Cerita Hari Raya 2023
Bismillah,
Harini dah 25 shawal 1444H.Maq nak kongsi sikit pasal raya 1444H kami sekeluarga.
Ini merupakan tahun pertama kami sambut hari raya tanpa abah.
Sejujurnya dari awal Ramadhan lagi maq & encik suami memang takda 'feel' nak sambut raya.Pada kami dapat menunaikan kewajipan disepanjang Ramadhan pun dah rasa syukur sangat.
Tahun ni kuih raya anak bongsu kami yang sediakan.Takda pun beli kuih muih,kerepek ke apa macam tahun tahun lepas.
Persiapan rumah lagilah takda.Asalkan bebas habuk dan bersih,sedap mata memandang, cukuplah tu.
Baju raya pun sama, pakai je mana yang dah ada.Asalkan tidak menimbulkan fitnah,ye sudah.
Tapi bila kenangkan ibu ,hujung hujungnya kami raikan juga hari raya.
Petang akhir Ramadhan, kami adik beradik dah berkumpul temankan ibu.Masak masak & makan berbuka bersama sama.Malam raya tu ibu memang nampak seronok didepan mata anak cucu tapi jauh disudut hati ibu ,Allah je yang tahu.
Hampir 7 bulan abah pergi tinggalkan kami. Kehidupan ini perlu diteruskan.Yang pergi redhakan dia pergi.Yang berbaki hanya doa dari anak anak & cucu cucu untuk abah yang dikasihi.Antara memori beraya yang sempat dirakamkan.
Family lain pun turut sama memeriahkan hari raya bersama ibu kami.Alhamdulillah.Terima kasih kepada semua yang sudi datang.Maaf kepada mereka yang nak datang beraya tapi maq takda dirumah.Kerana kami sentiasa pastikan ibu sentiasa ada didepan mata saat kami diperlukan.