 2022

Makin berat ujian kami yaa Allah....

Maq semakin jadi tak kuat.Hampir saja  nak batalkan plan pergi umrah !


Apa tidaknya memandangkan ibu kami yang dalam eddah terpaksa ditinggalkan.Ibu yang dalam mood kesedihan,kesunyian.Arwah abah pergi secara mengejut.Hanya demam biasa sebagai asbab.Allah lebih sayang Abah.**


Cucu maq pulak baru umur 3 bulan terpaksa ditinggalkan dengan anak gadis berumur 20 yang tak pernah ada pengalaman langsung  jaga adik kecil dalam hidupnya selama ini.


Allah berat sangat ujian ni.Setiap saat maq menangis,semakin hari semakin lemah semangat maq.


Nak tinggalkan mereka bertiga dirumah kami tak boleh sebab dalam waktu yang sama ibu dan adik lelaki maq terpaksa kosongkan kedai makan mereka di Kempas,Johor Bahru.


Dalam masa yang sama perniagaan kedai makan keluarga terpaksa ditutup selepas pemergiaan abah.Pemilik permis pun awal awal dah cakap nak sewakan permisnya kepada peniaga lain.


Semua sedang diuji waktu ni.Allahhu..


Dalam keadaan semakin tertekan itu,Allah beri juga kami peluang seminggu untuk jaga ibu bersama baby Angah sebelum kami bertolak pergi umrah.


Sementara adik lelaki pula lagi berusaha untuk cari lori untuk proses pindahkan barang barang dari kedai.Mana nak urus anak anaknya yang bersekolah lagi.Dan mereka juga terpaksa berpindah dari rumah sewanya yang terletak di Kempas.


Maq janji dengan ibu,bila kami dah balik dari umrah ,kami bawa ibu duduk dengan kami,kami akan jaga selama ibu dalam eddah 4 bulan 10 hari.Terserah tempohnya seperti mana yang ibu mahukan.


Akhirnya ...


Masanya pun tiba,kami terpaksa tinggalkan ibu,cucu umur 3 bulan dan anak bongsu umur 20 tahun. Kami pergi selama 12 hari untuk umrah.Maafkan kami.Kami telah dijemput Allah.

( Arghh rasa sebak lagi sekali )


Encik suamilah orang yang menjadi pembakar semangat waktu maq down masatu.


500% beliau dah beri kerjasama. 


Thanks sayang.Saya janji,saya takkan hampakan awak menjadi tetamu Allah.Saya akan pergi bersama awak dan adik²  biarpun hati ini terlalu berat untuk lakukan semua tu.Maq pasangkan niat semua yang maq buat ini kerana Allah taala. Dan Alhamdulillah.

17 Oktober 2022 

Kami berempat selamat terbang ke Mekah.

Umrah bersama Hijrah AF Travel,Oktober 2022.
.

Sekali lagi ,

19hb Oktober 2022,

Sewaktu kami berempat selesai habiskan saie ( waktu ni umrah sunat kedua ,waktu tu kami berempat guna skuter untuk lakukan umrah dah tak larat nak berjalan kaki) kami dapat pula berita bahawa sepupu lelaki kami ( Along Ijan ) telah dijemput Illahi.

Innalillahiwaiinnaailaihirojiiun.Satu lagi khabar duka buat kami sekeluarga.Hanya mampu mendoakan moga roh Muhamad Suhazlizan bin Mohamed Noor ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Allahhumma Aamiin..

Gambar atas umrah 2018 bersama ibu dan abah serta adik adik.


Jujur cakap,umrah 2022 tu,maq tak mampu nak join semua aktiviti yang dirancangkan.


Dan ujian sekali lagi,maq diuji sakit kaki yang teruk sehingga lutut membengkak,yang puncanya hanya kaki maq cramp pada malam ke dua kami diMekah.


Dan hampir 90% aktiviti solat terpaksa guna kerusi.Berat ujian Mu yaa Allah tapi aku redha. 😭



Banyak aturcara travel maq batalkan.Maq just focus pada aktiviti buat umrah 3 kali ,Ziarah luar 2kali, solat fardhu di Masjidil haram dan beri'tiqof dimasjid sahaja.


Lain lain aktiviti maq tak buat pun.Sebab ujian sakit kaki & bengkak lutut kalini sangat berat buat maq masa tu.Hotel jarak 10minit dari masjid,terasa jauh sebab kaki sakit sangat. Padahal tak jauh mana pun.


( Bila dah sampai Malaysia baru tahu yang sakit kaki tu berpunca dari masalah saraf kaki tersepit -slip disc )


Allahhuu..patutlah sakit macam nak meninggal rasanya.Serba serbi buat rasa tak kena.


Yang lawak tu ,bila tengok gambar kenangan umrah kami,muka maq takda pun senyum manis,semua nya wajah maq nampak hambar. Agaknya manisnya dah tertinggal dekat Batu Pahat kot.


Actually,realitynya i ni seorang yang ceria tauuu **heeee~


Di Madinah pun sama, kami dan kumpulan diuji dengan demam,selsema dan batuk berdarah. Sakit yang bagi kami inilah ujian Allah untuk menghapus dosa dosa kami.Berharap moga dapat umrah Mabrur,Inshaallah ,Aamiin..


Tuan tuan ,puan puan ,bila sakit waktu buat umrah jangan kalut,jangan mengeluh ,itulah cara Allah nak hapuskan dosa dosa.


ingat kata kata ini  : 

Allah uji sebab sayang.Sakit itu penghapus dosa.


Alhamdulillah, biarpun kami semua tak sihat termasuklah ustazah Asma' sendiri pun diuji demam,semua aktiviti dimasjid Nabawi kami tak tinggalkan pun.Semua berjalan lancar.Shopping pun sakan ( kehkehkeh) Biarpun ada sahabat jemaah yang demam dan batuk batuk waktu tu shopping tetap shopping .


Dan ujian paling rare ,kami yang pemakan ni boleh hilang selera makan waktu tu.Ini betul betuuuuul,bukan lagi cobaaannn...


Maq yakin ,ada sebab Allah bagi kesakitan itu.Hanya DIA yang lebih tahu.


Saat entri ini ditaip,kaki maq masih belum pulih 100% biarpun dah hampir setahun semua kenangan dah berlalu.Maq bersangka baik,dosa maq banyak sangat.Adalah lebih baik maq redha je dengan semua.


Ujian 2022 itu berat ? 


Ye ,waktu semua tu belaku depan mata memang maq kata macamtu tapi bila dah lalui satu persatu dan Allah bantu permudahkan urusan kami dalam semua hal.Akhirnya maq sedar, kalau selama ini hari hari maq minta kat Allah syurga firdausNya.


Sedangkan syurga itu terlalu mahal,kita sebagai hamba ni tak semudah itu nak dapatkannya. Dosa yang bertimbun timbun mustahil boleh lenyap macamtu je.Hari hari istighfar ,hari hari solat taubat,mandi sunat taubat.Hari hari kena buat kebaikan.


Usaha ,usaha dan usahalah berlebih lebih lagi untuk dapatkannya.Dan setiap usaha kearah kebaikan itu pasti ada ujiannya.


Kenapa kita diuji?


Kerana kita ada Allah.Allah suruh kita sabar untuk setiap ujian. Dan ganjaran sabar itu nanti kat akhirat boleh cerita. Kat dunia ni selagi boleh sabar ,bersabarlah.


Nak sabar sampai bila?


Sampai kita berpeluang berjumpa Rasulullah SAW diperigi baginda kat akhirat nanti.So maknanya kat padang masyar nanti pun kita masih kena tahan sabar juga ya??


ya tuan tuan & puan puan teruskan bersabar...

waallahua'lam.

yaa Allah ,jadikan kami sebagai hamba hambaMu yang sentiasa tenang dan bersabar sampai akhirat..Aamiin 

Comments

  1. Alhamdulillah, maq berjaya mengharungi semua cabaran yg mendatang pd thn 2022.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman SurišŸ’• Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...