Skip to main content

Hati hati sebab semuanya bersebab


Assalamualaikum.
Alhamdulillah ,ucapkan syukur jika anda masih ada semua yang dimiliki sejak semalam. Kesihatan yang baik , usia yang bermanfaat , ingatan yang masih kuat . Semua itu adalah rezeki yang tak semua orang dapat .Termasuk juga rezeki pada keluarga yang menyayangi serta anak anak yang mengikut kata.

Terima kasih Allah...

Anak anak merupakan satu satunya harta maq. Sejak lahir kedunia ini ,maq memang tak ada benda yang boleh dibuat harta. Rumah? Takda.. Kereta? Takda.. Wang simpanan berjuta? Takda.. Ya ,hanya ada anak anak . Mereka lah yang bakal maq bawa sampai akhirat nanti.

Terima kasih sekali lagi Allah...

Bila si anak sulong sudah berkahwin , lega dah hati orang tua ini . Amanah Allah untuk ayahnya sudah berganti tangan kepada hak suaminya.

Tapi jangan lupa , doa kedua orang tua masih sangat diperlukan selagi hayat masih ada , walaupun sudah berkahwin atau dah bercucu sekali pun , jika orang tua kita masih hidup, doa mereka masih berharga.

Dan bagi anak anak pula , surah Alfatihah yang 7ayat itu yang dibacakan setiap pagi lepas solat subuh , merupakan hadiah paling bermakna buat ibubapa kita yang tiada ternilai. Malahan mungkin lebih bernilai dari alaun bulanan rm700.00 atau rm7000.00 yang  anda beri tiap bulan kepada mereka.

Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Kata Dato Dr Fadzilah Kamsah , anak adalah duta ibubapa. Bila anak buat baik ,orang akan sebut " anak si polan tu dah buat baik " dan bila anak buat nakal , orang akan sebut juga "anak si polan tu nakalnya , ya ampun" .

Tapi biasanya buat baik 10 kali orang takkan cakap ,buat nakal sekali sudah dikata orang. Lagi lagi zaman canggih sekarang ni , 2minit berlaku , terus jadi viral , Allah hu ... Nak ubah macamana lagi kan , dah memang itu reality kehidupannya sejak dulu.

Sebagai seorang anak dan yang mempunyai anak. Didiklah minda anak sebaik mampu , supaya bila mereka besar nanti, dia tak menyusahkan orang lain. Dalam maksud maq kali ini ? Hmm entahlah naaak , faham faham sendiri sudahlah. Malas nak taip detail sebab nanti ada pulak yang terasa.

                    Gambar sebagai hiasan

Dengan erti lain, selain anak menjadi duta ibubapa , anak juga adalah cermin diri ibubapa. Jangan salahkan anak kalau dia lupa kat kita ( ibubapanya ) kalau kita sendiri pun berapakali je buat baik kat ibubapa kita. Janganlah kita tolong orangtua kita kerana terpaksa atau disebabkan hajat hajat tertentu. Biarpun orangtua tu tak perasan atas baik ada makna anda ,mungkin ada "orang tua" lain yang perasan. Tapi mereka buat buat tak perasan.  Bak kata lirik lagu legend ni :

🎶Ada mata pandang
🎶Ada telinga dengar
🎶Ada mulut diam

Nota maq :
Ada blog log in,
Ada data online ,
Ada idea menaip! 👍🎶






Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

  Bismillah, Semalam 13/9, Maq dah start cuti mengasuh hingga 16/9. Tapi harini 14/9 Kami bertiga terpaksa ke klinik asbab diuji demam batuk dan selsema.Klinik pilihan kami pastinya Klinik Zainab. Aida dapat mc 2 hari kerana doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah.Darah putih lebih dari darah merah.Aida perlu berehat secukupnya dan jangan lupa makan ubat. Maq macam biasalah ,walaupun batuk batuk tetap jugak kena uruskan 'pesakit pesakit' yang lain. Balik dari klinik terus Pasang EO dalam ruang rehat kami. Eo Cengkih,lavender & haruman kasturi Asma' Harun bergabung. Menu makan tengahari,Bubur nasi dan ayam goreng kunyit untuk santapan pesakit. Masa nak makan tuangkan kicap jalen manis sikit.Yummy!! pesakit makan berselera.Bertambah tambah nasi. Ramai kata sekarang ni musim demam,masa di klinik tadi pun semua yang nak dapatkan rawatan pun asbab demam. Moga sakit ini dapat menghapus dosa dosa masa silam,Aamiin... Teruskan berselawat wahai umat Nabi Muhammad ,kitalah um...

Done booster ?

  Assalamualaikum. haaa..done booster 6/1/2022 kat Bp Mall .So apa cerita ? Jom throw back kisah silam itu hehehe padahal baru seminggu lepas . Temujanji maq pukul 6 petang, Temujanji encik suami pukul 11.30 pagi. Kalau encik suami disuntik dulu lepas tu tangannya sakit ,siapa nak hantar maq petangnya ? Dan satu dunia tahu ,maq tak reti drive. Solusi : maq pergi je awal ,sama dengan waktu temujanji encik suami. Semasa dalam perjalanan nak ke bp Mall, maq dah doa banyak banyak supaya tak kena halau dengan petugas kat PPV tu sebab datang lebih awal dari waktu yang diberi. Alasan maq : petang nanti takda sapa nak hantar saya..encikk.. OK ! alasan diterima. Terus dapat nombor giliran. Encik suami pula yang tertinggal kat belakang ,dia dapat nombor 1334. Puncanya mysejahtera dia loading macam siput. Lainkali gunalah umobile,barulah line laju macam kuda! 🤭 06/01/2022 - semua warganegara sahaja yang ambil vaksin booster pada hari tersebut.   Okey jugak sebab sebelum ni ada informer ...

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

  Bismillah, 12 Rabiul Awal 1447. Biarlah apa pun yang diperkatakan tentang tarikh keramat ini , kami akan setia merindui mu yaa Rasulullah.Terima kasih membawa islam dan semua kebaikannya kepada kami. Perbanyakkan Selawat Ke Atas Rasulullah. اَللّهُمَ صَلّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐌𝐌𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐋𝐈𝐀'𝐋𝐀 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐀'𝐋𝐀𝐀 𝐀𝐀𝐋𝐈𝐈 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 "Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat Kepada Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Nabi Muhammad." Miss you yaa Rasul Allaah 😭

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Bismillah, Di bawah ini maq kongsikan penulisan mantan menteri dijabatan perdana menteri bahagian hal ehwal islam - Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai isu tabung haji & penjenamaan semula. Maq memang hormati beliau ni sejak dulu hingga ke hari ini,inshaallah.Seorang yang berakhlaq baik dan ilmunya padu. POLEMIK PENJENAMAAN SEMULA TABUNG HAJI 1. Tabung Haji (TH) lahir daripada ilham besar Profesor Diraja Ungku Aziz untuk menghimpunkan simpanan umat Islam di Malaysia, lalu dipayungi undang-undang agar urusan ibadah haji mereka terjamin. Sejak 1963, ia berdiri sebagai institusi kebanggaan negara yang menggabungkan urusan kewangan dengan roh ibadah.  2. Penjenamaan semula adalah sebahagian usaha mengekalkan daya saing dan imej global. Kali terakhir penjenamaan dan penambahbaikan logo dilakukan ialah pada tahun 2009. Namun, apa pun bentuk perubahan, ia mesti berpaksikan kepada maruah agama dan keyakinan umat. 3. Semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana M...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

  Bismillah, Sejujurnya Maq dan Encik suami masing masing masih lagi mempunyai ibu.Apapun kami tak berpeluang untuk jaga mereka dirumah kami.Masing masing ada alasan tersendiri dan kami pun terima kenyataan itu dengan penuh kesedaran. Kalau dipihak encik suami, ini pendapat beliau waktu maq tanya kenapa tak nak bawa ibu beliau kerumah kami ; "Diri awak sendiri pun asik keluar masuk klinik,mana nak uruskan cucu yang 2 orang tu lagi,nak uruskan rumahtangga,nak uruskan makan minum saya,nanti macamana awak nak uruskan emak saya?Biar saya yang akan balik kampung tengok mak saya.Awak uruskan je rumahtangga dan jaga budak budak." Kalau tak silap,kali terakhir kami dapat jaga ibu ibu kami tak silap pada tahun 2022. Encik suami pun baru je beberapa bulan sembuh dari masalah kesihatannya. Sebelum ni beliau diuji dengan slip disc sebelum tibanya hari raya korban yang lalu.So setiap langkahnya pun masih lagi dengan langkah berhati hati. Ibu Mertua Maq💕 Ini gambar lama waktu kami sambut ...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator