Assalamualaikum.
Pemergian tokoh agama kesayangan ramai iaitu Syeikh Ali Jaber amat menyentuh naluri maq. Walaupun tak pernah jumpa depan depan tapi ilmu dari ceramah nya dah banyak maq dapat dan ada yang dah pun maq amalkan.
Lagi sayu dihati ini , sejujurnya hampir setiap pagi,bila bersarapan seorang diri ( biasanya memang seorang je maq sarapan pagi ) maq akan buka youtube ceramah beliau. Kalau tak sempat pagi,maq akan dengar sebelum tidur pulak.
Tak kiralah dari mana asalnya beliau ,yang maq perlu adalah ilmu yang disampaikan.
Alhamdulillah tak pernah bosan mendengarnya. Biarpun slang beliau tidak berapa jelas dalam bahasa melayu tapi slang indonesia beliau boleh lah maq paham,inshaallah. Arab ngomong indonesia ,menarik kan?
Antara pesanan beliau yang maq amalkan.
♥️Hari Jumaat selawatlah banyak banyak. Sedang buat apapun ,berselawatlah.
♥️Sebelum tidur pastikan baca surah Al Mulk.Semoga mendapat perlindungan dialam kubur.
♥️Bahagiakan ibubapa tanpa mengeluh.
♥️Anak anak disaran hafal Al Quran/baca Al Quran seawal usia.
♥️Bila ada masalah sebelum tidur (dah baring ,niat mohon selesaikan masalah) baca zikir bawah ni sampai tertidur,
"hasbunallah waniqmal wakeel"
♥️Bila keluar rumah ,amalkan zikir ni sebelum melangkah keluar,
"bismillahitawakkal tu a'laallah "
Sebenarnya banyak perkongsian arwah tapi atasni antara amalan yang maq buat. Dan anda juga boleh juga amalkan.
Semoga ilmu beliau jadi jariah yang berpanjangan dalam blog ini,inshaallah.
Dan sama sama kita doakan moga arwah Syeikh Ali Jaber ditempatkan disyurga yang menjadi idaman semua umat islam. Dan juga didoakan moga semua urusan balu dan anak anaknya dipermudahkan untuk dunia dan akhirat ,Aamiin..