Skip to main content

Anak maq kena keluar rumah


Assalammualaikum

Bila anak yang hampir 20 tahun membesar ďidepan mata dan akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah orang tuanya kerana hendak menyambung pelajaran . Hati ibu mana tak sedih . Itulah yg terjadi kepada maq , bila mana anak  kedua maq akan masuk ke Kolej Kejururawatan di Pahang . Orang Johor merantau di Pahang . Hehhe kami bersaudara ~



Bermula bulan julai nanti , Ety akan duduk jauh dari maq dan keluarganya . Sebelum ni maq pernah rejected tawaran  sambung belajar untuknya ke Politeknik Melaka ,kerana pada maq ,usia 17 tahun untuk dia hidup bebas diluar kawalan maq , adalah membimbangkan jiwa tua ini . Hehhe kes kasih sayang  yang memang melampau ni. Dan jalan penyelesaiannya , maq suruh dia sambung Pra-U disekolah Dato' Bentara Luar , Batu Pahat . Setelah hampir 18bulan belajar, dia berjaya mendapat sijil STPM nya . Alhamdulillah ...

Dan panggilan temuduga  SPA kali yang ke 3 , akhirnya  membuka peluang  untuk dia sambung belajar  lagi iaitu dibidang kejururawatan .




Mampukah dia melakukannya? 3 tahun menjadi jururawat pelatih ! Sebagai ibunya maq cuma berpesan :


Jaga maruah diri ,jaga maruah keluarga, jaga iman ,jaga adap sopan ditempat orang , fikir masa depan , bersungguh sungguh dalam pelajaran . Tak perlu fikir hal yang remeh remeh yg hanya menyerabutkan minda dan kejayaan dia adalah untuk masa depan dia , bukan untuk orang lain .




Dah pergi ke dia ni ? Ada lagi kat rumah ni , 30hb jun nanti baru gerak ke Pahang. Mohon Allah permudahkan semua urusan kami  nanti . Amiinn .



Dan pastinya orang yg paling sunyi lepas Ety keluar belajar ialah adik nya si Aida . Sebab mereka adalah  kawan karib dalam rumah ni .ketawa bersama ,menangis bersama , merayau bersama , keluar mall bersama ,berselfie bersama . Padahal jarak umur mereka ialah 7 tahun . Bukti ?? Kat bawah ni buktinya .




Tuhan jaga kan dia dia kekasihku,kan tetap milikku..
( Mohon bertabahlah duhai hati )

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha