Skip to main content

Maq buat drama

Assalamualaikum .
Alhamdulillah , sudah sampai ke syawal yang ke 21. Dan harini Allah masih lagi beri peluang untuk kita diami bumi ciptaanNya. Terima kasih Allah.

Apa yang diharapkan, umur yang dilanjutkan ini merupakan umur yang dilalui dengan keberokatan dan umur yang memberi manfaat. Nak tahu lebih detail pasal umur yang bermanfaat ? Cari di google , maq malas lah nak taip panjang panjang

Pagi tadikan , masa maq pergi ke kebun .

Apaaa? Maq ada "Kebun" ?

Ya! Maq sudah ada kebun. Dan dikebun maq terdapat sebiji pasu pokok limau purut , sebiji pasu pokok daun kesum dan sebiji lagi pasu semaian cili padi. Tadda ! Tu jelah kebun maq setakat ini huhu . Dan  sekali lagi , terima kasih Allah, and thanks for everything.

Apa yang belaku dikebun tadi? Ha maq dapat tangkap "pencuri" ! Percaya tak?

Apaaa ? Maq tangkap pencuri? Dikebun yang cuma ada 3biji pasu tu ?

Ya , betul .. ( buat muka kerek ) nak nengok wajah pencuri tu ? Lihat gambar bawah ini.

Dia buat muka minta simpati le tu
Hmm ..😒

Kalau anda nak tahu , dia dah makan hampir separuh daun limau maq , dah naik botak dahan pokok tu. Dah la maq beli dalam keadaan terjebak kat Pasar pagi kat BP tu. Nyonya tu kata" ini pokok banyak bagus , tak mahal lorh , saya bagi awak rm 9.00 " Maq pun cair ,bayar dan pergi sambil menjinjing pokok limau yang " banyak bagus " tu. Kemudian selang beberapa hari ,maq pergi ke pasar tani pulak di Jalan Omar,BP,  maq try tanya anak pokok limau  yang  sama besar macam maq beli sebelum. kata peladang tu , " rm 6.00 je kak. Nak ke?"

 Maq senyum dan geleng kepala . Dalam hati ... Apaaaa ? Rm 6.00 sahaja ??

Adeh 😰😰 ,rupanya ini pokok lagi banyak banyak bagus la ,  hahaha maq dah terjebak. Makanya ,maq anggap je rm 3.00 itu sebagai sedekah kat nyonya yang memang "banyak bagus" haritu .

" asoh , ini pertama dan terakhir tau , baki saya sedekah" - cakap dalam hati ,hahaha dan dan terus jadi sedekah kot.

Dan apa kisah dengan "pencuri " tadi? Okey maq dah ambil keputusan , disebabkan dia dah mencuri dan makan hasil kebun maq tanpa izin ,makanya maq akan beri hukuman!

Maq akan  kurung dia dalam balang , hari hari nanti dia akan dengar bebelan maq , padan muka dia ,nasib kaulah ulat.

Dan maq akan pastikan perbuatan menceroboh dia yang tak bagus  tu , akan digantikan dengan jelmaan seekor rerama yang cantik dalam masa terdekat ini. Maq tak sabar nak tunggu detik indah itu. Hai la ulat , jangan lah kau mati ya. Hehehe


Nota maq : bila orang buat tak elok kat kita , haa jangan bersifat kejam kat dia ,tak payah nak balas dendam ke apa , biarkan je dia , tapi dalam masa yang sama , hari harilah kita doakan dia ,mohon kat Tuhan , agar satu hari nanti dia akan memberi kebaikan pulak kat kita. Hari hari nak buat jahat pun tak boleh jugak kan. Hahahaha detail? Fikirlah sendiri ! Maq malas nak terangkan .

Okey , selamat hari raya . Maaf zahir dan batin.






Comments

Popular posts from this blog

Tips Sekiranya Berlaku Serangan Nuklear

  Bismillah, Jika anda rasa post ini penting,boleh teruskan bacaan.Dan jika rasa tak perlu,abaikan sahaja. Televisyen negara Iran telah mengeluarkan amaran kepada warganegara mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku serangan nuklear: *Jangan melihat cahaya terang daripada letupan itu. *Jika anda berada di luar dan tidak dapat segera masuk ke dalam bangunan, berlindung di sebalik penghalang, baring di atas tanah, dan lindungi kepala serta wajah anda. *Selepas gelombang kejutan berlalu, masuk ke dalam bangunan terdekat; jangan berada di luar untuk menonton atau merakam, dan jangan mencari perlindungan di dalam kenderaan. *Setelah berada di dalam, menuju ke tingkat bawah atau bahagian tengah bangunan, jauh dari tingkap dan dinding luar. *Tutup semua pintu dan tingkap, dan matikan penghawa dingin atau sebarang sistem pengudaraan yang menarik udara dari luar. *Jika anda telah terdedah kepada persekitaran luar, tanggalkan pakaian luar anda tanpa menggoyangkan sebarang habuk da...

Tips Nak Dapat 190 Pahala Dengan Mudah

  Bismillah, Mungkin ada yang dah tahu tips yang dimaksudkan pada tajuk entri maq kalini. Tapi untuk mereka yang belum tahu atau yang dah ingat ingat lupa.Jom amalkan tips ini. Cara untuk dapatkan 190 pahala dalam sekelip mata ialah dengan membaca ayat dalam gambar dibawah ini. Satu huruf yang disebut dalam Al Quran ,Allah dah janji akan diberi 10 pahala.So bila baca bismillahirohmanirohim dalam huruf hijaiyiah ( huruf dalam quran) bismillah itu ada 19 huruf.Korang buatkan je kiraan matematik (19x10 =190) so sekelip mata 190 pahala dah transfer ke akaun pahala korang! Seronok kan? Itu untuk sekali bacaan.Kalau setiap perbuatan kita mulai dengan bismillahirohmanirohim? Nak duduk ,baca Nak tidur ,baca Nak keluar rumah,baca.. Menyapu ,baca Memasak,baca Makan ,baca Minum,baca Pegang fon,baca  Senang cakap ,semua perbuatan dimulai dengan bismillahirohmanirohim. Setiap hari,sepanjang usia.Korang rasa berapa juta pahala korang boleh kumpul ek?Buanyaaaakkk tu!Masyaallah.. Allah maha b...

Jalan Santai Pagi Sabtu

  Bismillah, Sabtu 14 November 2026.Alhamdulillah awal pagi tadi sempat juga kami curi masa untuk brisk walk santai santai di dataran Penggaram. Hasil; Kalau ditanya apa seronoknya ek brisk walk bagi wargamas macam kami ni.Sukacita maq nak maklomkan disini,kami rasa fresh dan seronok bila lakukan brisk walk. Sejujurnya memanglah ada rasa sedikit letih,badan melekit peluh,nafas pendek, termengah mengah,tapi lepas dapat melepasi masa yang dah di 'setting' kan.Allahhu, nikmatnya rasa. Siapa percaya kalau makcik pakcik yang umur dah nak hampir ke 60 tahun boleh berjalan sejauh 3.5km tak sampai 60minit? Semua dengan izin Allah.Kalau Allah tak izinkan,kami memang tak mampu. Lebih 30 tahun kami abaikan kesihatan kami.  Encik suami keluar kerja dari pagi baliknya malam.Maq pulak bekerja dirumah melayan karenah anak sendiri dan anak anak asuhan dari pukul 7.00pagi sampai 7.00malam.Kadang kadang bersambung tengah malam sebab parents overtime atau outstation atau pergi makan makan 😁 202...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi. Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Rindu Nak Brisk Walk

  Bacaan ipu untuk pukul 1 tengahari tadi Bismillah, Biarpun kualiti udara Batu Pahat masih tahap sederhana,Maq tak kira,harini kami dah mula briskwalk semula.Ye,biasanya yang degil ni memang orang tua.Kalau budak budak tu taklah degil sangat macam ni haha. Dah boleh nampak langit dan awan pun ,hati dah teruja kemain.Rasa nak melompat terus keluar berjalan kaki.Tak lama pun, 30minit jek. Tapi lepas maghrib tadi,bila check ipu sekali lagi. Aduhhai...memain la ek. Esok tak menjanjikan apa apa yang pasti.Kualiti udara belum betul betul sihat 100% lagi. Wargaemas macam Maq tak bagus bernafas lama lama dalam jerebu.Lebih lagi bila dalam keadaan bergerak laju dengan pernafasan yang laju jugak. Hasbunallah wane'mal waqeel❤

Blog Kena Terjah Awal Pagi

Bismillah, Pelik tapi macam tak pelik sangat hahaha.Tengok kotak merah dalam gambar kat atas tu.Klik gambar kalau nak lebih jelas. Korang nak tau,hingga ke saat ini Maq masih tertanya tanya apa yang dibaca oleh 717 orang pengunjung dalam blog ini pada pukul 12.03 awal pagi tadi. Mereka cari apa kah? Sesuatu yang viral kah? Maq ada buat benda salah kah? Kah? Kah? kah???! Dan macam mana boleh hadir manusia seramai itu singgah blog yang 'kokak' ini dalam satu masa? Siang tadi bila maq check 'stats blog'.Rupanya beberapa minit sebelum pukul 12.00 pagi dan beberapa minit yang selepasnya,view memang meloncat lebih tinggi dari biasa!  See...  Tapi waktu tu je lah view meloncat tinggi,kalau tiap waktu graf blog Maq tinggi macam tu, happening jugak kan! Mau mau lompat bintang Maq setiap pagi,tak layan dah brisk walk santai santai tu ! Hahaha belum apa apa dah nak riak 🤣 Apa pun,blog ni memang open to public so Maq doa yang baik baik jelah untuk kejutan lewat malam semalam tu. H...

Tambah Ilmu Dalam KAH 2026

  Bismillah, Bermula 4 Oktober 2026 hingga minggu akhir Disember 2026, pada setiap hari Ahad,Maq akan menyertai kursus asas haji yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.Maq dah dapat tawaran haji ke? Belum. Tujuan asal Maq join,semata mata nak tambah ilmu tentang ibadah haji & umrah.Tapi bila petugas Tabung Haji Batu Pahat beritahu ,Maq dah layak untuk buat rayuan haji. Maq pun buatlah jugak rayuan tu pada 2 Oktober 2026.  Sajalah nak mencuba nasib.Manalah tau ada rezeki berpihak kat Maq.Maq juga yakin pada rezeki yang Allah dah aturkan sejak azali. Sekarang ini masa untuk Maq berusaha tambah ilmu dan merayu kat Allah.Bila kita sudah usaha,selebihnya serahkan semua kepada pemberi rezeki. Moga Allah Makbulkan semua hajat & doa hambaNya yang banyak dosa ini... Masani Maq baru je sampai masjid,niat beriktikaf dan menuntut ilmu kerana Allah.Kursus mula pukul 8.30pagi -12.00tengahari Masani pulak kami dah selesai berkursus.Next week jumpa lagi.Maq bagi ruang sahabat muslim...

Start Brisk Walk Untuk November

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah,setelah beberapa ketika tak dapat nak brisk walk. Harini 09/11/2026 dengan izin Allah,akhirnya dapatlah kami aturkan langkah brisk walk kami semula. Pukul 6.35am Maq dan encik suami dah sampai dilokasi.Rindu sangat suasana kat sini actually 😢 Alhamdulillah,cukuplah hasil jalan jalan untuk permulaan bulan November ini. Selain dapat keluarkan peluh peluh malas, dapatlah jugak melepaskan rindu pada bau pokok pokok ,suara burung burung dan menghirup udara segar dikawasan tasik "kenapa" .❤

Team Blogger Hantar Email

  Bismillah, Sekarang  'Blogger' dah ada berbagai syaratnya. Baru baru ni Maq dapat email dari team blogger yang menyatakan beberapa video Maq akan dihentikan penyiarannya sebab tak menepati etika blogging. Yang lawaknya Maq sendiri pun dah lupa video tu tahun bilakah Maq post.Entah entah zaman Maq baru nak menapak dalam dunia blogger 14 tahun dahulu.Masatu, lepas taip entri terus post. Bukan ambil tahu hukum hakam dan tata tertib Blogging pun.My bad. Team blogger kata maq boleh je 'request' untuk dapatkan semula video video tu kalau Maq nak.Diaorang ada bagi link. But the simple answer from Maq is , taknak! majok ah! Team bagi tempoh sebulan untuk Maq buat 'request'. Ishh no need la,you nak delete ke ,nak simpan ke,it's okey.Maq tahu memang takda benda yang kekal kat dunia ini.Semuanya bersifat sementara sahaja.Okey, i'm fine ❤ Okey maklom,terima kasih 

Usaha Keras Hujung Usia

  kata nasihat* Bismillah, Baca al Quran itu hukumnya sunat.Walau bagaimanapun kita wajib baca al Quran dengan tajwid yang betul.Terutama pada surah Al fatihah yang merupakan salah satu rukun qauli dalam solat. Untuk belajar tajwid al Quran kita perlukan guru yang betul. Kita tak boleh belajar dengan sekadar membaca buku rujukan sahaja. Seperti contoh belajar makhraj huruf.Atau dalam bahasa melayu 'tempat keluar huruf'. Semua orang boleh sebut "ha". Adapun dalam al Quran " ha" ada 2 tempat keluar huruf yang berbeza. Bunyi Ha Bulat (ه) keluar dari pangkal halkum. Bunyi Ha Pedas  (ح) keluarnya pada tengah halkum. Dalam Al Quran ,bila sebut " اَلْحَمْدُ لِلَّهِ "  kita sebut dengan bunyi ha pedas itu bermaksud segala puji bagi Allah. Tapi jika kita sebut kalimah alhamdulillah tu dengan bunyi ha bulat,makna ayat sudah jadi lain  makna! Bagaimana pulak kalau berzikir ,berselawat ,bertakbir atau bertahlil? Salah makhraj lari maksudnya nanti.Nauzubilla hi...