Shawal ke 8



Assalamualaikum.


Alhamdulillah wasyukurillah , syawal dah sampai ke hari ke lapan? Sangat pantas masa berlalu kan. Esok masing masing dah mula aktif seperti biasa. Dah mula melupakan kampung , ketupat dan semua aura raya.


Ha ? Takda maknanya ? Hehehe oh ya open house ! Malam kan masih boleh berraya . Puasa sebulan maq , takkan nak raya hanya seminggu.


Okey lah ,betul juga tu . Apa pun nasihat maq , raya tu raya juga , makan minum mohon dikawal . Perut kita saiznya tidak besar sangat. Salur darah pun dah letih nak buat pengaliran jika injapnya dah makin mengecil. Dan , ubat ubatan pun kos dah semakin tinggi sekarang ini. Jangan bazirkan duit gaji semata mata nak beli ubat.


Hehe nasihat ini khas buat diri sendiri sebetulnya dan andai anda seorang yang mudah menerima nasihat ,ambil lah pesanan ini. Anggaplah ianya sebagainya,

"bebelan seorang ibu" buat anak anaknya.


Apa pun masih tidak terlalu lewat untuk maq mengucapkan selamat hari raya buat semua. Andai ada kata bicara yang menguris jiwa ,ampunkanlah diri ini. Maaf zahir dan batin , salam indah diaidil fitri..


Gambar raya 2017 , kongsi dari instagram maqnie nurseri. 

Comments

Popular posts from this blog

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Aida Ke Mine Optometrist

Dunia - Jun 2026

Sup Ayam Adam Aisy

Kari Idaman Suri

Apa Nak Buat Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang?

2 Muharam 1448H

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan