Hari Raya PKP 3.0


Assalamualaikum

Salam Hari Lebaran buat semua.

Bagi maq sambutan aidil fitri 1442 hijrah ini lebih sunyi berbanding aidilfitri 1441 hijrah lalu. 

Pada tahun ini hanya kami bertiga menyambutnya diawal pagi raya tadi. Kami redha..


Hari raya PKP 3.0 amat terkesan bilamana kegembiraan raya itu disulami dengan berita berita  penderitaan saudara muslim  di Palestin yang senantiasa dimuat turun disemua media dan laman sosial.Mereka sebenarnya  jauh lebih menderita daripada kita yang cuma tak dapat keluar rumah untuk beraya ziarah saudara mara dan rakan taulan. Bersyukur dengan apa yang kita ada saat ini. Alhamdulillah...










Semoga Allah melindungi semua umat Muhamad diatas mukabumi ini. 

Hapuskan musuh islam. 

Hapuskan pengkhianat bangsa dan agama.

 Hapuskan nafsu yang selalu merasuk diminda.

Video raya peribadi. Saja edit sebab nak elak mata dari tidur lepas makan ketupat,😂.Dah kurang kerja lah tu!

Tajuk : yang jauh kita dekatkan. 




Popular Posts