Ulam Raja vs Ulam Permaisuri

 

Assalamualaikum.

Maq suka makan ulam.Pucuk tenggek burung,pegaga,pucuk ulam raja dan semua jenis ulam memang kegemaran maq. Tabiat ni bukan masa tua sekarangni je maq amalkan ,tapi sejak zaman budak budak lagi. Orang tua maq memang suka berulam. Sampaikan pucuk kari pun kami makan,apatah lagi peria yang pahit tu,dah macam makan snack ! 🥰

Tapi rupanya dah tua gini maq baru tahu.Pucuk ulam raja ada jenis nya. Ada untuk ulam,ada untuk bunga hiasan. Allahhu ,selama ni sis main telan jek lahai..

warna pink ( ungu cair ) inilah warna untuk ulam raja yang sesuai dibuat ulam.Bunganya kecil dan selapis je .

Ini bunga untuk jenis hiasan jek,daun nya tak boleh buat ulam. Ada orang makan dan mereka dah alami cerry berry 😷.Bunganya berlapis dan agak tebal.

Tapi tengok jelah,daunnya sepesen, serupa ,seiras.Ia adalah sama ! kalau maq jumpa ,sah sah maq kata 'sedapnya buat ulam'.Padahal ini jenis spisis pokok bunga taik ayam,pokok hiasan taman. Bukan pokok ulam raja !😭

Penjelasan dari pakar ulam raja*

Sejujurnya maq pernah lah beli ulam raja kat 2 kedai di 2 kawasan pasar tani.

-pasar tani Pekan Parit Raja.
-pasar tani di Tapak Pesta Batu Pahat.

Bila makan ,encik suami kata ,

" ulam yang beli di Parit Raja tu lebih sedap rasanya kenapa yang di Pesta tu rasanya kureng?"

Harini maq baru jumpa jawapannya..hehehe

take note :
Bunga yang warna pink /ungu cair- ulam raja

Bunga yang warna kuning/oren - ulam permaisuri

♥️PKP hari ke 4. Stay at home..


Comments

  1. Oooo baru tahu ada dua jenis. Syukurlah tak pernah terlajak berulam yang bunga kuning tu. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. Amie - Alhamdulillah. you are welcome :)

    ReplyDelete
  3. Laa bunga tahi ayam tu memanglah tak boleh buat ulam

    ReplyDelete
  4. hehehhe dana pernah jumpa dua-dua jenis ulam raja tu kak... memang sebijik kan rupa daunnya... cuma bau daunnya lain, dan mak dana memang kata tak boleh makan yang bunga kuning, daunnya pahit tak sedap macam ulam raja tu...

    ReplyDelete
  5. WP , sebab tak tahu yang mana satu yg boleh dimakan hehe

    ReplyDelete
  6. Dana, ye kan ,dua dua serupa ,taunya cicah sambal,perh.. sedapnya buat ulam..😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026