Skip to main content

Jun 2021- semoga dipermudahkan

 

Assalamualaikum


Free sikit harini .Boleh lah menaip.Rasa rindu sangat nak membebel diblog sendiri.

Esok 1 Jun 2021 - total lock down 3.0 . Katanya berkuatkuasa  untuk semua rakyat Malaysia. Tapi bagi maq ,ianya tidak seketat lockdown PKP 1.0 lalu. Apapun biarlah itu hak kerajaan yang tentukan.Sebagai rakyat biasa, kita selayaknya ikut jelah.

Jun 2021 - sekali lagi hati maq diburu rasa risau. Inshaallah dalam seminggu ni , Along bakal melahirkan anak keduanya. Kalau Ainul Mardhiah dulu lahir secara Czer ,kalini doktor sarankan along lahirkan secara normal.Alasan? Baby belum 4kilogram ,so Along boleh bersalin normal.



Yang buat maq risau.

Along ada asma yang tidak teruk tapi kadang kadang ia datang,lebih lagi bila along terlalu penat buat kerja harian.

Kami sekeluarga baru tahu ,hempedu along ada beberapa biji batu karang.Ianya dikesan sewaktu along buat scan baby diklinik swasta masa awal pregnant dulu. Tapi bila along beritahu doktor kat KK Batu Pahat ,doktor kata :

" semua orang ada batu karang dihempedu,ini hal biasa ..."

Maq tak tahu nak kata apa sebab maq bukan doktor..

Proses bersalin normal perlukan kekuatan mental dan fizikal. Along kena jaga kesihatan. Jangan stress stress. Jaga pemakanan. Jaga pergerakan bayi dalam kandungan ,kalau kurang 10 pergerakan ,beritahu KK . - itu pesan maq kat along bila dia balik ziarah maq.

Haritu setengah hari along buat pemeriksaan kat Hospital Sultana Nora Ismail sebab kandungannya kurang gerak. Apapun Alhamdulillah ,degupan jantung bayi normal ,cuma dia tak aktif jek.Berzikir gaknya..Bila doktor yakin dengan keadaan kesihatan along,maka dia dibenarkan balik.Tapi doktor pesan ,kalau ada apa apa tanda ,cepat ke hospital.

Semalam ,along cakap, nak berpantang dirumah sendiri, sebab lockdown, suami along tak kerja dan dapatlah bantu along berpantang.

Respond maq ?

Yang perlu diberi perhatian nanti, Mama ainul ,baby dan baby besar. Mampukah papa Ainul Mardhiah nak handle ? mana nak uruskan makan minum ainul mardhiah,nak  cuci kain baju, nak sediakan masakan untuk orang berpantang, nak jaga baby berjaga tengah tengah malam kadang sampai ke pagi ,nak jaga mama ainul  yang sah sah sedang sakit dan tak larat .

Maq tak tahu nak kata apa,sebab plan awal sebelum ini along berpantang dirumah maq. Tapi maq pun tahu ,papa ainul ni memang rajin buat kerja rumah,memasak pun pandai. Jaga anak pun rajin, berjaga malam pun tak jadi masalah bagi beliau. Cumanya maq kesian ,nanti tentu letih. 

Seorang menantu yang baik,seorang suami yang baik, seorang papa yang penyayang, Alhamdulillah 

Apapun, untuk hari hari yang mendatang ,untuk total lockdown yang bermula esok , Maq serahkan semua pada ketentuan Allah swt . Cuma DIA lebih tahu mana yang kami perlu..

💕Semoga Along dipermudahkan urusan bersalinnya, diberi kesihatan yang baik, dan semua urusan kehidupanya berjalan lancar, inshaallah ,aamiin.

Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Rayuan Haji 2025 (1446H)

   Bismillah,Alhamdulillah. Permohonan rayuan haji telah bermula pada 19 Disember 2024 yang lalu. Anda yang belum dapat tawaran tapi mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi tetamuNya, sudah cukup tabungan, mempunyai kesihatan yang baik, boleh la mencuba untuk buat rayuan. Pengecualian kos penuh diberikan kepada 3 kumpulan iaitu: 1) Mahram  2) Pembantu Jemaah Lanjut Usia 3)Pembantu Jemaah Kelainan Upaya (OKU) Definisi jemaah lanjut usia ialah 75 tahun ke atas. Mana-mana pembantu jemaah dibawah usia 75 tahun akan dikenakan bayaran penuh. Kos haji dengan bayaran penuh ialah RM33 300. Lain-lain rayuan yang  tidak termasuk dalam 3 kategori ini akan dikenakan bayaran penuh. Jika ada sebarang kemusykilan,etrus ke pejabat TH untuk dapatkan penjelasan dan info yang benar dan telus supaya urusan rayuan lebih mudah. Info  dari pihak TH: Tiada syarat untuk penuhkan terus RM33,300 semasa buat rayuan. Kalau dah terpilih baru cukupkan duit. Info ni maq ambil dari group haj...

Air Berkabonat keluaran Saudi

  Bismillah ,Alhamdulillah, Cola - keluaran terkini dari Saudi. Katanya air berkabonat ini sedang viral di Arab Saudi.Alhamdulillah, ada hamba Allah yang sudi berkongsi rezeki. Terima kasih daun keladi. Rasanya seakan sama macam air coke juga, cuma,bila kena pada tekak maq,sedikit masam dan kurang rasa manisnya,tekak wargamas memang macamni, korang tu orang muda tau apa hahaha Adik kakak yang nak ke Mekah & Madinah tu boleh lah cari kalau nak merasa. Biasanya bila beli nasi arab atau nasi mandy atau nasi anak unta ,setiap set nasi tu nanti mereka akan serta kan air tin jenama pepsi,tapi asbab pepsi adalah produk boikot,makanya air cola saudi boleh jadi pilihan. Masyaallah. Tapi minum air buah buahan segar lagi bagus kalau korang pergi ke dua dua  tanah haram tu. Sebab?  Disana kita sangat perlukan vitamin C semaksima mungkin.Ini disebabkan perubahan cuaca,kurang rehat, aktiviti harian yang padat serta perubahan waktu siang malam yang berbeza dengan negara kita.Semua i...

Kursus Pengenalan Wirid Khaujakan Batu Pahat

  Bismillah, Alhamdulillah. 21/12/24 ,semalam. Dengan izin Allah maq diberi rezeki masa untuk pergi ke program kursus pengenalan wirid khaujakan. Kursus  berlangsung di Masjid Jamek Ar Raudhah , Peserai ,Batu Pahat,Johor. Sabtu 21hb Disember 2024 Pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari Mungkin ramai yang belum tahu apakah itu wirid khaujakan.Wirid khaujakan merupakan ibadah wirid  yang ditulis dengan disiplin dan peraturan yang lengkap.Ianya mengandungi ayat ayat Al Quran ,zikir dan selawat , asma' ul husna dan doa doa mustajab. Fokus utamanya adalah untuk pembangunan kerohanian dan keredhaan Nya untuk kejayaan hidup didunia dan diakhirat. Mula dikenali dikalangan masyarakat islam pada zaman Sultan Aulia'  as Syaikh Abdul Kadir Jailani dan  as Syaid Muhamad Haqqi An Nazali kira kira 1000 tahun yang lalu. Di Malaysia, khususnya di negeri Johor ,wirid khaujakan mula dikenali sejak awal tahun 1940an. Diperkenalkan oleh Allahyarham Kiayi Haji Fadhil  bin Abu Baka...

Ngopi Bersama Adam Aisy

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini 25/12 ,lepas ziarah mak tok yang dah semakin uzur ,ibu Adam Aisy ajak kami ngopi. Cuaca mendung dan sedikit gerimis dapat ngopi memang nyaman. Bawah ni memori petang tadi di Rengit Coffee di area Aeon  big,Batu Pahat. Terima kasih❣️ Harini cuti umum ,ibu dan ayah Adam cuti sehari je so lepas ngopi mereka siap siap nak gerak balik Jb pula. Semoga dipermudahkan Allah pada setiap urusan anak anak dan anak anak menantu maq. Jom selawat*

Pesanan 26 Disember 2024

  Bismillah, Alhamdulillah.. Dah lama tak buat pesanan.Harini hati tergerak nak menaip pasal pesanan peribadi maq. Didik anak dari kecil elok elok. Kerana hasil didikan itu bakal dibawanya hingga ke hari dia tua nanti. Didikan itulah juga yang bakal ditunjukan pada masyarakat diluar sana. Bila dia tunjuk perangai baik syukur alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya ?  Kesannya nanti anak juga yang jadi mangsa padahal puncanya kita ** orangtuanya yang salah cara mendidik. Bila dah tua dah tak boleh nak berubah. Kesian... Dan lebih kesian bila orang keliling mula pandang serong. Okey,itu je pesanan dari maq untuk kali ini.Pesanan khusus buat diri sendiri dan keluarga. Jom selawat ***

Rindu Yang Jadi Rahsia Allah

  Bismillah ,Alhamdulillah. Dulukan masa maq muda muda. Ada satu perasaan pelik yang maq rasa bila tengok orang orang yang pernah jejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Apataknya,baru balik beberapa bulan dah cakap rindu, teringat ingat suasana kat sana. Padahal mereka kesana kan nak buat ibadah semata mata . Nanti lepas diaorang balik haji dan umrah ,berbondong bondonglah jiran tetangga,saudara mara datang ziarah.Mereka seronok bertanya khabar berita dan mendengar cerita serta pengalaman jemaah. Dan, bila maq dah semakin tua menua ni, baru maq paham kenapa situasi tu belaku.Rindu tak pernah padam guys.Dah pergi sekali rasa nak pergi lagi ,lagi dan lagi. Dah 4 tahun pergi pun masih belum  boleh move on lagi. Betapa dasyatnya perasaan tu. Padahal masa memula doa kat Allah dulu, seumur hidup dapat sekali pergi Mekah Madinah  pun cukuplah.Rupanya bila Allah nak tetamunya datang kembali, dengan cara apa sekali pun tetap diundang lagi.Duit ada ke takda itu bukan halangan kalau Al...

Cara Terima Tawaran Haji 2025 (1446H)

  Bismillah,Alhamdulillah, Bawah ini adalah langkah langkah bagaimana Bakal Haji perlu lakukan setelah menerima tawaran Haji. Info ini maq dapat dari group haji di Facebook.Sengaja simpan disini untuk rujukan bakal jemaah haji tahun 2025 dan tahun tahun akan datang. Sila ambil perhatian !

Selawat Makkiyyah

Assalamualaikum. Sempena sambutan maulidulrasul di Taman Bukit Perdana yang lalu , group whatsapp Biro , ada membuat aktiviti sampingan sebagai aktiviti maulud. Kami ahli ahli group whatsapp selawat makkiyyah telah membaca selawat makkiyyah berjemaah di Masjid Al Azim ,Taman Bukit Perdana ,pada petang tersebut. Kitab yang digunakan. Antara jemaah yang hadir untuk menjayakan Ahli kumpulan yang terdiri dari ibu ibu ditaman kami Kumpulan makkiyyah 6 ( kumpulan maq ) Kumpulan ini baru setahun ditubuhkan di Taman kami. Aktiviti berlangsung digroup whatsapp setiap hari. Apa kah selawat makkiyyah? Bawah ini serba sedikit infonya. Kalau quran mempunyai 30juzuk ,tapi selawat makkiyyah ini hanya mempunyai 7 hizib. Bagi kami ahli kumpulan , setiap hari kami perlu habiskan 1 hizib . Bermula dari waktu maghrib hinggalah maghrib keesokan harinya. Sebelum selawat ,ahli kena niatkan pahala bacaan untuk siapa ,pastinya pertama untuk rasulullah dan ahli keluarganya ...

Amal Silaturahim Diakhir Usia.

Assalamualaikum.. *AMAL DIAKHIR USIA PERBANYAK SILATURRAHIM* 😪  *Ketika ada kesempatan, pergilah bersama teman teman lama. Berkumpul - kumpul, bukan sekadar makan, minum dan ngobrol, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkan lah Silaturrahim. 😪 Mungkin lain waktu kita tidak akan bertemu lagi. 😪 Mungkin lain waktu kita sudah semakin  susah untuk berjalan. 😪 Menghabiskan sebagian waktu dengan Teman atau Sahabat akan membuat Hidup lebih Sehat secara Mental dan Fizik. 😪 *Umur itu seperti ais batu,Dipakai atau tidak dipakai akan tetap mencair dan berakhir. 😪 Begitu juga dengan umur kita.Digunakan atau Tidak Digunakan, umur kita akan tetap berkurang,dan Akhirnya kembali ke hadirat ILLAHI. 😪 *Tersenyumlah dan berfikir positif. Air yang Mengalir tidak dapat berbalik arah. Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi. 😪 *Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal. Jalani hidup ini dgn ceria, sabar dan santai. 😪 *Janga...